KOLEKSI BAJU GAUN MUSLIMAH ZALIA @ ZALORA MALAYSIA
Zalia adalah sebuah jenama persendirian di bawah label ZALORA yang mana ianya menawarkan koleksi baju gaun Muslimah yang terdiri daripada pelbagai pilihan yang menarik. Jenama ini hadir dengan rekaan dengan kombinasi trend yang sedang hangat di pentas peragaan fesyen dan elemen tradisional. Wanita pasti akan jatuh cinta dengan baju gaun daripada Zalia yang sangat eksklusif dan glamor. Jenama ini juga menawarkan wanita dengan rekaan yang elegan dan ringkas dalam setiap produknya. Hasil kerja manik Zalia diinspirasikan daripada hasil kerja pereka-pereka fesyen terkemuka seperti Zuhair Murad dan Ellie Saab yang mana menampilkan gaya penuh keunggulan dan moden untuk wanita. Baju gaun Muslimah terkini daripada Zalia juga amat sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis istimewa.Bagi wanita yang mahukan stail fesyen yang feminin dan elegan maka baju gaun Muslimah Zalia ZALORA adalah pilihan yang terbaik buat anda. Baju gaun Muslimah moden daripada jenama popular ini boleh dipakai ke majlis perkahwinan ataupun ke majlis makan malam yang formal. Tampil penuh bergaya dan anggun dengan mengenakan baju gaun wanita Zalia ke mana sahaja anda pergi. Tambahkan sedikit aksesori dan barang kemas serta beg tangan mewah untuk menyempurnakan penampilan anda.