ucapan selamat hari bapa 2025

Ucapan Selamat Hari Bapa 2025

Hargai ayah anda dengan idea Ucapan Selamat Hari Bapa 2025 yang istimewa!

Hari Bapa adalah hari yang penuh makna untuk kita luahkan penghargaan dan kasih sayang kepada insan yang jarang meminta, tapi sentiasa memberi itulah ayah. Dalam diam, beliau mendidik, memimpin, dan melindungi kita sejak kecil tanpa mengharap balasan. Sempena Hari Bapa 2025, ini adalah ruang untuk kita ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada lelaki hebat dalam hidup kita.

selamat hari bapa
@pexels

Koleksi Ucapan Hari Bapa 2025

1. Ucapan Penuh Kasih

Selamat Hari Bapa, Ayah.
Terima kasih kerana menjadi tulang belakang keluarga dan contoh terbaik dalam hidup kami. Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah ayah. Semoga ayah dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kebahagiaan dunia akhirat.

2. Untuk Ayah yang Jauh atau Telah Tiada

Ayah, meskipun jasadmu tiada di sisi, kasih sayang dan pengorbananmu tetap hidup dalam hati ini.
Al-Fatihah buat ayah. Semoga roh ayah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat Allah SWT.

3. Ucapan dari Anak Lelaki atau Perempuan

Terima kasih kerana menjadi pelindung dan guru terbaik dalam hidup saya.
Saya bangga menjadi anak ayah. Selamat Hari Bapa! 💙

4. Doa Ringkas untuk Ayah

Ya Allah, peliharalah ayahku sebagaimana dia telah memelihara dan membesarkanku dengan penuh kasih sayang.
Kurniakanlah kesihatan, umur yang berkat, dan lindungilah dia daripada segala kesusahan dan kesedihan. Aamiin.

Tak kira berapa usia kita, tempat seorang ayah tak pernah terganti. Hari Bapa bukan sekadar satu hari, tapi simbol kasih yang tak lekang oleh waktu. Hargailah mereka selagi ada masa, dan kirimkan doa jika mereka telah pergi.

Itu dia idea ucapan Selamat Hari Bapa 2025 dari kami ZALORA Blog Malaysia.

Untuk lelaki pertama yang mengajarkan kita erti kasih, hormat dan kekuatan. Terima kasih ayah!

Apa aktiviti Hari Bapa yang selalu anda lakukan? Cari idea last minute hadiah hari bapa anda sekarang!