Latihan Pestapora Malaysia Final Lineup

Latihan Pestapora Malaysia: Final Lineup
@latihanpestapora.my

Malaysia, siap sedia—Latihan Pestapora Malaysia 2025 akhirnya telah mengumumkan final lineup yang pasti buat korang semua teruja! Festival ini bakal diadakan pada 26 Julai 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, menempatkan skala yang lebih besar buat peminat muzik tanah air. Dengan kapasiti lebih besar, confirm vibe di Latihan Pestapora lebih meriah dan happening !


Final Lineup Pestapora

Headliner Latihan Pestapora Malaysia : Sheila On 7

Final lineup Latihan Pestapora Malaysia 2025 menampilkan artis sensasi yang dijamin menggempakkan pentas! Headliner utama yang dinantikan iaitu Sheila On 7, legenda rock Indonesia yang kembali ke pentas Malaysia selepas sekian lama – sebuah momen yang pasti menyentuh hati ribuan peminat yang membesar dengan lagu-lagu ikonik seperti Dan, Sephia, dan Melompat Lebih Tinggi.

Lineup Latihan Pestapora: Nadin Amizah dan Bunkface

Turut hadir untuk menggegarkan lagi festival nusantara ini adalah Pamungkas, Hindia, Feast, Nadin Amizah, ALVN, Barasuara X Efek Rumah Kaca dan Feel Koplo dari Indonesia, manakala barisan artis tempatan pula diterajui oleh Bunkface, DOLLA, Bittersweet, serta Ismail Izzani. Selain itu, penyanyi hits dari Singapura, Aziz Harun pastinya akan menambahkan lagi mood sendu dan galau anda.


Pembelian Tiket dan Seating

Layout pentas dan tiket Latihan Pestapora Malaysia
@latihanpestapora.my
  • Tiket fasa 1 dilaporkan laris – lebih 2,000 tiket dah habis sebelum lineup final!
  • Tiket fasa 2 dibuka bermula 9 Jun 2025 jam 12 tengahari di latihanpestaporamalaysia.com.
  • Harga tiket mengikut kedudukan: General Admission (RM249) , Rockzone (RM299), Seating Cat 1 (RM399) dan Seating Cat 2 (RM189)
  • Harga tambahan Tiket Express Lane (General Admission dan Rockzone) : Add RM100
  • Info lanjut tentang konsert: Layari Instagram dan Tiktok (latihanpestapora.my)

Jangan lepaskan peluang untuk alami suasana muzik nusantara di Latihan Pestapora Malaysia yang pastinya akan menjadi pengalaman terbaik dalam hidup anda.

Baammm! Ini Kalilah! Jumpa anda di sana!

Follow ZALORA Blog Malaysia untuk keep updated dengan konsert konsert hangat dan trending di Malaysia dan juga antarabangsa.