10 Lokasi Tonton Final Piala Dunia 2026 Secara Percuma

8 Lokasi Tonton Live Final Piala Dunia 2026

Final Piala Dunia FIFA 2026 bakal berlangsung pada awal pagi Isnin, 20 Julai 2026, dengan RTM menjadualkan liputan bermula sekitar 1.30 pagi waktu Malaysia. Kalau bosan menonton seorang diri di rumah, beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan akan menyediakan tayangan skrin besar untuk orang ramai.

1. Unifi Arena, Bukit Jalil

Unifi Arena menjadi antara pilihan utama untuk peminat bola sepak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Acara ini berlangsung dari 10.30 malam pada 19 Julai hingga 6 pagi pada 20 Julai, dengan kemasukan percuma dan pendaftaran awal digalakkan.

8 Lokasi Tonton Live Final Piala Dunia 2026

2. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Mahukan suasana yang lebih meriah? Dataran Merdeka bakal menganjurkan Unity Merdeka x RTM World Cup 2026 dari 17 hingga 20 Julai. Perlawanan akhir akan disiarkan secara langsung menerusi skrin gergasi bersama pelbagai aktiviti komuniti.

8 Lokasi Tonton Live Final Piala Dunia 2026

3. Ikea Damansara

IKEA Damansara menawarkan pengalaman menonton bola yang lebih santai dalam ruang berhawa dingin. Acara tontonan awam ini dilaporkan menawarkan kemasukan percuma berdasarkan siapa cepat, dia dapat, bersama kopi percuma dan goodie bag selagi stok masih ada.

8 Lokasi Tonton Live Final Piala Dunia 2026

4. Pavilion Bukit Jalil

Pavilion Bukit Jalil menyenaraikan acara Final Match Live Viewing pada 20 Julai 2026, menjadikannya pilihan mudah untuk peminat yang tinggal di sekitar Bukit Jalil, Puchong dan Sri Petaling. 

8 Lokasi Tonton Live Final Piala Dunia 2026

5. Kl Festival Park, Jalan Hang Tuah

Terletak di tengah Kuala Lumpur, KL Festival Park sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman fan zone terbuka. Dengan lokasinya di Jalan Hang Tuah, anda disarankan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta bagi mengelakkan kesukaran mencari parkir.

6. Kelab Shah Alam Selangor

Satu lagi pilihan di Shah Alam ialah The Selangor Square di Kelab Shah Alam Selangor. Tempat ini sesuai untuk kumpulan rakan atau keluarga yang mahu menonton perlawanan dalam suasana lebih santai tetapi masih meriah.

7. Dataran Bandaraya Ipoh

 Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan tayangan skrin besar dari 15 hingga 20 Julai 2026 pada jam 3.00 pagi, termasuk perlawanan separuh akhir dan final. Kemasukan adalah percuma dan pengunjung digalakkan membawa tikar atau kerusi sendiri. 

8. N9 Arena, Negeri Sembilan

Peminat di Negeri Sembilan pula boleh menuju ke N9 Arena di Bandar Nilai Utama. Laman rasmi venue menyenaraikan siaran langsung Piala Dunia dari 15 Julai, jam 3.00 pagi hingga 20 Julai, jam 6.00 pagi,.


Jadual Final Piala Dunia 2026

  • Tarikh: Isnin, 20 Julai 2026
  • Waktu sepak mula: 3:00 Pagi (waktu Malaysia)
  • Lokasi: New York New Jersey Stadium
  • Perlawanan antara: Akan ditentukan

Tips untuk menonton

  • Datang sekurang-kurangnya satu hingga dua jam lebih awal untuk mencari tempat duduk dan parkir.
  • Bawa power bank, kipas mini, jaket ringan dan air minuman.
  • Gunakan pengangkutan awam, e-hailing atau berkongsi kereta jika kawasan parkir terhad.
  • Semak media sosial penganjur pada hari acara untuk perubahan waktu atau lokasi.

Jika semua lokasi sudah penuh, anda masih boleh menonton dari rumah melalui RTM, Unifi TV atau platform digital RTMKlik. RTM dan Unifi TV merupakan penyiar rasmi Malaysia bagi kesemua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026.

Leave a Reply