Ucapan Selamat Hari Sahabat Sedunia

Ucapan Selamat Hari Sahabat Sedunia

Selamat Hari Sahabat Sedunia! Ya, hari ini, 30 Julai, kita raikan insan yang paling setia dalam hidup kita—sahabat sejati. Mereka yang sentiasa ada waktu kita gembira, sedih, jatuh, bangkit, dan segalanya di antaranya.

Siapa sahabat sejati?

Dia yang tak pernah jemu dengar cerita kita walaupun berulang kali. Yang faham maksud “aku okay je” walaupun nada suara dah lain. Yang tahu bila nak bagi nasihat dan bila nak diam dan bagi pelukan.

Cara-cara mudah untuk sambut Hari Sahabat Sedunia:

  • Hantar mesej manis atau voice note – sekadar ucapan “terima kasih sebab sentiasa ada” pun dah cukup buat mereka tersenyum.
  • Ajak keluar minum petang atau makan malam – bual kosong pun tak mengapa, asalkan luang masa bersama.
  • Kongsikan gambar lama di media sosial – throwback kenangan lawak atau touching, dan tulis kapsyen dari hati.
  • Beri hadiah kecil – tak semestinya mahal, asalkan ikhlas. Contohnya gift card, baju sedondon, atau produk penjagaan diri.

Idea Hadiah Untuk Kawan :

Idea Ucapan Selamat Hari Sahabat Sedunia

“Selamat Hari Sahabat Sedunia! Terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku—masa senang, masa susah, dan masa aku sendiri pun tak faham diri aku. Aku bersyukur sangat ada kau dalam hidup ni.”


“Happy Bestfriend Day! Thanks sebab sanggup dengar drama hidup aku hari-hari macam telenovela. Kau memang MVP sahabat sejati!”


“Untuk sahabat aku yang awesome — terima kasih sebab tak pernah judge, sentiasa support, dan jadi orang yang aku paling selesa jadi diri sendiri. Selamat Hari Sahabat!”


“Sahabat ialah hadiah terindah dalam hidup. Sempena Hari Sahabat Sedunia ini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran kamu dalam hidup saya. Semoga persahabatan kita berkekalan selamanya.”

Selamat Hari Sahabat Sedunia untuk semua sahabat hebat di luar sana!

Dari kami Zalora bestie!