Kejutan buat semua Heart Riders di Malaysia, artis handsome Korea Seo In-guk sah akan mengadakan fan meeting pertama beliau di Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2025, bertempat di HGH Convention Centre!
Tarikh & Tempat

- Tarikh: Jumaat, 10 Oktober 2025
- Masa: 8:00 malam
- Tempat: HGH Convention Centre, Kuala Lumpur
- Harga & Tiket: Dijual melalui LOLAsia mulai 27 Jun 2025, 12 tengah hari, dengan pelbagai kategori tempat duduk.

Fan Meeting “Heart Cookie”
Tour Heart Cookie adalah cara Seo In-guk menyatakan rasa terima kasih kepada peminatnya di Asia. Tournya ini juga meliputi Thailand, Filipina, Malaysia, dan Singapura. Program ini dijangka menampilkan:
- Nyanyian live lagu seperti “All For You”, duet “Couple” bersama Jung Eun-ji
- Sesi soal jawab (Q&A), permainan interaktif
- Hadiah eksklusif & memorabilia khas buat peminat Malaysia
- Moments intimate termasuk sesi hi-bye dan photobooth – peluang paling dekat untuk fans!
Siapa Seo In Guk?
- Lahir pada 23 Oktober 1987, Seo In-guk mula terkenal selepas memenangi program realiti Superstar K (2009)
- Beliau kini dikenali sebagai aktor dan penyanyi — terkenal dengan drama popular seperti Reply 1997, Doom at Your Service, Café Minamdang, dan drama akan datang Twelve serta Monthly Boyfriend bersama Jisoo (BLACKPINK)
- Dalam dunia muzik, selain lagu solo seperti “I Love U” dan “All For You,” beliau turut merakam duet “Couple” bersama Jung Eun-ji pada Mac 2025—kerjasama mereka selepas 13 tahun.

Seo In-guk Fan Meeting – Heart Cookie pada 10 Oktober 2025 di KL adalah peluang unik untuk berjumpa dengan crush anda depan mata! Siapa sahaja yang tidak jatuh hati dengan wajah tampan jejaka korea ini! Ingat bestie duit boleh dicari tetapi jumpa oppa korea hanya sekali!
Sedia sedia tangan refresh laman LOLAsia pada 27 Jun, kumpul duit, dan jemput kawan atau keluarga untuk malam penuh kenangan indah bersama Seo In-guk. Ini bukan sekadar meet & greet—ini adalah Heart Cookie moment anda!
Follow ZALORA Blog Malaysia untuk up to date dengan banyak event menarik di Malaysia!