Port Hiking Popular Untuk Beginner di Malaysia

Port Hiking Popular Di Malaysia Untuk Beginner

Nak mula hiking tapi takut trail terlalu mencabar? Atau baru nak berjinak-jinak dengan dunia mendaki dan sedang mencari port hiking yang beginner-friendly tapi tetap beri pengalaman luar biasa? Artikel ini khas untuk anda yang ingin mulakan langkah pertama dalam dunia hiking.

Hiking adalah salah satu aktiviti santai yang bukan saja menyihatkan badan, tapi juga menenangkan minda. Dengan pilihan laluan yang sesuai, walaupun beginner boleh nikmati pengalaman yang seronok dan rewarding. Jom kita tengok 5 port hiking popular yang sesuai untuk beginner di sekitar Malaysia—dari yang berhampiran bandar hingga ke kawasan coastal yang menawan.

1. Bukit Batu Putih, Port Dickson

Port Hiking: Bukit Batu Putih, Port Dickson.
@Afiqhalid

Port hiking dengan view laut? Ya, Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan adalah port yang agak unik. Terletak di kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, laluan ini sangat sesuai untuk beginner kerana treknya pendek dan tidak terlalu mencabar. Ketinggiannya sekitar 268 meter sahaja, namun view dari puncak sangat memukau dengan panorama Laut Selat Melaka terbentang luas.

Laluan masuknya bermula dari kawasan parkir berhampiran pintu masuk hutan simpan, dan mendaki ke puncak mengambil masa lebih kurang 20–30 minit. Terdapat tandas awam, pondok rehat dan gerai makanan di kawasan berhampiran, jadi anda boleh rehat dan isi tenaga sebelum atau selepas mendaki.

2. Bukit Broga, Semenyih

Port Hiking: Bukit Broga, Semenyih
@MalaysiaGazette

Bukit Broga di Semenyih sering menjadi pilihan untuk sunrise hike. Dengan ketinggian sekitar 400 meter, anda hanya perlukan sekitar 45 minit hingga 1 jam untuk sampai ke puncak. Bukit ini terkenal dengan laluan berumput serta view sunrise yang sangat Insta-worthy.

Laluan mendaki agak terbuka dan boleh sedikit panas selepas pukul 9 pagi, jadi dinasihatkan untuk mula mendaki awal pagi. Tandas dan gerai makanan juga tersedia berhampiran kawasan parkir. Bukit Broga merupakan pilihan tepat untuk beginner yang mahu dapat pengalaman hiking dengan view cantik tanpa perlu stamina tinggi.

3. Rawang Bypass Trail

Port Hiking: Rawang Bypass Trail
@Riderchris

Bagi yang mahu cuba sesuatu yang sedikit berbeza, anda boleh ke Rawang Bypass Trail di Selangor. Lokasinya berhampiran Taman Rimba Komanwel, dan laluan trail ini mengikuti struktur bypass tertinggi di Malaysia. Meskipun tak setinggi trek-trek lain, keunikan utama Rawang Bypass Trail ialah pemandangan dramatik struktur jalan raya yang menghubungkan hutan dan bukit. Ketinggian trail ini sekitar 200–300 meter dan boleh diakses dari kawasan parkir Taman Rimba.

Trek ini sesuai untuk beginner kerana laluan tanahnya agak rata walaupun ada sedikit pendakian. Kemudahan asas seperti tandas dan tempat rehat disediakan di kawasan permulaan trail. Suasana hutan dan bunyi alam semula jadi menjadikan tempat ini ideal untuk healing sambil bersenam ringan.

4. Bukit Singa, Terengganu

Bukit Singa, terengganu
@amazingterengganu

Kalau anda di Pantai Timur, satu lagi port hiking mesra beginner yang menarik adalah Bukit Singa di Kampung Teluk Bidara, Dungun, Terengganu. Terkenal dengan formasi batuan unik yang menyerupai kepala singa dari sudut tertentu, bukit ini menawarkan view Laut China Selatan yang mengagumkan. Ketinggiannya tidak tinggi, sekitar 150 meter sahaja, dan masa diambil untuk sampai ke puncak dalam 20–30 minit.

Sebelum mendaki, anda perlu mendaftar di kaunter untuk dapatkan tiket hiking. Anda akan menaiki bot ke jeti pulau dan ambil masa selama 15 minit. Walaupun trek di sini agak pendek, pastikan anda berhati-hati kerana kawasan berbatu boleh menjadi licin selepas hujan. Tiada kemudahan seperti tandas di atas bukit, jadi pastikan anda bersedia awal. Lokasi ini amat popular di kalangan pendaki kasual dan jurufoto kerana view dari puncak yang sangat photogenic.

5. KL Forest Eco Park

KL Eco Forest Park
@wheretarawent

Jika anda mencari port hiking urban yang mudah diakses, KL Forest Eco Park adalah pilihan terbaik. Terletak di tengah-tengah bandar berhampiran Menara KL, ia merupakan hutan simpan tertua di Malaysia yang masih terpelihara. Ketinggiannya tidak begitu tinggi, lebih kepada laluan nature walk dengan sedikit pendakian. Laluan canopy walk menjadi tarikan utama dengan view unik pencakar langit KL bercampur alam hijau.

Yuran masuk sekitar RM10 untuk warganegara Malaysia. Laluan ini sesuai untuk beginner dan keluarga kerana struktur denai yang jelas dan kemudahan lengkap seperti tandas, tempat rehat serta papan maklumat. Ia juga sesuai untuk sesiapa yang nak cuba hiking tapi tak mahu keluar jauh dari bandar.

Tips Keselamatan Hiking

Sebelum anda mula menjelajah mana-mana port hiking ini, ada beberapa tips keselamatan penting yang wajib anda ambil tahu:

  • Periksa cuaca sebelum mendaki – elak mendaki ketika hujan lebat kerana trek akan menjadi basah dan licin.
  • Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Pakai kasut khas untuk hiking dan elakkan memakai selipar atau sandal. Pastikan tapak tidak haus untuk mengelakkan tergelincir.
  • Bawa peralatan yang lengkap. Untuk beginner, ada perlu mempunyai peralatan seperti stick hiking supaya lebih mudah untuk mendaki.
  • Bawa kit kecemasan seperti bandage, antiseptik, spray serangga dan lampu suluh. Bawa bag hiking untuk masukkan kit kecemasan dan juga barangan keperluan lain.
  • Maklumkan kepada keluarga atau rakan tentang lokasi dan anggaran masa sebelum mula mendaki. Selepas hiking, update semula kepada keluarga supaya mereka tidak risau.
  • Minum air yang cukup. Kekal hidrasi sangat penting supaya kekal bertenaga sepanjang pendakian.
  • Daki dalam kumpulan, elak hiking seorang diri terutama di lokasi hutan tebal. Lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama anda hiking.
  • Hormati alam sekitar. Jangan tinggalkan sampah, dan jaga flora dan fauna. Mendaki dalam keadaan yang tertib dan menjaga percakapan supaya tidak mengganggu hidupan di dalam hutan.

Jika anda sedang cari port hiking untuk beginner yang best, dekat, dan menyenangkan, lima lokasi ini patut masuk dalam wishlist anda. Jangan lupa share artikel ini dengan kawan-kawan dan mula plan trip hiking anda sekarang.

Nak lebih banyak artikel tentang aktiviti outdoor & hidden gems Malaysia? Jangan lupa bookmark blog ini!

Cari pakaian dan peralatan hiking anda sekarang !