STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah) ialah bantuan tunai yang diperkenalkan kerajaan Malaysia untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Program ini merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Siapakah Penerima STR 2026?

STR 2026 menumpukan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Berikut merupakan individu yang layak menerima STR 2026:
- Isi rumah berpendapatan RM5000 dan ke bawah.
- Warga emas tiada pasangan: 60 tahun dan ke atas, berpendapatan RM5000 dan ke bawah
- Bujang: 21-59 tahun, bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa, berpendapatan RM2500 dan ke bawah.
Kadar bayaran STR 2025 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan.
Cara Semak, Kemaskini dan Permohonan Baharu STR 2026
Semakan, kemaskini dan permohonan baharu boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my. Berikut merupakan cara step to step:
A. Kemas Kini Permohonan / Maklumat
Permohonan STR yang tidak dikemaskini selama 3 tahun berturut-turut perlu dikemaskini. Anda boleh log masuk ke akaun MySTR dan pilih “Kemaskini Permohonan” dan kemaskini maklumat (alamat, status dan pendapatan) sekiranya berubah. Pastikan maklumat terkini supaya bantuan tidak terganggu.
B. Semakan Status
- Log masuk ke akaun MySTR melalui portal bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad dan kata laluan / kata kunci keselamatan
- Pergi ke menu “Semakan Status / Permohonan”
- Jika lulus, maklumat pembayaran akan dipaparkan (tarikh, jumlah, akaun tambah nilai)
- Jika belum lulus, anda boleh semak sebab dan status “Dalam Proses” atau “Tidak Lulus
C. Permohonan STR (Baharu)
- Layari portal rasmi STR / MySTR
- Pilih menu “Permohonan Baharu”
- Lengkapkan semua maklumat peribadi, pendapatan, alamat, nombor akaun dan butiran pasangan / tanggungan jika perlu
- Sahkan semua butiran & hantar permohonan
- Simpan nombor rujukan / pengesahan
Tips Keselamatan
- Gunakan portal rasmi sahaja — elak laman web palsu atau penipuan.
- Pastikan akaun bank aktif & nombor betul
- Kemaskini maklumat segera jika berlaku perubahan
- Simpan bukti / salinan permohonan — nombor rujukan
- Periksa tarikh tutup permohonan supaya anda tidak terlepas peluang
- Pantau pengumuman rasmi untuk tarikh bayaran & perubahan kelayakan
Dengan panduan ini, anda kini lebih bersedia untuk menyemak status, mengemas kini maklumat, atau membuat permohonan STR 2026. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan ini – semak dan mohon lebih awal supaya proses berjalan lancar!