Jerebu kembali menjadi perhatian apabila langit di sekitar KL dan Selangor kelihatan berkabus, terutama pada waktu pagi dan petang. Jika anda terasa udara lebih berhabuk, tekak mula gatal atau jarak penglihatan kelihatan sedikit kabur, anda mungkin sedang berdepan dengan kesan jerebu.
Jadi, bagaimana keadaan jerebu terkini di Kuala Lumpur dan Selangor? Kawasan mana yang terjejas dan apakah bacaan IPU terbaru yang perlu anda tahu? Teruskan membaca untuk ketahui info terkini tentang jerebu di kawasan KL dan Selangor.
Keadaan Jerebu Terkini di Kuala Lumpur dan Selangor

Berdasarkan bacaan IPU yang diberikan, kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berada pada tahap sederhana. Namun, Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat dan memerlukan perhatian lebih, terutama bagi kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.
Berikut adalah senarai kawasan terjejas di sekitar KL dan Selangor akibat jerebu (setakat jam 2:00PM):
Kuala Lumpur
- Cheras: IPU 153 – Tidak Sihat
- Batu Muda: IPU 89— Sederhana
- Bukit Bintang, Ampang, Bukit Jalil dan Seri Kembangan: Dipantau melalui stesen berhampiran
Selangor
- Johan Setia: IPU 160 — Tidak sihat
- Shah Alam: IPU 114 — Tidak Sihat
- Banting: IPU 99— Sederhana
- Petaling Jaya: IPU 95 — Sederhana
- Klang: IPU 93 — Sederhana
- Kuala Selangor: IPU 84— Sederhana
Bacaan IPU boleh berubah mengikut cuaca, arah angin, hujan dan aktiviti pembakaran terbuka.
Panduan bacaan IPU
Bacaan IPU membantu orang ramai memahami tahap pencemaran udara di sesuatu kawasan. Semakin tinggi bacaan IPU, semakin besar kesannya terhadap kesihatan, terutamanya bagi individu yang sensitif.
- 0 hingga 50: Baik
- 51 hingga 100: Sederhana
- 101 hingga 200: Tidak sihat
- 201 hingga 300: Sangat tidak sihat
- 301 dan ke atas: Berbahaya
Bacaan IPU antara 51 hingga 100 biasanya masih boleh diterima oleh orang ramai. Namun, individu yang menghidap asma, resdung atau masalah paru-paru mungkin mengalami ketidakselesaan seperti batuk, tekak kering dan sesak nafas.
Baca juga:
Kesan jerebu kepada kesihatan
Jerebu bukan sekadar membuatkan langit kelihatan kelabu. Zarah halus di udara boleh masuk ke dalam sistem pernafasan dan menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti:
- Mata pedih atau berair
- Tekak gatal dan kering
- Batuk
- Hidung berair atau tersumbat
- Sakit kepala
- Rasa letih
- Sesak nafas bagi individu yang sensitif
Jika anda mengalami kesukaran bernafas, sakit dada atau batuk yang semakin teruk, dapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius.
Punca Jerebu: Mengapa Udara Semakin Berasap?

- Pembakaran terbuka
Pembakaran sampah, ladang atau kawasan belukar boleh menghasilkan asap dan zarah pencemar. - Kebakaran hutan
Kebakaran hutan yang berlaku ketika cuaca kering boleh menyebabkan jumlah asap meningkat dan menjejaskan kawasan berdekatan. - Kebakaran tanah gambut
Tanah gambut yang terbakar menghasilkan asap tebal dan sukar dipadamkan dalam tempoh singkat. - Asap merentasi sempadan
Asap daripada kebakaran di Kalimantan dan Sumatera boleh bergerak ke Semenanjung Malaysia apabila dibawa oleh angin. - Pencemaran tempatan
Asap kenderaan, aktiviti perindustrian dan habuk pembinaan turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.
Cara melindungi diri ketika jerebu

Walaupun jerebu mungkin kelihatan seperti masalah biasa di Malaysia, anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya jika bacaan IPU meningkat.
- Kurangkan aktiviti luar, terutama senaman berat seperti berlari dan berbasikal.
- Gunakan pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di luar rumah.
- Tutup tingkap dan pintu apabila keadaan udara di luar semakin berjerebu.
- Pastikan ruang dalaman mempunyai pengudaraan yang baik tanpa membiarkan udara tercemar masuk.
- Minum air secukupnya untuk mengelakkan tekak terlalu kering.
- Elakkan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan keadaan jerebu.
- Pantau bacaan IPU sebelum merancang aktiviti luar.
- Simpan ubat-ubatan penting jika anda mempunyai asma atau masalah pernafasan.
Bagi mereka yang masih mahu keluar berjalan-jalan atau menghadiri acara luar, pilih waktu ketika bacaan IPU lebih rendah dan elakkan kawasan yang kelihatan terlalu berkabus atau berbau asap.
Cara semak indeks pencemaran udara hari ini
Untuk menyemak indeks pencemaran udara hari ini, ikuti langkah berikut:
- Layari portal rasmi MyEQMS APIMS.
- Pilih negeri atau kawasan yang ingin diperiksa.
- Semak bacaan IPU dan kategori kualiti udara.
- Perhatikan masa kemas kini bacaan.
- Semak semula sebelum melakukan aktiviti luar.
Jabatan Alam Sekitar turut menyediakan pemantauan melalui aplikasi MyJAS EQMS, manakala portal APIMS kekal sebagai rujukan utama untuk bacaan stesen pemantauan udara.
