
Konsert Post Malone 2026 antara acara muzik antarabangsa yang paling dinanti tahun ini. Penyanyi dan rapper terkenal itu bakal singgah ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada siri jelajah The Big Stadium World beliau, sekali gus memberi peluang kepada peminat tempatan untuk menyaksikan persembahan secara langsung buat pertama kali di sini.
Details tentang Konsert Post Malone Malaysia
- Tarikh: 27 September 2026 (Ahad)
- Time: 8:30 pm
- Location: TM Stadium Nasional (Sebelum ini dikenali sebagai Stadium Nasional Bukit Jalil)
Tiket Konsert Post Malone

Bagi anda yang merancang untuk mendapatkan tiket, berikut ialah antara perkara penting yang perlu diberi perhatian:
- Harga tiket: RM259 – RM1718 mengikut tempat
- Platform ticket: LiveNation dan GoLive Asia
- Tarikh pembelian tiket:
- Artist Presale: 6 April 2026, 11:00 pagi – 11:59 malam
- Mastercard Presale: 7 April 2026, 11:00 pagi – 9 April 2026, 11:00 pagi
- Live Nation Presale: 9 April 2026, 12:00 tengah hari – 11:59 malam
- Jualan umum: 10 April 2026, 11:00 pagi dan seterusnya melalui GoLive Asia
Jika anda mahu peluang yang lebih lancar semasa hari jualan tiket, sebaiknya daftar presale lebih awal, semak semula akaun ticketing anda, dan pastikan kad pembayaran aktif. Selain itu, pantau juga halaman rasmi Live Nation Malaysia untuk sebarang kemas kini tentang pelan tempat duduk, waktu kemasukan, dan garis panduan acara.
Artis Jemputan: Don Tolliver
Selain Post Malone sebagai artis utama, konsert ini juga akan menampilkan Don Toliver. Kehadiran artis jemputan ini tentunya menambah lagi keterujaan, terutamanya bagi peminat yang mengikuti perkembangan muzik hip hop dan rap antarabangsa. Gabungan dua nama besar ini menjadikan malam konsert tersebut lebih menarik untuk dinantikan.
Lagu-Lagu Hits Post Malone Yang Dinanti Peminat

Walaupun setlist rasmi untuk Konsert Post Malone Kuala Lumpur masih belum diumumkan, ramai peminat tentunya berharap untuk mendengar beberapa lagu paling ikonik daripada katalog hit beliau. Antaranya termasuk:
- Circles
- Sunflower
- Rockstar
- Congratulations
- Better Now
- I Had Some Help
- White Iverson
Dengan skala jelajah stadium dan koleksi lagu popular yang cukup besar, konsert ini berpotensi menyajikan setlist yang dipenuhi crowd-favourites serta momen sing-along yang sukar dilupakan.
Dengan popularitinya yang kekal kuat dan perhatian yang semakin memuncak, Konsert Post Malone 2026 di Kuala Lumpur berpotensi menjadi salah satu malam muzik paling hangat di ibu kota tahun ini. Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk merebut tiket konsert Post Malone Malaysia 2026?
