Penyanyi muda berbakat dari Indonesia, Nadin Amizah, kini sah bergelar isteri kepada Faishal Tanjung dalam sebuah majlis perkahwinan intim yang berlangsung di Imah Seniman, Lembang, Bandung, Indonesia. Majlis akad nikah mereka diadakan pada 8 Ogos dengan kehadiran keluarga terdekat dan rakan rapat sebagai saksi penyatuan cinta mereka.

Majlis Perkahwinan Penuh Suasana Romantis
Majlis pernikahan berlangsung dalam suasana sederhana namun sarat dengan elemen romantik. Bertemakan konsep “aesthetic garden wedding”, lokasi akad nikah Nadin dan pasangannya di Imah Seniman dihias cantik oleh designer terkenal, eliordesign.
Semasa akad nikah, penyanyi lagu Sorai dan Semua Aku Dirayakan ini, tampil anggun dan sopan dalam busana kebaya putih klasik bermotif bunga vintaj dan kain songket emas. Busana pernikahan itu dipadankan dengan veil panjang yang dihasilkan daripada gabungan beberapa jenis kain renda yang disusun indah. Manakala Faishal tampil segak sedondon menggayakan sut putih dengan kain sampin diperbuat daripada songket yang senada.
Kedua-dua pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz. Nadin Amizah turut menerima mas kahwin berjumlah RM2309 (RP 8,0820,25) berserta emas hantaran seberat 28.4 gram.
Kehadiran Rakan Terdekat dan Keluarga
Diadakan secara tertutup dan intimate, majlis perkahwinan ini tetap meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat rapat dari kedua dua pasangan. Detik-detik menyentuh hati dan momen indah semasa majlis berlangsung turut dikongsikan oleh abang ipar Faishal iaitu Vidi Aldiano melalui Instagram story.
Perjalanan Cinta Nadin & Faishal
Hubungan Nadin dan Faishal dikatakan telah bermula empat tahun lalu sebelum masing-masing memutuskan untuk berumah tangga. Kedua-dua pasangan ini telah mengadakan majlis pertunangan pada 27 Jun lalu serta turut mengadakan majlis pengajian untuk meminta restu beberapa hari sebelum hari bahagia mereka.
Selamat Pengantin Baru kepada Nadin Amizah dan pasangan. Semoga berbahagia selalu~