Langit Malaysia bakal dihiasi dengan satu fenomena alam yang menakjubkan pada September 2025 – iaitu Gerhana Bulan Penuh atau lebih dikenali sebagai “Blood Moon”. Fenomena ini pastinya menjadi detik istimewa buat pencinta langit dan astronomi kerana ia hanya berlaku beberapa kali sahaja dalam setahun.
Bilakah Gerhana Bulan Penuh Akan Berlaku?
Menurut pakar astronomi, fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada 7-8 September 2025, bermula sekitar pukul 10:00 malam hingga 5:00 pagi waktu Malaysia. Pada waktu kemuncak sekitar 2:00 pagi (8 September), bulan akan kelihatan berwarna merah gelap, mencipta pemandangan menakjubkan di langit malam.

Di Mana Fenomena Ini Boleh Disaksikan?
Fenomena Gerhana Bulan Penuh (Blood Moon) boleh dilihat dengan mata kasar dari seluruh Malaysia tanpa memerlukan teleskop. Namun, bagi pengalaman yang lebih menarik, anda boleh mengunjungi lokasi cerapan rasmi yang biasanya dibuka kepada orang awam dengan aktiviti tambahan seperti taklimat astronomi, sesi cerapan menggunakan teleskop, dan fotografi bulan.
Berikut antara lokasi cerapan bulan gerhana penuh di Malaysia:
- Planetarium Negara, Kuala Lumpur
- Dataran Masjid Putrajaya, Putrajaya
- Balai Cerap Negeri Sembilan
- MAHA Tower Langkawi, Kedah
- Masjid Al-Azim, Melaka
- Kurau Inn Farmstay, Kuala Kurau, Perak
- Pulau Betong Observatory, Balik Pulau, Penang
- Balai Cerap Kota Bharu, Salor, Pasir Mas
- Balai Cerap KUSZA, Terengganu
- Pusat Falak Miri, Sarawak
- Balai Cerap Al-Biruni, Sabah
Selain lokasi rasmi ini, fenomena Blood Moon boleh dinikmati dari mana-mana kawasan yang mempunyai langit terbuka dan jauh dari pencemaran cahaya, seperti pantai, kawasan perbukitan, atau luar bandar.
Bagaimana Fenomena Gerhana Bulan Berlaku?

Ketika gerhana bulan penuh, bumi berada di antara matahari dan bulan. Cahaya matahari yang melalui atmosfera bumi akan dibiaskan, lalu menghasilkan warna kemerahan pada bulan – inilah sebabnya ia digelar “Blood Moon”.
Fakta Menarik Tentang Gerhana Bulan Penuh
- Tidak berbahaya untuk dilihat dengan mata kasar.
- Berlaku sekurang-kurangnya dua kali setahun di seluruh dunia, namun jarang kelihatan jelas di Malaysia.
- Budaya dan masyarakat di seluruh dunia sering mengaitkan gerhana bulan dengan mitos serta kepercayaan tradisional.
Fenomena Gerhana Bulan “Blood Moon” ini adalah peluang emas untuk rakyat Malaysia menyaksikan keajaiban alam semesta yang jarang berlaku. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan Blood Moon yang pastinya memukau pandangan. Layari website rasmi mysa.gov untuk info lanjut.