Konsert Winner di Kuala Lumpur November Ini

Konsert Winner di Kuala Lumpur November Ini

Konsert Winner Malaysia
@kchartsmaster/ Twitter

Inner Circle Malaysia, it’s happening! WINNER akhirnya kembali ke Kuala Lumpur November ini untuk menemui peminat setia mereka. Group di bawah naungan YG Entertainment ini – terdiri daripada empat jejaka berbakat Kang Seungyoon (Yoon), Song Mino (Mino), Lee Seunghoon (Hoony) dan Kim Jinwoo (Jinu) – bersedia untuk menggoncang pentas dengan lagu-lagu hit mereka seperti REALLY REALLY dan LOVE ME LOVE ME. Kali terakhir WINNER menjejakkan kaki ke Malaysia adalah pada 2018, jadi konsert WINNER kali ini pasti akan jadi reunion penuh emosi bersama Inner Circle Malaysia!


Tarikh, Lokasi dan Tiket WINNER Asia Concert 2025 di KL

Info Konsert Winner di Kuala Lumpur

Konsert WINNER kali ini adalah sebahagian daripada WINNER 2025 ASIA CONCERT TOUR [OUR MOMENT] yang dinanti-nantikan. Selain Kuala Lumpur, WINNER juga akan singgah ke beberapa bandar Asia lain termasuk Macau, Taipei, Bangkok, Jakarta dan Hong Kong.

  • Tarikh: 1 November 2025
  • Lokasi: TBA
  • Tiket: Dijangka mula dijual hujung bulan ini. Stay tuned dan follow YG Entertainment serta penganjur rasmi, CQ Entertainment untuk info.

Apa Yang Buat Konsert Ini Special?

Selain daripada visual dan vokal WINNER yang memang top-tier, peminat boleh menjangkakan:

  • Setlist bertenaga yang penuh dengan lagu kegemaran ramai seperti Everyday, Really Really dan Millions.
  • Special moment stage untuk lebih dekat dengan Inner Circle Malaysia
  • Merchandise eksklusif yang hanya dijual di lokasi konsert

Tips Untuk Inner Circle Malaysia

  • ✔️ Tandakan kalendar anda! Jangan terlepas bila tiket mula dijual kerana pastinya akan sold out dalam masa beberapa minit.
  • ✔️ Plan OOTD biru untuk lautan Inner Circle di arena nanti.
  • ✔️ Hafal lirik lagu WINNER supaya anda boleh singalong tanpa missed!

Jangan lupa follow akaun penganjur rasmi, CQ Entertainment untuk update terkini dan standby untuk beli tiket secepat mungkin.

So, Inner Circle, are you ready to scream “REALLY REALLY” at the top of your lungs? 💙 Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada malam penuh magis ini.