Idea Hari guru

Idea Hadiah Hari Guru yang Simple Tapi Menyentuh Hati

Hari Guru disambut setiap 16 Mei adalah waktu terbaik untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru kita. Tak perlu hadiah hari guru mahal, yang penting adalah keikhlasan dan usaha untuk menggembirakan hati mereka. Jika anda masih tercari-cari idea, berikut beberapa cadangan hadiah Hari Guru yang simple tapi bermakna dan juga masih dalam bajet!

1. Pen Eksklusif atau Set Alat Tulis

@pexels

Hadiah klasik yang tak lapuk dek zaman. Pilih pen berkualiti atau alat tulis comel pasti digunakan dan dihargai.

2. Buku Nota atau Planner

hadiah hari guru
@pexels

Ramai guru suka mencatat dan merancang tugasan. Planner atau buku nota bergaya boleh jadi teman harian cikgu di sekolah.

3. Mug atau Botol Air Custom

Mug dengan mesej manis atau botol air tahan lasak sangat berguna, apatah lagi jika disertakan nama guru.

4. Kad Ucapan Hari Guru DIY

Kad Ucapan Hari Guru DIY
@pinterest

Tak perlu kos tinggi, kad buatan sendiri dengan mesej tulus ikhlas sering menjadi hadiah paling menyentuh hati. Ada banyak idea kad hari guru tersedia online, anda boleh membuatnya dengan mudah dan cepat.

5. Coklat atau Kek Mini

Manisan seperti coklat premium atau kek dalam bekas comel boleh menceriakan hari guru yang penat mengajar.

6. Baucar Hadiah

zalora voucher

Jika tak pasti apa yang cikgu suka, beri baucar hadiah gift card. Tak tahu nak cari dimana? Zalora gift card boleh jadi idea hari guru yang best. Sudah tentu, Cikgu anda suka shopping.

7. Bunga Segar atau Bunga Kering

Satu sejambak bunga dengan nota penghargaan sudah cukup untuk membuatkan cikgu rasa dihargai. Tapi setiap bunga mempunya makna tersendiri, pastikan anda semak dahulu!

Apa jua pilihan anda, pastikan ia datang daripada hati. Guru bukan mengharapkan hadiah mewah, tetapi lebih kepada tanda penghargaan dan ingatan daripada pelajar mereka. Jadi, pilihlah hadiah yang sesuai dan sampaikan dengan ucapan yang ikhlas. Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang telah mencurahkan ilmu dan kasih sayang tanpa jemu dari kami ZALORA Blog Malaysia.