Ramai mencari doa-doamuntuk diamalkan sebagai ikhtiar memohon rezeki dan keberkatan. Namun, dalam Islam, rezeki bukan hanya harta atau wang, tetapi juga kesihatan, masa, pekerjaan, keluarga dan ketenangan jiwa. Amalkan doa Nabi Sulaiman dengan memahami maksudnya, disertai usaha yang halal serta rasa syukur atas setiap nikmat daripada Allah SWT.

Doa Nabi Sulaiman untuk Rezeki yang Tidak Putus
Antara doa yang paling masyhur ialah daripada Surah Sad, ayat 35:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَّا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِّن بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rumi:
Rabbi-ghfir li wa hab li mulkan la yanbaghi li-ahadin min ba‘di, innaka Antal-Wahhab.
Maksud:
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak patut dimiliki oleh sesiapa pun selepas aku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”
Doa Nabi Sulaiman tentang syukur dan keberkatan
Selain memohon kurniaan daripada Allah, Nabi Sulaiman AS juga mengajar kita tentang pentingnya bersyukur. Dalam Surah al-Naml, ayat 19, baginda berdoa:
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Rumi:
Rabbi awzi‘ni an ashkura ni‘mataka allati an‘amta ‘alayya wa ‘ala walidayya wa an a‘mala salihan tardahu wa adkhilni birahmatika fi ‘ibadikas-salihin.
Maksud:
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan untuk aku mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; serta masukkanlah aku dengan rahmat-Mu dalam kalangan hamba-Mu yang soleh.”
Cara Amalkan doa Nabi Sulaiman
Amalkan doa ini dengan penuh penghayatan. Berikut beberapa cara mudah untuk menghayatinya dalam rutin harian:
- Baca selepas solat.
- Mulakan dengan istighfar.
- Sertakan rasa syukur.
- Elakkan meletakkan syarat tertentu tanpa dalil, seperti bilangan bacaan
Baca juga: Adab Berdoa: Cara Berdoa Yang Betul Agar Doa Dimakbulkan
Doa untuk rezeki yang halal dan berkat
Selepas membaca doa Nabi Sulaiman, anda juga boleh berdoa dengan bahasa yang mudah difahami:
“Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki yang halal, luas, mencukupi dan berkat. Jadikan aku hamba-Mu yang bersyukur, amanah dan tidak lalai dengan nikmat yang Engkau berikan. Permudahkan urusanku, berkati usahaku dan jauhkan aku daripada rezeki yang tidak Engkau redai.”
Nota: Inii ialah contoh doa umum. Ianya bukan lafaz khusus yang diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman AS.
Apabila kita memohon rezeki, mohonlah juga hati yang sentiasa bersyukur. Kerana rezeki yang paling indah bukan hanya banyak, tetapi cukup, halal, menenangkan dan membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Selamat beramal !
Antara Doa doa lain yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian:
