qawiy aro

Qawiy Trend Tebuk Ngaji: Siapa Sebenarnya Qawiy Aro?

Nama Qawiy Aro kini semakin disebut-sebut di media sosial terutamanya selepas viralnya trend “Tebuk Ngaji” yang menggabungkan elemen hiburan, dakwah santai, dan gaya komunikasi moden. Tapi siapa sebenarnya Qawiy?

Biodata Ringkas Qawiy Aro

Qawiy atau nama panjangnya Abdul Qawiy Abd Rashid merupakan seorang pempengaruh (influencer) muda yang aktif di media sosial dengan pendekatan dakwah yang lebih santai dan mesra Gen Z. Beliau sering memuat naik video-video pendek bertema keagamaan, diselangi dengan humor ringan yang relatable.

@qawiyaro

Qawiy juga dikenali sebagai seorang yang petah berkata-kata dan bijak menarik perhatian dengan gaya penyampaian tersendiri. Baru-baru ini, Qawiy mengumumkan pernikahannya dan perkara ini turut menambah populariti beliau di TikTok dan Instagram. Qawiyaro selamat bernikah dengan wanita pilihannya di London. Beliau mengenakan jubah serba putih manakala isterinya mengenakan abaya putih yang cantik. Pasangan ini kelihatan sangat berseri meskipun outfit nikah yang simple. Jika kamu sukakan vibes simple dan islamik baju kahwin Qawiyaro boleh menjadi inspirasi kepada anda.

Apa Itu “Tebuk Ngaji”?

qawiy Tebuk Ngaji
@qawiyaro

Trend “Tebuk Ngaji” ialah gaya penyampaian tazkirah atau pengisian agama yang ringkas, padat dan kadang-kadang diselitkan dengan punchline lucu. Ia menarik minat ramai anak muda yang mungkin sebelum ini kurang terdedah kepada ceramah atau pengisian agama tradisional.

Qawiy menjadi salah seorang pendorong utama trend ini dengan video pendek yang mudah difahami dan kerap trending di TikTok dan Reels. Antara selebriti yang sudah ditebuk adalah seperti Amir Ahnaf high Council, Syafiq Kyle, Sufian Suhaimi dan banyak lagi.

@qawiyaro

tebuk ngaji kapla high council @Amir Ahnaf masyaAllah merdunya suara patut la ramai cair🫠😆 #terjahngaji #quranchallenge #mantuy

♬ original sound – qawiyaro – qawiyaro

Podcast Qawiy yang Trending

Baru-baru ini juga nama Qawiy Aro sekali lagi menjadi tumpuan dalam penampilannya di sebuah podcast yang berdurasi selama empat jam. Antara topik yang dibincangkan termasuk soal jodoh, istiqamah, perubahan diri, dan kisah peribadi yang memberi inspirasi. Pendekatan Qawiy dalam menceritakan kisahnya menjadi tumpuan golongan muda dan gen Z dalam kalangan pengguna Tiktok. Antara perkongsian beliau termasuklah amalan seharian yang boleh diamalkan seperti :


Pagi – Surah Yassin atau Surah Al Waqiah

Petang – 11 kali Selawat Tafrijiyaah

Malam- Al Mulk atau Al Sajdah

Apa perkongsian Qawiy yang anda suka?

Cari kelengkapan baju muslim di Zalora Modest wear sekarang!