PCOS, atau nama sebenarnya Polycystic Ovary Syndrome, kini mula dikenali sebagai PMOS (Polyendocrine Metabolic Ovarian Syndrome). Perubahan nama ini membantu memberi gambaran yang lebih tepat bahawa keadaan ini bukan sekadar berkaitan “cyst” atau ovari, tetapi turut melibatkan hormon, metabolisme, kitaran haid, kulit, rambut, berat badan dan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Teruskan membaca untuk fahami apa itu PMOS, simptom yang biasa berlaku dan cara menguruskannya dengan lebih baik.
Apa Itu PMOS?
Menurut World Health Organization (WHO), PMOS ialah gangguan hormon biasa yang boleh menyebabkan haid tidak teratur, jerawat, bulu berlebihan dan perubahan metabolik seperti rintangan insulin. Secara ringkasnya, PMOS ialah keadaan hormon dan metabolik yang boleh mempengaruhi kitaran haid, ovulasi, kulit, pertumbuhan rambut, berat badan dan cara tubuh menggunakan insulin.

Simptom PCOS Yang Biasa Berlaku
Simptom PCOS atau PMOS boleh berbeza bagi setiap individu. Antara simptom yang sering dikaitkan dengan PCOS termasuk:

- Haid tidak teratur, jarang datang atau terlalu sedikit
- Jerawat atau kulit mudah berminyak
- Pertumbuhan bulu berlebihan pada wajah atau badan
- Rambut menipis di bahagian kepala
- Berat badan naik atau sukar dikawal
- Masalah ovulasi
- Tompok gelap pada kulit, terutama di leher atau bawah lengan
- Cabaran kesuburan bagi sesetengah individu
Namun, tidak semua orang mengalami simptom PMOS/PCOS yang sama. Ada yang tandanya ringan atau kurang jelas, jadi pemeriksaan doktor penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Apa Punca PCOS?
Pakar kesihatan percaya punca PCOS adalah disebabkan gabungan beberapa faktor seperti ketidakseimbangan hormon, insulin resistance, genetik dan faktor metabolik.
Cara Mengurus PCOS
Jika anda mengalami haid tidak teratur, jerawat yang sukar pulih, pertumbuhan bulu berlebihan atau perubahan lain yang merisaukan, langkah terbaik ialah mendapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan.
Selain itu, beberapa perubahan gaya hidup juga boleh membantu menyokong kesihatan harian, seperti:
- Mengamalkan pemakanan yang lebih seimbang
- Bergerak aktif secara konsisten
- Tidur dengan cukup
- Mengurus stres dengan lebih baik
- Memantau kitaran haid
- Mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika simptom berpanjangan
Nota penting: Artikel ini bertujuan untuk perkongsian maklumat umum sahaja dan bukan pengganti nasihat perubatan. Jika anda mempunyai simptom yang berpanjangan atau membimbangkan, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
