Pasport Malaysia Kini Sah 10 Tahun, Ini Cara Apply dan Renew

Berita baik untuk kaki travel! Pasport Malaysia bakal ditawarkan dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun susulan pewartaan struktur fi baharu di bawah Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026. Bagaimanapun, menurut Jabatan Imigresen Malaysia, tarikh pelaksanaan rasmi masih belum diumumkan dan akan dimaklumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Teruskan membaca untuk ketahui perkara penting tentang cara memohon dan memperbaharui pasport anda.

Passport Malaysia Kini Sah 10 Tahun, Ini Cara Apply dan Renew

Kadar Bayaran Pasport Malaysia untuk 10 Tahun

Sebelum ini, rakyat Malaysia biasanya memperbaharui pasport untuk tempoh lima tahun. Dengan pengenalan pasport baharu ini, pemohon dewasa berusia 18 hingga 59 tahun bakal menikmati tempoh sah laku lebih panjang dengan bayaran RM350, manakala warga emas berusia 60 tahun ke atas dikenakan bayaran RM175. Pemegang Kad OKU berusia 18 tahun ke atas pula layak mendapat pasport secara percuma.

Siapa Yang Layak Apply Pasport Malaysia 10 Tahun?

Antara kategori utama yang terlibat ialah:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 59 tahun
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Pemegang Kad OKU berumur 18 tahun ke atas
  • Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia

Bagi kategori lain seperti kanak-kanak, pelajar bawah 21 tahun yang menyambung pengajian ijazah di luar negara, jemaah haji dan OKU bawah 18 tahun masih berada di bawah kategori pasport lima tahun.

Cara Apply dan Renew Pasport Malaysia

Untuk renew pasport Malaysia, pemohon biasanya boleh menggunakan sistem MyOnline Pasport atau hadir ke pejabat Imigresen, bergantung pada kelayakan dan keadaan permohonan. Jika ini permohonan kali pertama, anda lazimnya perlu hadir ke kaunter untuk pengesahan dokumen dan identiti.

Sebelum apply atau renew, pastikan anda sediakan:

  • MyKad yang sah
  • Pasport lama, jika renew
  • Bayaran mengikut kategori
  • Maklumat peribadi yang tepat
  • Gambar pasport mengikut syarat semasa, jika diperlukan

Adakah Perlu Tukar Pasport Lama Sekarang?

Tidak semestinya. Jika pasport anda masih sah, anda masih boleh menggunakannya sehingga tamat tempoh.

Pengenalan Pasport Malaysia 10 tahun pastinya memudahkan rakyat Malaysia yang kerap melancong. Sebelum mula merancang destinasi impian anda, semak dahulu pengumuman rasmi daripada Jabatan Imigresen Malaysia agar proses apply atau renew pasport berjalan lancar.

Leave a Reply