Malam Ambang Merdeka 2026 bakal menghidupkan suasana Kuala Lumpur dengan Festival Ambang Merdeka yang berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos 2026. Selain pelbagai acara menarik, pertunjukan bunga api menjadi antara kemuncak sambutan. Jika anda ingin meraikan Hari Kemerdekaan tanpa berbelanja besar, berikut ialah beberapa lokasi percuma untuk menonton bunga api ambang Merdeka di sekitar Kuala Lumpur.
1. Dataran Merdeka, Merdeka Square

Kalau anda mahukan pengalaman Merdeka yang paling meriah, Dataran Merdeka memang tempatnya. Kawasan ikonik di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad ini bakal menjadi tumpuan Festival Ambang Merdeka 2026, lengkap dengan suasana patriotik, persembahan artis tempatan dan pertunjukan bunga api untuk detik kiraan masuk tengah malam.
- Tarikh: 29–31 Ogos 2026
- Masa acara: 11.00 pagi hingga 11.00 malam; acara bunga api dijangka semasa kiraan detik tengah malam.
- Aktiviti: Persembahan artis tempatan, aktiviti interaktif, suasana festival dan paparan visual.
2. Changkat Tunku Lookout Point

Nak tengok langit KL dari sudut yang lebih tenang dan cinematic? Changkat Tunku Lookout Point di Bukit Tunku menawarkan pemandangan luas bandar raya, termasuk arah KLCC, KL Tower dan Merdeka 118. Spot ini sesuai untuk yang mahu lari sedikit daripada kesesakan sambil menunggu langit malam bertukar warna.
- Tarikh: Malam 30 Ogos 2026
- Masa dicadangkan: Tiba sebelum 10.00 malam untuk cari ruang dan nikmati pemandangan malam
- Aktiviti: OOTD Merdeka, ambil gambar skyline, lepak santai
- Tip: Kawasan ini tiada kemudahan awam atau kedai berdekatan. Bawa air, snek, power bank dan pakai kasut yang selesa kerana anda mungkin perlu berjalan sedikit dari kawasan parkir.
3. Saloma Bridge

Jambatan Saloma sentiasa jadi pilihan untuk gambar KL yang cantik, terutama apabila lampunya menyala pada waktu malam. Dengan latar Menara Berkembar Petronas dan suasana Kampung Baru yang lebih santai, ia sesuai untuk date night, girls’ night out atau sekadar walk-and-watch plan selepas makan malam.
- Tarikh: Malam 30 Ogos 2026
- Masa dicadangkan: Dari 8.30 malam hingga selepas tengah malam
- Aktiviti: Bergambar dengan Jalur Gemilang, menikmati lampu jambatan dan melihat panorama KLCC
- Tip: Datang awal untuk ambil gambar sebelum kawasan menjadi sesak.
4. Taman Tasik Titiwangsa

Untuk sambutan yang lebih chill dan mesra keluarga, Taman Tasik Titiwangsa ialah pilihan yang menyeronokkan. Bawa tikar, snek dan sedikit permainan ringan untuk menunggu malam sambil menikmati suasana tepi tasik. Ada acara bunga api Merdeka menjadikannya pilihan sesuai untuk yang mahu suasana lebih santai berbanding pusat bandar.
- Tarikh: 31 Ogos 2026
- Masa: Waktu malam
- Aktiviti: Picnic mini, berjalan-jalan di taman dan menikmati suasana malam bersama keluarga
- Tip: Tiba sebelum matahari terbenam untuk pilih kawasan rumput yang selesa. Bawa tikar, air minuman, payung kecil dan ubat nyamuk supaya sesi lepak lebih selesa.
5. Kawasan KLCC & Taman KLCC

Taman KLCC tidak pernah gagal untuk beri suasana bandar yang wow. Dengan Menara Berkembar Petronas sebagai latar, lokasi ini sesuai untuk anda yang mahu gabungkan plan tonton bunga api dengan dinner, shopping atau stroll santai sekitar Suria KLCC. Ia mungkin bukan lokasi pelepasan bunga api rasmi, tetapi pemandangan skyline dan vibe malam Merdeka tetap cukup untuk buat gambar anda nampak extra special.
- Tarikh: Malam 30 Ogos 2026
- Masa dicadangkan: Dari 9.00 malam hingga selepas tengah malam
- Aktiviti: Ambil gambar, window shopping, makan malam dan menikmati suasana KLCC pada waktu malam
- Tip: Jangan bergantung pada pemandangan bunga api yang jelas kerana arah pelepasan dan laluan akses boleh berubah. Kawasan sekitar Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee dan Pesiaran KLCC juga terlibat dengan penutupan serta lencongan jalan pada hujung minggu sambutan.
Tips Untuk Menonton Bunga Api Merdeka di KL
- Naik pengangkutan awam seperti LRT, MRT atau Monorel kerana jalan sekitar pusat bandar dijangka sesak.
- Datang awal untuk dapatkan spot yang selesa.
- Pilih outfit ringan dan selesa—think oversized tee, denim, sneakers, atau kurung moden dengan flats yang mudah dibawa berjalan.
- Bawa payung kecil, power bank dan air minuman supaya malam anda kekal smooth dari awal sampai countdown.
- Semak pengumuman rasmi sebelum bertolak kerana akses, penutupan jalan dan kawalan keselamatan boleh berubah mengikut keadaan acara.
Outfit Idea untuk Tonton Bunga Api Merdeka
Jadi, pilih spot anda, siapkan outfit paling on-point, dan jangan lupa rakam momen yang buat malam Merdeka 2026 terasa lebih bermakna. Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 !





