‘Work Burnout’ : Simptom dan Cara Atasi

Pernah tak anda bangun tidur tetapi masih rasa letih walaupun dah cukup rehat? Dulu anda rasa semangat ke tempat kerja tapi kini motivasi anda hilang dan terasa sangat membebankan. Kalau anda pernah rasa begini, mungkin anda sedang alami ‘work burnout‘. Burnout bukan sekadar rasa penat biasa — ia boleh beri kesan besar pada kesihatan fizikal, emosi dan mental jika tak ditangani awal.

Apa Itu ‘Work Burnout’?

'Work Burnout' : Simptom dan Cara Atasi

‘Work burnout’ bukan sekadar rasa letih atau stres biasa. Ia adalah keadaan keletihan emosi, mental dan fizikal akibat tekanan kerja yang berpanjangan. Mereka yang mengalaminya sering rasa kosong, hilang motivasi dan sukar memenuhi tuntutan kerja.

Penting untuk difahami bahawa burnout tidak sama dengan kemurungan (depression). Kemurungan memberi kesan kepada semua aspek kehidupan dan berterusan walaupun di luar kerja, manakala work burnout biasanya berkait rapat dengan tekanan di tempat kerja dan boleh berkurangan apabila tekanan tersebut dikurangkan.

Simptom ‘Work Burnout’

Kenal pasti simptom burnout kerja lebih awal boleh mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Antara tanda-tanda biasa ialah:

  • Keletihan berpanjangan walaupun cukup tidur
  • Kehilangan semangat terhadap kerja yang dulu kita suka
  • Mood cepat berubah, mudah marah atau murung
  • Sukar fokus dan produktiviti menurun
  • Menjauhkan diri dari rakan sekerja dan interaksi sosial

Kenapa Burnout Berlaku?

Memahami punca work burnout membantu kita mencegahnya. Work burnout sering berpunca daripada:

  • Bekerja terlalu lama tanpa rehat yang cukup
  • Tiada kawalan terhadap beban kerja atau keputusan
  • Work expectation yang tidak realistik atau budaya kerja toksik
  • Tidak mengamalkan ‘work-life balance’
  • Kurang sokongan daripada majikan atau rakan sekerja

Cara Atasi Work Burnout

Nasib baik, burnout boleh dicegah. Berikut beberapa cara praktikal untuk elakkan burnout akibat tekanan kerja:

  1. Tetapkan sempadan kerja yang jelas
    Tutup komputer selepas waktu kerja dan utamakan rehat. Beri ruang untuk diri berehat secara mental.
  2. Belajar untuk berkata “tidak”
    Jangan ambil semua beban kerja kalau tahu ia akan meletihkan anda. Delegate tugas bila perlu.
  3. Ambil cuti AL dan rehat seketika
    Berundur sebentar dari kerja membantu otak dan badan kembali segar. Anda berhak mengggunakan cuti anda sebaiknya.
  4. Luangkan masa untuk diri sendiri
    Recharge energy anda dengann meluangkan masa sama ada menonton Netflix, keluar berjalan atau lakukan hobi kegemaran anda.
  5. Dapatkan sokongan
    Jangan simpan semua tekanan sendiri. Cerita pada kawan, pasangan atau dapatkan bantuan profesional kalau perlu.

Mengalami burnout bukan tanda anda lemah. Hidup ini bukan hanya tentang kerja dan kejar deadline semata-mata. Jadi, sayangi diri anda dengan mengamalkan amalan kerja yang baik.

Jangan tunggu burnout menyerang — cegah sebelum terlambat.