Peminat AR Rahman, bersedia untuk malam yang penuh nostalgia dan melodi! Komposer legenda dari India ini bakal kembali ke Malaysia menerusi The Wonderment Tour pada 12 Jun 2027 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Nak tahu bila tiket mula dijual dan apa yang boleh dijangkakan? Ini semua maklumat yang anda perlu tahu tentang konsert AR Rahman di Kuala Lumpur 2027.

Info Konsert AR Rahman di Kuala Lumpur 2027
Catat tarikh ini dan bersedia untuk menyaksikan AR Rahman kembali beraksi di pentas Kuala Lumpur:
- Nama konsert: AR Rahman: The Wonderment Tour
- Tarikh: Sabtu, 12 Jun 2027
- Lokasi: TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
- Penganjur: Malik Streams Corporation
- Waktu konsert: Belum diumumkan
- Platform tiket: Ticket2U
Bila Tiket Konsert AR Rahman 2027 Mula Dijual?
Bersedia untuk ticketing day! Tiket The Wonderment Tour di Kuala Lumpur akan mula dijual pada 4 Disember 2026, jam 2.00 petang menerusi Ticket2U.
Jika anda merancang untuk hadir bersama keluarga atau rakan-rakan, bincang lebih awal tentang bajet dan pilihan tempat duduk. Dengan begitu, anda boleh terus membuat pilihan apabila butiran kategori tiket diumumkan.

Berapakah Harga Tiket Konsert AR Rahman di Malaysia?
Setakat ini, harga dan kategori tiket belum diumumkan oleh pihak penganjur. Pelan tempat duduk serta butiran pakej juga masih dinantikan.
Ikuti pengumuman Malik Streams Corporation dan Ticket2U untuk mendapatkan harga serta maklumat terkini sebelum jualan dibuka.
Apa yang Boleh Dijangkakan di The Wonderment Tour?
Sediakan suara anda untuk menyanyi bersama! Menurut penganjur, persembahan di Kuala Lumpur bakal menampilkan kira-kira 90% lagu Tamil dan 10% lagu Hindi. Setlist rasmi untuk konsert Malaysia belum diumumkan, Setlist rasmi untuk konsert ini belum diumumkan, tetapi beberapa lagu yang mungkin didengari termasuk:
Lagu Tamil:
- “Mukkala Mukkabala”
- “Kadhal Rojave”
- “Hosanna”
- “Mustafa Mustafa”
- “Nee Singam Thaan”
- “Adangadha Asuran”
Lagu Hindi:
- “Tere Bina”
- “Dil Se Re”
- “Jai Ho”
Namun, lagu-lagu ini masih belum disahkan untuk persembahan di Kuala Lumpur—nantikan pengumuman rasmi untuk mengetahui setlist sebenar.
AR Rahman Kembali ke Kuala Lumpur
Kepulangan AR Rahman ke Kuala Lumpur pastinya dinanti-nantikan peminat di Malaysia. Kali terakhir beliau mengadakan persembahan di sini adalah pada 27 Julai 2024, juga di stadium Bukit Jalil.
Dikenali menerusi karya filem Tamil dan Hindi, AR Rahman turut meraih dua Anugerah Oscar menerusi Slumdog Millionaire, termasuk untuk lagu “Jai Ho”.
Kini, dengan The Wonderment Tour menuju ke Kuala Lumpur, peminat berpeluang mencipta kenangan baharu bersama muzik yang telah menemani mereka selama ini.

Bersedia untuk Malam Penuh Muzik Bersama AR Rahman!
Daripada melodi yang membawa nostalgia hingga lagu yang membuatkan satu stadium ingin menyanyi bersama, konsert AR Rahman di Kuala Lumpur 2027 bakal menjadi malam istimewa buat peminat muzik.
Jadi, tandakan 12 Jun 2027 dalam kalendar, ingat tarikh jualan tiket pada 4 Disember 2026, dan bersedia untuk menikmati The Wonderment Tour secara live!
