petanda pasangan gaslighting

Gaslighting Dalam Hubungan: Tanda-Tanda Anda Dimanipulasi

Pernah tak anda rasa keliru dengan perasaan sendiri, macam semua benda yang berlaku salah anda walaupun dalam hati anda tahu yang anda tak salah? Kalau ya, hati-hati. Anda mungkin sedang berdepan dengan gaslighting dalam hubungan.

gaslight dalam percintaan
@pexels

Apa Itu Gaslighting?

Gaslighting adalah satu bentuk manipulasi emosi di mana seseorang cuba untuk membuat anda meragui realiti atau ingatan sendiri. Ia sangat halus, tapi kesannya boleh buat seseorang hilang keyakinan diri, tertekan, dan terperangkap dalam hubungan yang toksik. Berikut adalah tanda pasangan anda yang suka gaslighting:

1. Anda Selalu Dipersalahkan

Walaupun jelas pasangan anda yang silap, dia tetap pusing cerita dan salahkan anda. Lama-lama anda mula fikir, “Eh, mungkin memang aku yang overthinking…”

2. Dia Sering Mengatakan Anda Terlalu Emosional

Bila anda suarakan rasa tak puas hati, dia cakap anda “terlalu drama”, “mengada”, atau “tak matang”. Ini taktik untuk buat anda diam dan ragu dengan emosi sendiri.

3. Fakta Dibelit-Belitkan

toxic relationship
@pexels

Dia ubah cerita, nafikan benda yang pernah dia cakap atau buat, walaupun anda ingat dengan jelas. Bila anda confront, dia gelak sinis atau buat anda rasa “paranoid”.

4. Dia Buat Anda Rasa Bersyukur Ada Dia

Padahal anda yang banyak beri effort, tapi dia buat anda rasa macam tak cukup bagus dan patut bersyukur sebab ada dia yang “boleh tahan” dengan anda.

5. Anda Rasa Bingung Sepanjang Masa

Bila hubungan buat anda constantly confused, emotionally drained, dan sentiasa second-guess diri sendir itu tanda besar anda sedang digaslight.

Kalau anda perasan tanda-tanda ini, please take it seriously. Gaslighting bukan gurauan, ia boleh merosakkan kesihatan mental dan harga diri anda dalam jangka masa panjang. Situasi ini bukan sahaja mengganggu kehidupan seharian, malah ia juga boleh menjadikan anda berasa terasing dan hilang kepercayaan pada diri sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk tidak mengabaikan perasaan anda dan memahami bahawa anda berhak untuk merasa selamat dan dihargai.

Jangan takut untuk dapatkan sokongan dari rakan, keluarga, atau profesional yang boleh membantu anda menghadapi situasi ini. Ingat: Perasaan anda sah, dan anda berhak untuk didengari dan dihargai.