Peminat Rosé, bersiap sedia! Rosie Pop Up Store kini di Kuala Lumpur! Selepas singgah di Seoul, Beijing dan Hong Kong, kini giliran Malaysia pula–Pop-up Store “Rosie” dibuka dari 17 hingga 29 Jun 2025, beroperasi 10 pagi – 10 malam setiap hari di The Exchange TRX (Level G, Zone B).

Apa yang Menarik di “Rosie” Pop‑Up Store?
1. Merch Terhad & Photocard Percuma
Mesti dapatkan merch eksklusif berkaitan album solo Rosie, seperti t‑shirt “Number One Girl”, hoodie, kanta, dan pin koleksi. Pembelian RM199 layak dapat satu photocard istimewa, RM399 untuk dua versi, dan belian RM499 memberi anda peluang Spin & Win hadiah eksklusif
2. Booth Gambar Instagram‑worthy
Rosie Pop Up Store dihiasi dengan vibe estetik yang super cute dengan warna merah jambu pastel, sesuai dengan mood album solo Rosie. Terdapat backdrop selfie yang menyerupai video muzik “APT.” dan “Number One Girl” – destinasi wajib untuk IG feed anda! Make sure anda datang dengan outfit inspirasi dari lagu Rose!

Cara Ke Pop Up Store Rose
Anda boleh menggunakan public transport untuk terus ke Exchange TRX menggunakan MRT.
Adakah Rose akan hadir di Pop Up Store?
Ketika ini, tiada update yang mengesahkan bahawa Rosé akan hadir pada perasmian Rosie Pop Up Store. Tetapi delulu is the only solulu~~ Mungkin ada persembahan Rose live di Kuala Lumpur. Pastikan anda hadir ke Pop up store ini jika anda penggemar Rose Blackpink!
Era Solo Rose Blackpink
Rosé atau nama panjangnya Roseanne Park, vokalis BLACKPINK dan penyanyi solo yang mantap. Lagu duetnya bersama Bruno Mars APT. sangat terkenal sehingga hari ini.
Lagu Solo Hits:
- APT. ft. Bruno Mars – single pertama, trending Billboard Global 200 selama 12 minggu!
- On the Ground & Gone – lagu pilihan, dipuja peminat sejak debut solo
- Messy – single terbaru, trending carta termasuk #6
Rosé bawa vibe rosie ke KL, dan Blackpink pula tengah bersiap tour global. Fans? Kena hadir semua! Jangan lepaskan peluang ni.