FAQ LIST


FAQ
-
Membuat Tempahan
Membuat Tempahan
Jadi, anda mahu membuat tempahan pertama anda bersama ZALORA? Inilah caranya:
1. Pada halaman produk, pilih saiz kasut, pakaian dll. yang sesuai dengan anda, klik butang 'Beli Sekarang'.
2. Selepas memasukkan barang tersebut ke troli dan memeriksa butiran yang disediakan, klik pada butang 'Teruskan ke Pembayaran'.
3.Anda akan dibawa ke laman 'Daftar'. Jika anda sudah mempunyai akaun, sila daftar masuk. Jika tidak, anda hanya perlu membuka akaun percuma bersama kami.
4. Kemudian, masukkan alamat penghantaran dan cara pembayaran. Setelah membuat pengesahan pada butiran anda, klik pada butang 'Pembayaran'.
5. Setelah membuat pembayaran, anda akan menerima emel pengesahan dan juga jangkaan waktu penghantaran dalam emel tersebut! Mudah.
Saya cuba untuk membuat pembayaran tetapi barangan dalam troli saya hilang - apa yang terjadi?
Segala kesulitan amat dikesali. Semua pilihan di laman web kami beroperasi secara langsung dan ia begantung kepada jumlah stok yang sedia ada pada masa tersebut. Meletakkan barangan anda pada troli tidak bermaksud anda boleh membeli barangan tersebut hingga anda telah selesai dengan proses pembayaran. Pelanggan lain mungkin telah membeli barangan tersebut walaupun ia terletak di troli anda. Jika perkara tersebut berlaku, anda akan menerima mesej ralat.
Bagaimana jika barang yang telah saya tempah kehabisan stok?
Harap maaf tetapi perkara ini akan berlaku disebabkan oleh jumlah trafik pelanggan yang tinggi. Jika barangan yang ditempah didapati kehabisan stok, wakil Khidmat Pelanggan kami akan menghubungi anda tentang perkara tersebut dan akan memberikan anda Kod Kredit Stor dengan jumlah wang yang sama dengan harga barangan yang telah dibeli. Anda boleh menggunakan kod tersebut untuk membuat pembelian baharu.
-
Apakah cara untuk saya membuat akaun Zalora?
Apakah cara untuk saya membuat akaun Zalora?
Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli-belah dengan kami:
1. Pertama, klik pada butang 'Akaun Saya' di bahagian atas kanan laman web. Anda juga boleh daftarkan akaun anda apabila anda membuat pembayaran.
2. Kedua, klik pada butang 'Daftar'.
3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik 'Hantar' setelah anda selesai. Semua butir yang diisi adalah sulit dan persendirian.
4. Setelah anda klik butang 'Hantar', pendaftaran anda akan selesai. Anda juga akan menerima emel pengesahan yang disertakan dengan baucar tunai sebagai permulaan untuk anda.
Itu sahaja. Anda kini sebahagian daripada keluarga ZALORA!
-
Bagaimanakah saya akan dimaklumkan mengenai diskaun dan promosi terkini?
Bagaimanakah saya akan dimaklumkan mengenai diskaun dan promosi terkini?
Cara terbaik dan paling cepat untuk menerima maklumat terkini daripada kami adalah dengan melanggan newsletter kami! Baru di ZALORA? Dapatkan baucar RM20 * untuk pembelian di ZALORA apabila anda mendaftar.Hanya skrol ke bahagian bawah pada mana-mana halaman dan masukkan alamat e-mel anda dalam ruangan e-mel yang terdapat di sebelah kanan.Baucar anda akan dihantar terus ke alamat e-mel pilihan anda!
Anda juga boleh mendapat maklumat mengenai promosi kami melalui Media Sosial seperti di halaman Facebook kami (lihat SINI) dan Push Notifications telah dihantar ke telefon mudah alih anda - selamat membeli-belah walau di mana sahaja anda berada!
* Terma dan syarat tertakluk, seperti yang ditunjukkan pada baucar newsletter.
-
Bagaimanakah cara untuk saya ubah maklumat pada akaun saya?
Bagaimanakah cara untuk saya ubah maklumat pada akaun saya?
Untuk berbuat demikian, klik pada tab 'Akaun Saya' di bahagian atas sebelah kanan halaman.
Skrol ke bawah untuk mencari maklumat akaun anda dan juga 'Ubah' di sebelah 'Maklumat untuk dihubungi'
Klik pada 'Ubah', kemudian ubah maklumat anda seperti yang diperlukan, dan akhirnya, klik butang 'Simpan' untuk memastikan maklumat anda telah disimpan.
-
Apakah 'Alamat Saya' dan bagaimana saya boleh ubah atau tambah alamat?
Apakah 'Alamat Saya' dan bagaimana saya boleh ubah atau tambah alamat?
Pada 'Alamat Saya', anda boleh simpan beberapa alamat bagi kegunaan tempahan akan datang. Untuk makluman, sebarang pertukaran alamat perlu dibuat sebelum pembayaran terhadap tempahan kerana pihak kami tidak boleh mengubah mana-mana pertukaran alamat setelah tempahan dibuat.
Untuk mengubah atau menambah alamat baru, klik pada butang ' ubah alamat' dan pilih sama ada anda mahu tambah alamat baharu atau untuk menukar alamat atau urusan bil asal.
-
Bagaimana untuk melihat tempahan yang telah saya buat?
Bagaimana untuk melihat tempahan yang telah saya buat?
Pertama, klik pada tautan 'Tempahan Saya'. Di sini, anda boleh melihat tempahan yang anda buat bersama kami berserta dengan nombor tempahan. Gunakan maklumat dari tautan ini apabila anda perlu mengubah atau memeriksa status tempahan anda.
-
Apa yang terdapat pada tautan 'Senarai hajat saya'?
Apa yang terdapat pada tautan 'Senarai hajat saya'?
Ini adalah tautan bagi anda untuk melihat beberapa barangan pilihan yang anda sukai yang boleh anda tandakan sebagai pembelian anda yang seterusnya. Untuk menandakan produk pilihan anda ke dalam senarai hajat anda, butang 'Tambah ke senarai hajat' ada disediakan di bahagian tepi barangan kehendak anda.
Anda boleh mengakses senarai hajat anda setiap kali anda log masuk ke dalam akaun anda. Dan sekiranya anda mahu membeli barangan tersebut, produk yang anda inginkan boleh dilihat melalui senarai hajat tersebut dan anda boleh terus membuat pembelian.
-
Apakah surat berita dan mengapa saya perlu melanggan?
Apakah surat berita dan mengapa saya perlu melanggan?
Surat berita selalunya digunakan untuk memastikan anda sentiasa maklum tentang tawaran eksklusif, trend terkini dan produk yang ditonjolkan.
Pastikan anda maklum tentang jenama, model serta ketegori produk baharu sambil menikmati tawaran yang terbaik. Anda akan menjadi antara yang pertama untuk mengetahui tentang promosi diskaun serta tawaran istimewa!
-
Bolehkah saya menukar alamat, atau membatalkan pesanan saya, selepas pesanan ini disahkan?
Bolehkah saya menukar alamat, atau membatalkan pesanan saya, selepas pesanan ini disahkan?
Jika anda baru menyedari kesilapan dalam pesanan anda atau ingin mengubah fikiran selepas membuat pesanan, sila hubungi wakil Khidmat Pelanggan kami di 03-2035 6622 (Isnin hingga Ahad, 9 pagi - 6 petang) dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Jika lebih daripada dua jam, besar kemungkinan pesanan anda telah dihantar! Untuk sebarang isu, sila hubungi kami untuk bantuan secepat mungkin.
-
Apakah dasar penghantaran anda?
Apakah dasar penghantaran anda?
Di ZALORA, kami berhasrat untuk menghantar pesanan anda kepada anda dalam masa 1 hingga 3, atau 7 hingga 14 hari bekerja, dari hari anda menerima Perintah Dihantar pemberitahuan e-mel. Anggaran masa penghantaran bergantung kepada Ketersediaan item di gudang, jadual penghantaran kurier rakan kongsi kami dan laluan, dan juga trafik dan keadaan cuaca.
Kami menawarkan penghantaran di seluruh negara kecuali untuk Zon Perdagangan Bebas dan P.O. Box. Untuk penghantaran ke kem-kem tentera dan universiti atau kolej, pesanan anda hanya boleh dihantar ke pejabat pentadbiran atau bilik mel.
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengamalkan perkhidmatan “meninggalkan bungkusan anda di bilik/pos pengawal”.
RM5 akan dikenakan sebagai caj penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan RM 10 untuk Sabah dan Sarawak. Berita baik adalah, untuk pesanan yang berjumlah RM75 dan ke atas, kos penghantaran akan dikecualikan! Untuk Brunei, pesanan yang berjumlah kurang daripada RM150 akan dikenakan bayaran RM30 untuk penghantaran manakala pesanan yang berjumlah RM150 dan ke atas akan diberikan perkhidmatan penghantaran percuma!
-
Saya telah menerima pesanan yang salah/hilang/rosak dalam pesanan saya. Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?
Saya telah menerima pesanan yang salah/hilang/rosak dalam pesanan saya. Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?
Oops, ini amat memalukan. Sila hantarkan mel ke customer@my.zalora.com dengan butiran-butiran berikut:
- Nombor pesanan anda
- Isu salah/hilang/rosak
- Nombor siri yang terdapat pada tag produk, atau pembungkusan
- Gambar, jika berkenaan
-
Bagaimana tentang kadar tempoh penghantaran?
Bagaimana tentang kadar tempoh penghantaran?
Kami mensasarkan untuk anda mendapat pesanan anda dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pesanan tersebut dihantar. Untuk barangan daripada luar negara atau pembekal kami, masa penghantaran adalah antara 7-14 hari bekerja. Pada setiap hari, rakan kongsi kurier kami yang mesra sentiasa berusaha untuk membuat penghantaran di antara jam 12:00-6:00, nantikan mereka!
-
Berapakah jumlah caj penghantaran dan pengendalian bagi setiap tempahan?
Berapakah jumlah caj penghantaran dan pengendalian bagi setiap tempahan?
Kami amat gembira untuk menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia! Penghantaran adalah PERCUMA bagi setiap tempahan di mana jumlah pembayarannya adalah RM75 dan ke atas. Buat pesanan di mana jumlah pembayaran adalah kurang daripada RM 75, caj pengendalian sebanyak RM 5 akan dikenakan manakala penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan dikenakan caj pengendalian sebanyak RM 10. Penghantaran percuma ke Brunei dapat dinikmati sekiranya jumlah pembayaran melebihi RM 150. Pesanan di mana jumlah pembayarannya adalah kurang daripada RM 150, caj pengendalian sebanyak RM 30 akan dikenakan.
-
Barangan yang saya tempah masih tidak sampai. Apa yang boleh saya lakukan?
Barangan yang saya tempah masih tidak sampai. Apa yang boleh saya lakukan?
Kami menyasarkan supaya anda menerima barangan anda secepat yang mungkin. Jika barangan anda masih tidak sampai, anda tidak perlu risau. Anda diminta tunggu sekurang-kurangnya 1-14 hari bekerja untuk menerima barangan anda begantung kepada tempoh anggaran yang ditetapkan bagi produk anda. Jika anda menempah lebih daripada satu barangan, anda mungkin akan menerima pembelian anda pada masa yang berbeza.
Jika anda mengalami sebarang masalah, sila hubungi Khidmat Pelanggan Zalora di customer@my.zalora.com atau 03-2035 6622 / 03-2027 4717 dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari 7 hari seminggu. -
Adakah Zalora membuat penghantaran antarabangsa?
Adakah Zalora membuat penghantaran antarabangsa?
Buat masa ini, pihak kami hanya membuat penghantaran di Malaysia dan Brunei.
-
Siapakah rakan logistik kami?
Siapakah rakan logistik kami?
Semua tempahan dihantar oleh GDex Courier dan Ta-q-bin bagi tempahan tunai pada penghantaran (COD). Rakan kongsi kami mempunyai dedikasi yang sama dalam menghantar produk Zalora kepada anda secepat mungkin.
-
Mahu mengesan tempahan anda?
Mahu mengesan tempahan anda?
Mahu mengesan tempahan anda?
Apabila tempahan anda diambil oleh rakan kongsi logistik kami, kod pengesan akan disediakan dan anda boleh mengesan status penghantaran tempahan anda melalui pautan di bawah:
- Pergi ke www.gdexpress.com , klik pada butang "Tracking", kemudian pergi ke "e-tracking"
- Pergi ke http://my.ta-q-bin.com dan sila isi nombor pengesan anda pada tetingkap popup di ruang "track now"
-
Bagaimana dengan cara lain yang boleh saya gunakan untuk melihat status tempahan?
Bagaimana dengan cara lain yang boleh saya gunakan untuk melihat status tempahan?
Kami boleh dihubungi secara berikut:
- Hubungi kami di talian 03-2035 6622 / 03-2027 4717 dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, 7 hari seminggu.
- Live Chat bersama kami!
- Atau emel kami di customer@my.zalora.com
-
Penghantaran sebelum Hari Natal
Penghantaran sebelum Hari Natal
Harap maklum, untuk membolehkan kami membuat penghantaran sebelum Hari Natal pesanan perlu dibuat sebelum 4ptg 19hb Disember 2014.
Selamat Hari Natal !
-
Polisi pemulangan 30 hari percuma
Polisi pemulangan 30 hari percuma
Anda boleh memulangkan mana-mana barangan yang belum dipakai* atas sebab yang tertentu dalam masa 30 hari bagi mendapatkan kredit stor penuh. Selain itu, pemulangan adalah secara percuma! Bukankah ini cara yang terbaik untuk membeli belah secara online yang bebas risiko?
Bagi pemulangan dana melalui Pindahan Bank, Kad Kredit dan juga Paypal ia akan mengambil masa 5-14 hari bekerja untuk pengembalian anda dapat dilihat di dalam Akaun Bank / Kad Kredit / Paypal dari hari pemulangan dana mula diproses. Sekiranya anda ingin dibayar balik melalui Stor Kredit, proses pembayaran balik akan selesai dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh kami menerima barang anda di gudang ZALORA.
Bayaran balik hanya akan diproses sekiranya permintaan itu dibuat oleh pemilik akaun Zalora seakaun ZALORA. Maklumat yang diberikan hendaklah berpadanan dengan maklumat tertentu dalam pangkalan data kami.
Jika anda telah memilih Bayar Waktu Terima untuk penghantaran ke Brunei, sila maklumkan bahawa anda akan dibayar balik melalui Stor Kredit sahaja.
*Artikel yang dipakai untuk menentukan sama ada ia muat atau tidak tidak dikira sebagai sudah dipakai. Semua barangan perlu dipulangkan seperti keadaan asal di mana semua tanda masih terpasang. Harap maklum bahawa apabila sedang mencuba kasut, anda perlu menggunakan karpet atau permukaan yang bersih. Hanya pemulangan yang menggunakan perkhidmatan kurier akan diterima, kerana pihak kami tidak menerima sebarang penghantaran peribadi. Pengecualian: Barangan jenama yang dikecualikan dari pemulangan, Barangan TEMPAHAN AWAL , pakaian dalam, bikini, seluar renang lelaki, stoking, anting-anting, produk penjagaan kulit, kosmetik dan minyak wangi hanya boleh dipulangkan jika ia didapati rosak semasa penghantaran. Jenama-jenama yang berikut tidak boleh dipulangkan semula kecuali barangan tersebut rosah semasa penghantaran:
- Hatta
- JLuxe
- Jovian by Jovian Mandagie
- Jovian Mandagie for Zalora
- LS for Jovian
- Marry Merry
- Rizalman for Zalora
-
Mahu memulangkan sesuatu? Inilah caranya!
Mahu memulangkan sesuatu? Inilah caranya!
Pemulangan secara percuma dalam hanya lima langkah:
Sila lengkapkan Label Pemulangan yang anda terima bersama barangan yang dihantar. Jika anda tidak mempunyai Slip Pemulangan, klik dan cetak slip pemulangan tersebut.
Sila lengkapkan Label Pemulangan poslaju yang anda terima bersama barangan anda. Jika anda tidak lagi mempunyai Label Pemulangan tersebut, sila hubungi kami di customer@my.zalora.com atau hubungi hotline perkhidmatan pelanggan kami di talian +603 2035 6622
Letakkan barangan (seperti keadaan asal) tersebut ke dalam kotak atau slip plastik yang disediakan* bersama slip pemulangan dan tampalkan label pemulangan di bahagian luar kotak.
*Anda tidak semestinya perlu menggunakan kotak yang kami berikan tetapi ia perlulah mempunyai saiz/kekuatan yang sesuai untuk melindungi barangan yang anda pulangkan.
Bawa pakej pemulangan anda ke tempat serahan Poslaju - kami akan menanggung kos pemulangan anda! Klik di sini untuk mencari tempat serahan yang terdekat dengan anda. Sila simpan resit yang diberikan kepada anda di tempat serahan sebagai bukti pemulangan.
Bagi pemulangan dana melalui Pindahan Bank, Kad Kredit dan juga Paypal ia akan mengambil masa 5-14 hari bekerja untuk pengembalian anda dapat dilihat di dalam Akaun Bank / Kad Kredit / Paypal dari hari pemulangan dana mula diproses. Sekiranya anda ingin dibayar balik melalui Stor Kredit,proses pembayaran balik akan selesai dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh kami menerima barang anda di gudang ZALORA.
Bayaran balik hanya akan diproses sekiranya permintaan itu dibuat oleh pemilik akaun Zalora sendiri. Maklumat yang diberikan hendaklah berpadanan dengan maklumat tertentu dalam pangkalan data kami.
Jika anda telah menghantar bungkusan anda lebih daripada tujuh hari dan masih tidak menerima sebarang emel mengesahkan dengan anda, sila hubungi kami di customer@my.zalora.com atau hotline khidmat pelanggan +603 2035 6622 (9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Ahad). -
Perlukah saya membayar untuk caj penghantaran apabila saya ingin mengembalikan bungkusan saya?
Perlukah saya membayar untuk caj penghantaran apabila saya ingin mengembalikan bungkusan saya?
Pulangan semula adalah percuma! Kami percaya bahawa pelanggan kami tidak perlu membayar untuk proses penghantaran semula. Label penghantaran prabayar telah dimasukkan ke dalam bungkusan yang dihantar kepada anda.
Jika anda tidak menemui label penghantaran dalam bungkusan anda, sila menghubungi wakil Khidmat Pelanggan kami di customer@my.zalora.com, atau hubungi kami di 03-2035 6622 pada setiap hari Isnin hingga Ahad, 9 pagi - 6 petang.
-
Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai label pulangan semula poslaju?
Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai label pulangan semula poslaju?
Jika anda tidak menerima label pulangan semula bersama dengan bungkusan anda atau berkemungkinan telah hilang, anda masih boleh mengembalikan barangan tersebut secara percuma! Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan pergi ke pejabat pos yang berdekatan dan minta slip konsainmen Poslaju. Sila isi maklumat seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di customer@my.zalora.com, atau hubungi talian khidmat pelanggan kami di +603 2035 6622 / 03-2027 4717, 9 pagi hingga 6 petang pada setiap hari.
-
Bagaimana untuk mengisikan label Poslaju Return?
Bagaimana untuk mengisikan label Poslaju Return?
Sila mengisikan label Poslaju Return seperti yang berikut:
-
Bagaimanakah cara untuk menukar barangan saya?
Bagaimanakah cara untuk menukar barangan saya?
Anda kini boleh menukar barangan anda apabila anda membeli-belah di ZALORA! Sekarang, anda boleh menukar barangan anda melalui:
Pilihan 1: Slip Penukaran/Pulangan
1. Pilihan Penukaran boleh didapati pada invois ZALORA anda. Untuk memilih untuk penukaran, pertama sekali, sila nyatakan sebab pulangan dalam kotak yang disediakan. Kemudian, nyatakan saiz ATAU warna pilihan anda untuk pesanan penukaran.
2. Bungkus barangan dalam bungkusan yang asal (lengkap dengan tag) dan jangan lupa untuk memasukkan sekali invois di dalam kotak.
3. Isikan Label Pulangan Poslaju dan tampal pada kotak.
4. Pos bungkusan tersebut di mana-mana cawangan POSLAJU!
* Hanya penukaran saiz atau warna sahaja yang boleh dibuat
* Penukaran adalah tertakluk kepada ketersediaan stok apabila kami menerima kembali barangan anda
Setelah kami menerima barangan dan permintaan anda untuk penukaran, kami akan meneruskan dengan proses membungkus dan penghantaran pesanan penukaran yang baru. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel sebaik sahaja pesanan penukaran anda disahkan dan telah dihantar.
Pilihan 2: Wakil Khidmat Pelanggan kami
Anda juga boleh mendaftar masuk untuk mendapatkan bantuan wakil Khidmat Pelanggan kami mengenai penukaran barang. Walau bagaimanapun, sila kembalikan barangan asal anda kepada kami dalam masa 5 hari bermula daripada hari anda membuat permintaan penukaran. Jika barangan asal tidak diterima dan dikembalikan ke gudang kami dalam tempoh yang telah ditetapkan, barangan baru yang anda inginkan tidak akan disimpan lagi untuk anda.
-
Bolehkah saya memulangkan semula beberapa barangan dan memilih untuk menukarkan dengan barangan lain daripada pesanan yang sama?
Ingin membuat Penukaran dan Memulangkan sesuatu? Lihat langkah-langkah berikut!
Ya, anda boleh! Anda mempunyai fleksibiliti untuk memulangkan semula beberapa barangan dan membuat penukaran daripada pesanan yang sama. Untuk berbuat demikian, buat pilihan anda sama ada Bayaran Balik atau Penukaran untuk setiap barangan dengan jelas pada Slip Penukaran/Pulangan
Selanjutnya adalah amat mudah - bungkus semua barangan dengan kemas dan selamat, beserta dengan Slip Penukaran/Pulangan, ke dalam bungkusan yang ingin dikembalikan tersebut. Lampirkan label penghantaran semula ke bungkusan tersebut dan poskan ke cawangan POSLAJU yang berdekatan.
Sebaik sahaja gudang kami menerima bungkusan anda, kami akan meneruskan dengan membayar balik wang anda untuk barangan yang telah anda kembalikan, dan membuat pesanan penukaran bagi barangan baru yang telah anda pilih. Sila maklum bahawa stok adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa kami menerima barangan yang telah dikembalikan ke gudang kami. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel sebaik sahaja pesanan penukaran anda disahkan dan dihantar keluar. Untuk barangan yang anda kembalikan, anda akan menerima e-mel pengesahan untuk Penukaran Diterima dan Bayaran Balik Berjaya.
-
Adakah semua barangan boleh ditukar?
Adakah semua barangan boleh ditukar?
Kebanyakan barangan boleh ditukar, termasuk barangan daripada pembekal luar. Sila maklum bahawa barangan daripada pembekal mungkin mengambil masa sehingga 7-9 hari bekerja untuk dihantar, selepas barangan asal telah dikembalikan dan diterima di gudang kami.
Untuk barangan yang tidak boleh dipulangkan dan barangan Marketplace, dukacita dimaklumkan bahawa buat masa ini tiada penukaran boleh dilakukan.
-
Bolehkah saya membatalkan permintaan saya untuk membuat penukaran?
Bolehkah saya membatalkan permintaan saya untuk membuat penukaran?
Jika anda baru menyedari kesilapan dalam pesanan anda atau ingin mengubah fikiran selepas membuat pesanan, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami di talian 03-2035 6622 (Isnin hingga Ahad, 9 pagi - 6 petang) dan kami akan cuba untuk membantu menyelesaikan isu berkaitan pesanan anda.
-
Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk membuat penukaran?
Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk membuat penukaran?
Sukacita dimaklumkan bahawa penukaran adalah percuma untuk para pelanggan!
-
Berapa lamakah barangan saya akan disimpan jika saya memilih untuk membuat penukaran?
Berapa lamakah barangan baru yang saya inginkan akan disimpan?
Jika anda telah membuat penukaran melalui wakil Khidmat Pelanggan kami, pesanan penukaran akan mengambil masa selama 5 hari bekerja untuk menunggu barangan yang asal dikembalikan ke gudang kami. Sebaik sahaja kami menerima barangan asal anda, pesanan penukaran yang baru akan dihantar secara automatik kepada anda secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, jika barangan yang asal tidak tidak diterima dalam masa 5 hari bekerja, barangan baru yang anda inginkan tidak akan disimpan lagi untuk anda.
-
Berapa lamakah masa yang diambil untuk saya menerima pesanan penukaran tersebut?
Bilakah saya akan menerima pesanan penukaran tersebut?
Semua pesanan penukaran hanya akan diproses sebaik sahaja kami menerima semula barangan yang dikembalikan ke gudang kami.Masa yang diambil adalah 3 hari bekerja daripada hari anda menerima e-mel Pesanan Penukaran Dihantar kepada anda.
Walau bagaimanapun, bagi barangan yang dibekalkan oleh pembekal luar,masa penghantaran untuk pesanan pertukaran baru mungkin mengambil masa sehingga 3-7 hari bekerja daripada tarikh kami menerima menerima barangan yang anda kembalikan.
-
Bolehkah saya menukar atau mengembalikan barangan yang telah ditukar?
Bolehkah saya memulangkan dan membuat penukaran lagi?
Ya, anda boleh! Pesanan penukaran juga merupakan pesanan yang baru. Lengkapkan Slip Penukaran/Pulangan yang disertakan bersama pesanan penukaran anda, bungkuskan bersama-sama dan kembalikan kepada kami. Kami akan memproses pesanan penukaran baru atau bayaran balik, bergantung kepada pilihan yang anda nyatakan pada slip, sebaik sahaja kami menerima barangan yang ingin anda kembalikan.
-
Apakah bentuk kaedah pembayaran yang anda tawarkan?
Apakah bentuk kaedah pembayaran yang anda tawarkan?
Di ZALORA, anda boleh membuat pembayaran dengan mudah melalui kaedah berikut:
Kad kreditKami menerima semua jenis kad kredit, antarabangsa & tempatan selagi ia adalah MasterCard ATAU Visa.
Kredit Stor SayaKredit Stor Saya adalah suatu ciri di ZALORA yang membolehkan pelanggan mengumpul kredit stor! Jika anda mempunyai baki dalam Kredit Stor Saya, ia akan digunakan secara automatik sebagai kaedah pembayaran pilihan. Sekiranya terdapat satu jumlah yang belum dijelaskan selepas potongan Kredit Stor anda, anda boleh memilih salah satu daripada pilihan pembayaran lain untuk melengkapkan pembelian anda.
Adakah anda menerima kad debit?Ya! Kami menerima kad debit selagi ia adalah MasterCard ATAU Visa.
PayPalPayPal adalah satu kaedah pembayaran untuk pembelian atas talian yang juga membolehkan pengguna untuk mengirim dan menerima wang secara atas talian. PayPal menawarkan kaedah yang cepat, selamat dan pembayaran yang mudah tanpa mendedahkan maklumat kad kredit atau butiran kewangan lain kepada peniaga. Untuk maklumat lanjut, layari mengenai Paypal
Bagaimanakah untuk saya mendaftar di PayPal?Anda boleh mendaftar untuk akaun PayPal dengan pergi ke tab Buat akaun Paypal.
Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya mempunyai masalah dengan akaun PayPal saya?Malangnya, kami tidak dapat membantu anda apabila berkaitan dengan masalah akaun PayPal. Sila hubungi wakil khidmat pelanggan PayPal.
Bilakah jumlah pembayaran akan ditolak daripada akaun PayPal saya?Bayaran akan ditolak daripada akaun PayPal anda dengan segera.
IPay88iPay88 merupakan jenis pembayaran 'Internet Payment Switching Gateway' melalui kad kredit, Perbankan Internet (atau E-Debit) & Wallet Elektronik (E-Wallet), yang ditubuhkan oleh Mobile88.Com Sdn. Bhd.
Ia adalah jenis pembayaran 'Online Payment Gateway System' yang kini turut disediakan oleh kebanyakan Institusi Kewangan berlesen. Atas sebab itu, pelanggan boleh meyakini iPay88 daripada segi keselamatan. iPay88 juga mematuhi PCI Keselamatan Data Standard dan Akta Sistem Pembayaran Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai iPay88.
Ipay88 - Bank yang Bekerjasama Termasuk:
- Maybank2u
- CIMB Clicks
- Alliance Bank
- Ambank
- Hong Leong Bank
- RHB
- Bank-bank MEPS yang Bekerjasama
- Web Cash
BWT adalah perkhidmatan eksklusif yang kami berikan kepada pelanggan-pelanggan kami untuk kod pos tertentu di Lembah Klang, Putrajaya, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak. Kami membuat penghantaran melalui rakan logistik kami iaitu Ta-q-bin atau GDEX. Masa penghantaran adalah Isnin hingga Sabtu 8:00-21:00.
Sila masukkan kod pos anda di sini untuk mengetahui sama ada kami menyediakan perkhidmatan BWT.
Sila maklum bahawa untuk kaedah pembayaran bayar waktu terima (BWT), anda perlu membayar jumlah yang ditetapkan sebelum membuka bungkusan atau mencuba barangan tersebut. Ini adalah untuk tujuan keselamatan dan yang berkaitan. Jika anda tidak menyukai produk tersebut atau saiz tidak bertepatan, anda masih boleh mengembalikan barangan tersebut.
Bank TransferNama Bank: CIMB Islamic Bank Berhad
Nama Akaun: Jade EServices Malaysia Sdn Bhd
Nombor Akaun: 8600039284
Selepas pembayaran, sila isi butiran slip Bank Transfer seperti yang diminta dengan pergi ke http://www.zalora.com.my/banktransfer untuk melengkapkan proses transaksi. Anda akan menemui butiran yang diperlukan dalam slip Bank Transfer daripada mesin ATM / CDM atau pada skrin pengesahan atas talian selepas pembayaran.
Selepas membuat pesanan anda, anda mempunyai 24 jam untuk membuat bayaran dan memuat naik butiran slip Bank Transfer anda untuk mengelakkan pesanan anda dibatalkan.
Jika anda mempunyai akses kepada perbankan atas talian (CIMB Clicks, Maybank2U, PBeBank, Hong Leong Connect dan lain-lain), kami mencadangkan anda menggunakan Perbankan Atas Talian (Debit) untuk pembayaran dan pemprosesan segera.
-
Bagaimana untuk mengetahui bahawa pembayaran yang saya lakukan telah berjaya?
Bagaimana untuk mengetahui bahawa pembayaran yang saya lakukan telah berjaya?
Semua urus niaga yang berjaya akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi nombor penjejakan pesanan. Jika anda tidak menerima pengesahan melalui e-mel, sila cuba buat pesanan anda sekali lagi. Sebagai alternatif, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami untuk mengesahkan pesanan anda.
-
Saya telah membuat bank transfer dan masih tidak menerima e-mel pengesahan.
Saya telah membuat bank transfer dan masih tidak menerima e-mel pengesahan.
Anda sepatutnya menerima e-mel pengesahan dalam masa 2 hari bekerja selepas membuat pembayaran & kirim slip pembayaran kepada payment@zalora.com.my atau gunakan sistem Pengesahan Bank Transfer terbaru kami di: http://www.zalora.com.my/banktransfer. Jika anda tidak menerima e-mel, sila hubungi wakil khidmat pelanggan di 03-2035 6622 / 03-2027 4717 09:00-6:00, 7 hari seminggu.
-
Apakah ciri-ciri Kredit Stor Saya?
Apakah ciri-ciri Kredit Stor Saya?
Kredit Stor Saya merupakan salah satu ciri di ZALORA yang membolehkan pembeli mengumpul kredit stor mereka! Anda boleh menemui ciri Kredit Stor Saya di bawah pilihan Akaun Saya apabila anda mendaftar masuk ke laman ZALORA dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
Di bawah ciri Kredit Stor Saya, anda boleh menyemak rekod pembelian anda di mana ia lengkap dengan maklumat seperti tarikh kredit stor yang telah ditambah ke dalam akaun anda.
-
Bolehkah saya menggunakan kod promo bersama kredit stor di dalam Kredit Stor Saya?
Bolehkah saya menggunakan kod promo bersama kredit stor di dalam Kredit Stor Saya?
Ya, anda boleh! kredit stor di dalam Kredit Stor Saya akan digunakan selepas diskaun, cukai, dan caj penghantaran di laman pembayaran.
-
Bagaimanakah cara untuk saya menambah kredit ke dalam Kredit Stor Saya?
Bagaimanakah cara untuk saya menambah kredit ke dalam Kredit Stor Saya?
Terdapat beberapa cara untuk menambah kredit ke dalam Kredit Stor Saya.
- Pilih kredit stor sebagai pilihan kaedah dengan semula anda jika anda berhajat untuk memulangkan semula pesanan anda. The refund amount will be automatically credited to your Store Credit once we have received and processed the items you have returned.
- Beli kad E-gift dan masukkan kod promo kad gift tersebut ke dalam Kredit Stor Saya. Untuk maklumat lanjut tentang kad E-gift ZALORA , sila rujuk SINI
- Sekiranya jika anda berubah fikiran dan ingin membuat pembatalan pesanan prabayar anda, anda juga boleh memilih untuk mengkreditkan Kredit Stor ke dalam Kredit Stor peribadi anda di bawah akaun anda.
-
Jika jumlah bagi kredit stor saya telah terkumpul daripada jenis pemulangan wang yang berbeza autau kad E-Gift, apakah tarikh luput bagi kesemuanya?
Jika jumlah bagi kredit stor saya telah terkumpul daripada jenis pemulangan wang yang berbeza autau kad E-Gift, apakah tarikh luput bagi kesemuanya?
Kredit Stor yang tersedia dalam ciri Kredit Stor Saya sah selama dua bulan daripada tarikh ia dikeluarkan kepada anda. Di bawah Stor Kredit Saya, anda akan menemui gambarajah yang memaparkan baki Kredit Stor anda dan tarikh luput yaang berasingan juga dinyatakan dengan jelas untuk rujukan anda.
-
Bolehkah kad E-gift digunakan pada lebih daripada satu transaksi?
Bolehkah kad E-gift digunakan pada lebih daripada satu transaksi?
Semua denominasi untuk Kad E-Gift ((RM 75, RM 150, RM 200 and RM 300) boleh digunakan dalam pelbagai kaedah transaksi sehingga nilai tunai menjadi sifar. Nilai tunai akan dipotong daripada kad E-Gift pada setiap pembayaran.
Untuk senarai kad E-Gift ZALORA, sila lihat di SINI.
-
Bagaimana boleh saya gunakan kod promo ZALORA?
Bagaimana boleh saya gunakan kod promo ZALORA?
Gunakan kod promo untuk menikmati penjimatan semudah 1-2-3! hanya:
Pergi ke halaman beg anda apabila anda telah memilih barangan yang ingin dibeli.
Di bahagian troli, masukkan kod promo di bahagian 'kupon'.
Klik pada "Gunakan Promo" untuk menikmati diskaun.
Kod promosi tidak boleh dipulangkan semula atau ditunaikan dalam bentuk wang ringgit.
Melainkan dinyatakan sebaliknya, kod promo tidak sah untuk barangan Marketplace. -
Mengapakah saya tidak dapat menggunakan kod promo saya pada jenama dan produk tertentu.
Mengapakah saya tidak dapat menggunakan kod promo saya pada jenama dan produk tertentu.
Melainkan dinyatakan sebaliknya, kod promo tidak sah untuk barangan Marketplace.
Untuk menyediakan anda dengan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, ZALORA tidak memberi diskaun dengan penggunaan kod promo bagi sesetengah jenama, yang dikelaskan sebagai tiada-diskaun dan dikecualikan daripada penggunaan kod promo. Please double check that the items do not fall into this list of non-applicable brands/items:
- AIRWALK
- A Time Machine
- Aalia By Gulatis
- Acca Kappa
- Ad Jeans
- Airish Fashion Cosmetic
- Aleena
- Alfio Raldo
- Alfio Raldo Young
- Ambros
- American Tourister
- Amnig
- Anne Klein
- Anne Klein Exclusive
- Another
- Antton & Co
- Appetime
- Aqeela Muslimah Wear
- Ar By Alfio Raldo
- Asha Karim
- Avalanche
- Aviator
- Aviva
- Bata
- Beautanicae
- Beverly Hills Polo Club
- BGM POLO
- Bluesky Love
- Body Glove
- Bum Equipment
- Byn
- Caely
- Carlo Cardini
- Carlo Rino
- Casio
- Caterham F1
- Cats Whiskers
- Cats Whiskers - Muslimah
- Celsius
- Cipela Espadrilles
- Cloth Inc
- Cloverush
- Contessa
- Coveq London
- Cr2
- Criss Cross
- Dandelion
- Dickies
- Dipped Row
- Dr. Martens
- Dressingpaula
- Edwin
- E-GIFT CARDS
- El Zahraa
- Electro Denim Lab
- ELLE
- Ellegirl
- Emel by Melinda Looi
- Emmer Zecna
- Emruti
- Enjoy
- Enzo Angiolini
- Enzo Angiolini Exclusive
- Eslystyle.com
- Ethnic Chic Ayu
- Evo
- Express Polo
- Eyki
- f block
- Falah Abiyana
- FBlock
- First Lady
- Fms By Radioactive
- Fourskin
- Fox's Accessories
- Frangipani Closet
- G. Davin
- Galeri Ariani
- Galliano
- Gambol
- Garoos
- Gaston & co
- Geb.
- Gene Martino
- Giordano
- Green Point Club
- GS Polo
- Harvard Polo Club
- Havaianas
- Hidy
- High Cultured
- Hijab by Emma Maembong
- Hoola By Commonthread
- Hypergear
- Ice Dressme
- Jae Homme
- Jameela Muslimah
- Jasmina Collection
- JAZZ STAR
- Jefferson
- jelitasara
- Jennifer Creations
- Jj Mastini
- Jluxe
- Jovian
- Jovian Mandagie for Zalora
- Just Cavalli
- Kappa
- Karyakemistri
- Kent
- Kiss & Tell
- Kitschen
- Klf
- Kn Key Ng
- Knight
- Kools Tees
- Laviss
- Le Coq Sportif
- Le Sandee
- Lee Cooper
- Limkokwing Fashion Club
- Line
- LINE 32
- Liquido
- Little Bit Store
- Lois
- Looney Tunes @ Urban Tee
- Louis Cuppers
- Macbeth
- Macerio
- Malibu Beachwear
- MALVIC CUFFS
- Manchester United
- Mango
- Marie Claire
- Masked Rider @ urban TEE
- Mawar Turkiye
- Medium Rare Store
- Melissa
- Micffy
- Mil
- MILANO
- Miss Sixty
- Moonriver
- MS. READ
- My Ballerine
- Najjah
- Nashata
- National Geographic
- Neda
- Never Grow Old
- Neverland
- Nichii
- North Star
- Nose
- Noveni
- Nukleus
- Official Cap
- Omax
- Ottilie
- Paris Hilton
- Passion
- Pearl Haya
- People's
- Pestle & Mortar
- Phyto
- Pink Evil's Fashion Supermarket
- Playboy
- Playboy Bunny
- Power
- Pratik
- Private Stitch
- Q&Q by Citizen
- Quarter Homme
- R20
- Radio Days @ Urban Tee
- Red
- Red Virus
- Rip Curl
- RIVER ISLAND
- Rizalman for Zalora
- Rodial
- roroRAWW
- Royal Crown
- Sammoni
- Samsonite
- Samsonite Red
- Santa Barbara Polo & Racquet Club
- Saturation
- SCORPION
- Sebago
- Sector
- Sentini
- Shapee
- Smashing Scarves By Lea Shmea
- Speedy Rhino
- Spiffy
- Sprayground bags
- St3p
- Starfox
- Steeple Jack
- Storm London
- Sugarscarf
- Surfer’s Paradise
- Suzana
- Sze Accessories
- Tagg
- Te Chi-chi
- Temporaryeah
- Tendence
- The Simpsons @ Urban Tee
- Titan
- Tla
- Tokyo Life
- Tomaz
- Tombelli
- Torendi
- Totomomo
- Touchess
- Turkuaz
- Unisa
- Urban Tee
- Valentino Rudy
- Vercato
- Vincci
- Vivacious
- Volkswagen
- Voze
- Wafiyya By Dollscarf
- wakai
- Weide
- Weinbrenner
- WWE
- XC38
- XIXILI
- Zariya
- zatu emerald
- Zihan by Shims Mandagie
- ZOO FOR PEOPLE
- Zuco Fashion
-
Kod promosi saya tidak berfungsi dan tiada pemotongan berlaku semasa proses pembayaran. Apa yang perlu saya lakukan?
Kod promosi saya tidak berfungsi dan tiada pemotongan berlaku semasa proses pembayaran. Apa yang perlu saya lakukan?
Melainkan dinyatakan sebaliknya, kod promo tidak sah untuk barangan Marketplace dan barangan terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada senarai jenama non-sale.
Jika anda telah mencuba untuk menggunakan kod promosi anda tetapi ia tidak berfungsi, sila hantarkan e-mel kepada kami di customer@my.zalora.com atau hubungi wakil khidmat pelanggan kami di 03 2035 6622 or 03 2027 4717, Isnin hingga Ahad, 9am-6pm untuk sebarang bantuan.
-
Berapa kali boleh saya gunakan kod promo yang sama?
Berapa kali boleh saya gunakan kod promo yang sama?
Kod promo yang dikeluarkan hanya boleh digunakan sekali sahaja, melainkan jika terma dan syarat pada kod promo tersebut menyatakan sebaliknya.
-
Bolehkah saya gunakan lebih daripada satu kod promo untuk tempahan yang sama?
Bolehkah saya gunakan lebih daripada satu kod promo untuk tempahan yang sama?
Malangnya, hanya satu kod promo boleh digunakan bagi satu tempahan.
-
Adakah saya perlu membelanjakan sebarang jumlah minimum?
Adakah saya perlu membelanjakan sebarang jumlah minimum?
Maklumat ini boleh didapati di bahagian Terma & Syarat di bahagian belakang kod promo fizikal dan dalam emel bagi e-kod promo.
-
Garis Panduan Ukuran
Garis Panduan Ukuran
Ukuran Kasut
Anda boleh cetak templat rujukan saiz kami di sini di kertas berukuran A4. Elakkan dari mengubah skala yang boleh mengakibatkan ralat!
Untuk maklumat lanjut berkaitan ukuran kasut dan bagi memudahkan proses pembelian anda, sila ke Panduan Saiz Kasut.
Panduan Saiz Pakaian
Untuk maklumat lanjut berkaitan ukuran pakaian dan bagi memudahkan proses pembelian anda, sila ke Panduan Saiz Pakaian.
-
Fit Visualiser
Fit Visualiser
Apa itu Fit Visualiser?
Fit Visualiser merupakan alat yang dapat menyelesaikan masalah untuk pemilihan saiz.
Penggunaan Fit Visualiser
Fit Visualiser berfungsi sebagai panduan agar dapat membantu anda memilih saiz yang betul dengan rujukan saiz anda. Dengan meletakkan saiz rujukan anda di dalam profil, Fit Visualiser dapat membantu untuk membezakan saiz barangan yang dipilih untuk dibeli dengan rujukan yang diberikan. Dengan itu, ia dapat membantu melihat perbezaan saiz.
Bagaimana saya dapat menggunakan Fit Visualiser?
Penggunaan Fit Visualiser mudah sahaja! Anda hanya perlu mengikuti tiga langkah berikut.
1. Tekan butang Maklumat Saiz untuk mengesan Fit Visualiser.
2. Sila ukur pakaian anda di atas permukaan yang rata untuk mendapat ukuran yang tepat dan masukkan ke kotak yang telah disediakan.
3. Fit Visualiser akan mengesyorkan saiz yang sesuai buat anda setelah anda menyatakan ukuran di profil anda.
Bolehkah Saya Menyimpan Lebih Dari Satu Set Ukuran?
Fit Visualiser dapat menyimpan lebih dari satu rujukan saiz dengan hanya menekan butang ‘Almari Pakaian Saya’ kemudian tekan butang ‘Tambah … Baru.’
-
BCARD
BCARD
BCARD
BCARD adalah program ganjaran gaya hidup utama dan tumpuan jenama yang membolehkan ahli mengumpul mata serta membuat penebusan mata di kedai yang terlibat. Anda boleh menerima 1 BPoint bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di www.zalora.com.myy
Bagaimana boleh saya dapatkan BPoint daripada Zalora?
Masukkan nombor 16 digit BCard anda di halaman pengesahan tempahan dan klik "Tambah Mata".
Adakah saya akan mendapat BPoint secara serta merta selepas membuat pembelian?
Tidak. BPoint akan direkodkan ke dalam akaun BCard anda 45 hari selepas tarikh pembelian anda disebabkan oleh polisi pemulangan 30 hari kami.
Adakah sebarang tarikh luput untuk BPoints saya?
Ya. Mata anda akan luput pada tempoh 36 bulan selepas pengeluaran, berdasarkan konsep ‘first in first out’.
Bolehkah saya mengesan tarikh luput Bpoints saya?
Ya. Daftar masuk ke laman web BCARD iaitu www.bcard.com.my untuk mengesan tarikh luput BPoints atau hubungi wakil khidmat pelanggan di 03-2119 2999.
Bagaimanakah cara untuk meraih mata Bpoints ketika membuat pembelian dengan Zalora jika saya bukan ahli BCard?
Sila klik ‘Daftar Masuk untuk BCard’ di laman pengesahan pesanan dan isi borang pendaftaran. Masukkan No pesanan Zalora anda di ruangan yang disediakan untuk meraih mata Bpoints atas pembelian anda. Mata BPoints anda akan diberikan dalam tempoh 45 hari selepas tarikh pembelian.
Bolehkah saya menukar mata BPoints saya kepada wang tunai?
Tidak boleh. Mata BPoints hanya untuk penebusan barangan.
Bolehkah saya menebus mata BPoint di laman web ZALORA?
Tidak boleh. Penebusan mata BPoints hanya terdapat di laman web BCARD. Kunjungi www.bcard.com.my sekiranya anda ingin menebus untuk Baucar tunai Zalora.
-
Suka membeli-belah di ZALORA? Ketahui lebih lanjut mengenai program Brand Ambassador kami!
Suka membeli-belah di ZALORA? Ketahui lebih lanjut mengenai program Brand Ambassador kami!
Masih terkenang akan pengalaman hebat anda membeli-belah di ZALORA? Daftar sebagai Brand Ambassador ZALORA! Dapatkan tawaran harga yang hebat dan informasi gaya terkini serta promosi yang membantu anda untuk mendapatkan komisen $$ $$ pada setiap jualan yang dirujuk!
Berminat? Dapatkan berita terbaru di SINI!
-
Cadangkan kepada rakan anda sekarang! Dan terima RM25 bagi setiap cadangan yang berjaya!
Cadangkan kepada rakan anda sekarang! Dan terima RM25 bagi setiap cadangan yang berjaya!
Bagaimana ia berfungsi?
- Jemput rakan anda untuk membeli belah di Zalora.com.my
- Mereka akan menerima kod promo istimewa bagi diskaun sebanyak RM25 bagi tempahan pertama mereka.
- *Bagi setiap rakan yang bejaya menggunakan baucar tersebut, anda pula akan menerima baucar sebanyak RM25!
Langkah Permulaan
-
Daftar masuk ke akaun anda jika anda sudah berdaftar ATAU Daftar bersama kami jika anda pelanggan baharu.
- Masukkan emel rakan anda sebanyak yang mungkin, asingkan setiap emel dengan tanda koma ",". Klik "Hantar Jemputan"
- Rakan anda akan menerima emel yang disertakan dengan kod istimewa yang memberi mereka diskaun RM25 untuk tempahan pertama. Apabila mereka menggunakan kod promo tersebut, anda akan menerima baucar bernilai RM25 daripada kami, selepas pembelian tersebut telah dihantar dan disahkan.
Terma & Syarat:
- Baucar Untuk Rakan: Penggunaan Tunggal (cth. sekali bagi setiap emel)/Tidak-Gabung (cth. tidak boleh digunakan dengan baucar lain)/Untuk Pelanggan Baharu Sahaja
- Baucar Untuk Pencadang: Penggunaan Tunggal (cth. sekali bagi setiap emel)/Tidak-Gabung (cth. tidak boleh digunakan dengan baucar lain)
- Kedua-dua baucar hanya boleh digunakan untuk pembelian minimum sebanyak RM99. Baucar mungkin tidak boleh diterima pakai bagi jenama tertentu.
-
Apakah itu ZALORA Marketplace?
Apakah itu ZALORA Marketplace?
ZALORA Marketplace adalah komuniti fesyen eksklusif di mana butik yang terpilih akan mempamerkan produk yang bergaya dan unik secara online.
Layari marketplace hari ini!
-
Kenapa ZALORA Marketplace berbeza daripada katalog utama?
Kenapa ZALORA Marketplace berbeza daripada katalog utama?
Barangan dari ZALORA Marketplace akan dihantar secara terus daripada butik manakala barangan dari katalog utama dihantar dari gudang ZALORA.
Untuk maklumat lanjut, marketplace hari ini!
-
Apa yang boleh saya cari di sini?
Apa yang boleh saya cari di sini?
Apabila anda melayari katalog ZALORA Marketplace, anda akan menemui pilihan jenama.
Lawati marketplace kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut!
-
Ada masalah? Kunjungilah laman FAQ kami!
Ada masalah? Kunjungilah laman FAQ kami!
Kami telah menyenaraikan soalan lazim pelangan mungkin dapat semasa mengunjungi laman ZALORA dalam FAQ ini! Sila membuat pilihan dari senarai di sebelah kiri.
Masih tidak pasti? Ejen CS kami yang mesra akan menjawab soalan anda anda di customer@my.zalora.com! Kita juga boleh dihubungi pada 03 2035 6622 or 03 2027 4717, Isnin hingga Ahad, 9am - 6pm.
-
Hubungilah kami!
Hubungilah kami!
Jika anda tidak dapat untuk mencari jawapan anda, atau ingin bercakap dengan seseorang untuk mendapatkan bantuan, kami gembira untuk membantu 7 hari seminggu, 9am-6pm! Anda boleh dengan mudah mencapai kami di:
Emel: customer@my.zalora.com
Telefon: +603 2035 6622 or +603 2027 4717
Atau berbual dengan ejen-ejen Perkhidmatan Pelanggan kami mesra sambil membeli-belah di laman web kami! Hanya klik pada tersembunyi "Chat" tab di sudut bawah kanan halaman untuk berhubung dengan pasukan kami. Tanyalah kami!
-
Penyata privasi ZALORA
Penyata privasi ZALORA
Kami serius terhadap privasi pelanggan kami dan kami hanya mengumpul dan mengguna maklumat peribadi anda seperti yang digariskan di dalam Penyata Privasi kami.
Sila lihat Penyata Privasi ZALORA untuk maklumat yang lebih lanjut.
-
Notis data peribadi
Notis data peribadi
Dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya, notis ini adalah dikeluarkan kepada semua pelanggan dan/atau bakal pelanggan kami yang dihargai untuk menerangkan hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang kami telah dan/atau akan mengutip, mengumpul dan/atau memproses.
Sila lihat Notis Data Peribadi untuk maklumat yang lebih lanjut.