Cara Tonton F1 Live di RTM Secara Percuma

Cara Tonton F1 Live di RTM Secara Percuma

Tidak dapat hadir ke Sepang? Jangan risau, anda masih boleh merasai debaran perlumbaan dari rumah dengan menonton F1 live secara percuma menerusi TV Okey atau RTMKlik sempena Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026.

Acara berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026, dengan perlumbaan utama bermula pada Ahad, 4 Oktober, jam 3 petang. Sediakan snek, pilih pelumba kegemaran dan bersiap untuk hujung minggu penuh aksi!


Saluran untuk tonton F1 live di Malaysia

Anda boleh mengikuti siaran Grand Prix Bahrain di Sepang melalui beberapa pilihan berikut:

  • TV Okey: Saluran 110 di myFreeview/MYTV atau saluran 146 di Astro.
  • RTMKlik: Tonton melalui aplikasi atau laman RTMKlik.
  • Pilihan berbayar: beIN SPORTS CONNECT, Astro, sooka dan Unifi TV menawarkan siaran melalui pakej yang merangkumi beIN SPORTS. Semak pakej serta ketersediaan siaran sebelum melanggan.
Saluran F1 Live di RTM

Jadual penuh F1 Sepang 2026

Semua waktu di bawah ialah waktu Malaysia. Waktu sesi di litar mungkin berbeza daripada waktu siaran TV bermula, jadi semak panduan program RTM atau penyedia siaran anda.

Jumaat, 2 Oktober

  • Latihan Bebas 1 (P1): 12.30 tengah hari–1.30 petang
  • Latihan Bebas 2 (P2): 4.00–5.00 petang

Sabtu, 3 Oktober

  • Latihan Bebas 3 (P3): 12.30 tengah hari–1.30 petang
  • Kelayakan (Qualifying): 4.00–5.00 petang

Ahad, 4 Oktober

  • Perarakan pelumba: 1.00–1.30 petang
  • Lagu kebangsaan: 2.44–2.46 petang
  • Perlumbaan utama (Main race): bermula 3.00 petang

Perlumbaan utama dijadualkan berlangsung selama 56 pusingan. Jangan lupa buka siaran lebih awal supaya anda tidak terlepas detik permulaan!


Kedudukan pelumba F1 setakat 2 Oktober 2026

Berikut ialah kedudukan kejuaraan sebelum perlumbaan utama di Sepang:

  • 1. Kimi Antonelli (Mercedes): 302 mata
  • 2. George Russell (Mercedes): 236 mata
  • 3. Lewis Hamilton (Ferrari): 199 mata
  • 4. Lando Norris (McLaren): 186 mata
  • 5. Charles Leclerc (Ferrari): 179 mata
  • 6. Max Verstappen (Red Bull Racing): 163 mata
  • 7. Oscar Piastri (McLaren): 120 mata
  • 8. Isack Hadjar (Red Bull Racing): 86 mata
  • 9. Liam Lawson (Racing Bulls): 59 mata
  • 10. Pierre Gasly (Alpine): 41 mata
  • 11. Arvid Lindblad (Racing Bulls): 37 mata
  • 12. Franco Colapinto (Alpine): 27 mata
  • 13. Oliver Bearman (Haas): 20 mata
  • 14. Gabriel Bortoleto (Audi): 10 mata
  • 15. Nico Hülkenberg (Audi): 7 mata
  • 16. Esteban Ocon (Haas): 7 mata
  • 17. Carlos Sainz (Williams): 7 mata
  • 18. Alexander Albon (Williams): 5 mata
  • 19. Fernando Alonso (Aston Martin): 3 mata
  • 20. Yuki Tsunoda (Racing Bulls): 1 mata
  • 21. Lance Stroll (Aston Martin): 0 mata
  • 22. Valtteri Bottas (Cadillac): 0 mata
  • 23. Sergio Perez (Cadillac): 0 mata

Andrea Kimi Antonelli kini mendahului kejuaraan dengan Russell 66 mata di belakangnya. Persaingan di Sepang mungkin mengubah kedudukan, jadi semua mata akan jadi rebutan. Dalam sesi latihan pertama (P1), Verstappen mencatat masa terpantas sebelum Leclerc mengambil alih kedudukan teratas dalam P2.


Siap sedia dengan outfit F1 pilihan anda

Menonton dari rumah pun boleh terasa seperti hari perlumbaan. Sarungkan jersi pasukan F1 kegemaran atau padankan T-shirt dengan seluar santai untuk sesi menonton bersama kawan-kawan.

Jika anda ke litar, pilih pakaian ringan dan sneakers yang selesa untuk berjalan. Topi, cermin mata hitam dan ponco hujan juga berguna untuk melengkapkan persediaan.

Dapatkan outfit F1 anda disini:

Leave a Reply