
Peminat emo dan rock alternative, My Chemical Romance akhirnya bakal datang ke Kuala Lumpur, 30 April 2026 ini untuk konsert yang paling ditunggu-tunggu. Konsert ini adalah sebahagian daripada “MCR South East Asia 2026” dan turut meliputi negara negara berhampiran seperti Singapura, Manila dan Bangkok. Dengan lagu-lagu ikonik seperti Welcome to the Black Parade dan I’m Not Okay (I Promise), konsert ini dijangka menjadi antara konsert epik 2026.
Info Penting Konsert My Chemical Romance di KL
Berikut adalah butiran lengkap yang anda perlu tahu:
- Tarikh: 30 April 2026
- Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
- Harga Tiket: Bermula RM299 hingga RM799
- Jualan Tiket Dibuka: 11 Julai 2025, 11 Pagi
- Beli Tiket di Sini: goliveasia.com. Bayaran melalui Atome dan Shopee Pay Later turut disediakan.
Jangan lepaskan peluang anda untuk grab ticket dan seat yang menarik. Set alarm dan turn on notification waktu pembelian kerana tiket dijangka sold out dalam masa yang singkat.
Tiket Mcr sudah habis dijual! Bagaimana adakah anda beruntung untuk menyaksikan konsert MCR Malaysia?
Kenapa anda kena hadir konsert MCR ini ?
Setelah lebih sedekad berehat daripada pentas Asia Tenggara, Gerard Way dan rakan-rakan bandnya kini bersedia untuk menggegarkan Malaysia. Tour kali ini juga merupakan sebahagian daripada “MCR World Tour 2025” yang telah mendapat sambutan luar biasa di Amerika Syarikat dan Eropah. Anda boleh expect:
- Visual dan Sound Production Bertaraf Dunia – Dijanjikan lebih hebat daripada sebelum ini.
- Setlist lagu menarik– Welcome to the Black Parade, Helena, Teenagers, I’m Not Okay (I promise), Cancer dan banyak lagi.
- Vibe yang energetic dan momen nostalgia.
Follow @hellouniversemy untuk keep update tentang info Konsert My Chemical Romance di Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang – dapatkan tiket anda sebaik sahaja jualan dibuka! Ini adalah masa untuk menjadi sebahagian daripada Black Parade Malaysia!