Nama Qi Razali bukan asing dalam dunia hiburan tempatan. Popular sejak era 2000-an menerusi drama seperti Impian Illyana dan Blogger Boy, Qi bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan pengacara, tetapi juga pernah menganggotai kumpulan muzik Oi! sebagai pemain dram. Karismanya yang tenang dan gaya ‘clean cut’ menjadikan beliau antara selebriti lelaki yang cukup diminati satu ketika dahulu.

Kini pada usia 48 tahun, Qi “the boy next door” akhirnya melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wardah. Majlis pernikahan yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara sederhana namun penuh makna. Majlis pernikahan itu berlangsung di lokasi eksklusif Bagas Zakariah, yang terletak di Gopeng, Perak.
Intimate Wedding Qi: Elegan dalam Kesederhanaan

Pada hari bersejarah tersebut iaitu 25/5/25, Qi tampil kemas dan segak dalam busana baju Melayu tradisional serba putih, lengkap dengan songkok dan samping sedondon. Pilihan rona putih menyerlahkan elemen kesucian dan ketenangan, sesuai dengan karakter beliau yang matang dan bersahaja. Potongan baju yang terletak kemas turut mencerminkan cita rasa Qi yang moden tetapi tetap menghargai sentuhan tradisional.
Pasangannya pula mencuri perhatian ramai apabila memilih untuk menata solekan sendiri, menampilkan gaya minimalis namun tetap menyerlah dengan aura elegan. Ia sekaligus membuktikan bahawa penampilan yang sederhana mampu tampil memukau dengan keyakinan dan keselesaan diri.
Inspirasi Pengantin Moden
Jika anda sedang mencari idea nikah intimate, pernikahan Qi Razali dan pasangan boleh menjadi inspirasi untuk anda! Classy dan elegant! Gaya pasangan ini wajar dijadikan rujukan buat pasangan yang merancang majlis pernikahan dalam suasana sederhana tetapi tetap berstail. Fokus kepada potongan busana yang kemas, warna yang klasik, serta keyakinan dalam gaya sendiri — semuanya menjadi kunci kepada penampilan yang timeless dan bergaya.
Kami Di Zalora Blog Malaysia mengucapkan tahniah kepada Qi dan pasangan!
Anda sedang mencari baju kurung putih untuk nikah? Zalora baju kurung ada pilihan klasik hingga moden untuk anda!