Hari Pekerja 2025: Sejarah dan Makna Cuti Buruh Malaysia

Tahun ini, 1 Mei 2025 adalah tanggal rasmi Hari Pekerja 2025. Seluruh dunia menyambut Hari Pekerja sebagai tanda penghargaan kepada insan-insan yang menggerakkan ekonomi dan membina negara. Di Malaysia, Hari Pekerja 2025 tetap diraikan dengan penuh makna, memperingati perjuangan pekerja dan menegaskan hak-hak mereka.

Tema Hari Pekerja pada tahun 2025 adalah “Pekerja Kesuma Bangsa”, yang menekankan peranan penting para pekerja sebagai tulang belakang negara dan pelaksana agenda Malaysia Madani.

Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Kalau anda nak tahu, Hari Pekerja ini bukan sekadar tentang “cuti buruh Malaysia” atau public holiday semata-mata. Ia sebenarnya ada kisah panjang dan penuh makna di sebaliknya. Jom kita pelajari makna disebalik Hari Pekerja ini, sejarah ringkas, akta akta berkenaan pekerja dan juga aktiviti yang boleh dilakukan untuk meraikan Hari Pekerja.

Apa Itu Hari Pekerja?

Secara ringkas, Hari Pekerja atau Labour Day adalah hari khas yang dikhaskan untuk menghargai sumbangan para pekerja terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara. Di Malaysia, tarikh 1 Mei telah diiktiraf secara rasmi sebagai cuti umum — jadi, ya, memang sah anda dapat menikmati cuti buruh Malaysia setiap tahun!

Namun begitu, cuti ini bukan sekadar untuk berehat. Ia juga bertujuan memberi ruang kepada semua pekerja untuk menghargai usaha pekerja yang telah dilakukan dalam memperjuangkan keadilan di tempat kerja.

Sejarah Ringkas Hari Pekerja

Untuk memahami lebih mendalam, mari kita lihat sedikit sejarahnya. Hari Pekerja bermula daripada pergerakan buruh di Amerika Syarikat pada abad ke-19. Pada masa itu, pekerja berjuang untuk mendapatkan hak bekerja lapan jam sehari, menggantikan sistem kerja melampau yang boleh mencecah 12 hingga 16 jam tanpa bayaran. Cuba bayangkan betapa kejamnya layanan terhadap pekerja pada masa itu.

Perjuangan ini akhirnya membuahkan hasil, dan 1 Mei dipilih sebagai hari memperingati perjuangan tersebut. Menariknya, Malaysia mula meraikan Hari Pekerja secara rasmi pada tahun 1972, di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein. Sejak itu, sambutan ini menjadi acara tahunan.

Kenapa Hari Pekerja Penting?

Sejujurnya, tanpa pekerja, semua sektor — dari kilang, pejabat, sekolah, hospital — akan lumpuh. Setiap titik peluh pekerja menyumbang kepada kemajuan negara, dari pembangunan infrastruktur hinggalah kepada kemajuan teknologi. Disebabkan itu, Hari Pekerja bukan sahaja untuk pekerja sektor awam atau swasta, tetapi untuk semua — dari pengusaha kecil hingga profesional korporat.

Tambahan pula, Hari Pekerja memberi peluang kepada semua pihak untuk membincangkan isu-isu berkaitan pekerjaan seperti kenaikan gaji, keselamatan di tempat kerja, dan keseimbangan hidup-kerja. Ini penting supaya suara pekerja terus didengari dalam era moden yang makin mencabar.

Hak Pekerja di Malaysia

Seiring dengan sambutan ini, penting juga untuk kita tahu tentang hak-hak pekerja yang dilindungi oleh undang-undang di Malaysia. Beberapa akta utama yang melindungi pekerja termasuk:

  • Akta Kerja 1955 – menetapkan hak minimum untuk cuti, waktu kerja, gaji, dan perlindungan keselamatan.
  • Akta Kesatuan Sekerja 1959 – melindungi hak untuk membentuk kesatuan sekerja dan berunding secara kolektif.
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) – menjaga aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja.

Melalui akta-akta ini, pekerja di Malaysia berhak mendapat perlindungan sewajarnya, termasuk semasa mengambil cuti buruh Malaysia bersempena Hari Pekerja 2025. Kalau rasa majikan tak adil, jangan takut nak dapatkan nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)!

Bagaimana Menyambut Hari Pekerja ?

Hari Pekerja bukan sekadar hari cuti biasa. Ini masa terbaik untuk kita “pause” sekejap dari rutin harian yang sibuk. Jadi, bagaimana nak sambut Hari Pekerja dengan cara yang best? Sebenarnya, tak perlu pun buat benda besar-besaran, yang penting kita hargai diri sendiri antaranya adalah:

  • Berehat sambil layan drama atau movie yang tertangguh atau sekadar lepak dengan keluarga. Kadang-kadang, nikmat paling simple macam ni lah yang paling membahagiakan.
  • Kalau rasa nak lebih bermakna, boleh juga luangkan masa dengan bawa mak ayah jalan-jalan, picnic dengan kawan-kawan, atau sekadar duduk makan sama-sama pun dah cukup
  • Ada yang suka guna Hari Pekerja ni untuk self-care. Pergi spa, buat hobi yang lama ditinggalkan, atau pergi ke kafe viral untuk minum air dan makan pastri sedap.


Kami di ZALORA Blog Malaysia ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Pekerja 2025 kepada semua warga kerja di Malaysia!

Sama ada anda seorang penjawat awam, swasta mahupun bekerja sendiri ketahuilah bahawa anda adalah tulang belakang negara ini. Nikmatilah cuti buruh Malaysia ini dengan bangga kerana anda benar-benar layak untuk dihargai.

Dapatkan peralatan untuk percutian sempena Hari Buruh anda seperti bagasi, pakaian dan set penjagaan diri di ZALORA sekarang!