Konsert Jay Park Malaysia

Annyeong, JWalkerz Malaysia ! Penyanyi hip-hop kegemaran anda, Jay Park akan kembali ke Malaysia untuk menggegarkan Zepp, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025 ini. Konsert ini merupakan kali pertama Jay Park datang ke Malaysia setelah lebih dari 6 tahun kunjungan terakhirnya untuk mengadakan konsert. Malaysia merupakan negara pertama dikunjungi Jay Park untuk konsert ‘2025 Jay Park World Tour : Serenades and Body Rolls’. Jelajah Dunia Jay Park ini akan ke 12 negara termasuk Singapore, Jakarta dan Bangkok.

Tentang Jay Park

2025 Jay Park World Tour: Serenades & Body Rolls di Malaysia pada 14 Jun 2025
Instagram/@jaypark.worldtour

Jay Park atau nama sebenarnya Park Jae-beom memulakan kerjayanya dalam industri muzik sebagai ketua kumpulan K-pop 2PM. Selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2009, artis kelahiran Amerika Syarikat ini membina kerjaya solo yang cemerlang dalam genre hip-hop dan R&B. Jay Park juga merupakan pengasas label muzik AOMG, H1GHR Music dan More Vision serta jenama soju Won Soju. Beliau dikenali kerana mempromosikan kebebasan artistik dan telah bekerjasama dengan ramai artis antarabangsa seperti IU dan Ty Dolla $ign.

Tarikh, Tempat dan Tiket Konsert

Buat semua peminat yang ingin datang ke konsert, di bawah ini kami kongsikan info-info penting seperti tarikh, masa, tempat dan pembelian tiket:

Tarikh: 14 Jun 2025

Masa: Bermula Pukul 5 petang.

Tempat: Zepp, Kuala Lumpur

Alamat: B2-01-02, Level B2, Entertainment Hub, BBCC, 2, Jalan Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Harga Tiket: RM4128.00 (VIP Box for 6 pax), RM888.00 (VIP Gold), RM658.00 (VIP Silver- Standing), RM558.00 (CAT 1), RM398.00 (CAT 2)

Platform Tiket: Dapatkan tiket di golive.asia.

Konsert ini semestinya menjanjikan persembahan penuh bertenaga dari Jay Park dengan gabungan unik antara hip-hop dan balada R&B yang menyentuh jiwa. Peminat boleh menantikan persembahan lagu-lagu baharu dari album terkininya, The One You Wanted, termasuk “Ohx3”, “Mayday”, dan “Candy”. Tidak ketinggalan, lagu-lagu ikonik seperti “MOMMAE”, “Me Like Yuh”, dan “Drive” pasti akan menghangatkan lagi suasana.

Jadi, rebut peluang ini untuk menyaksikan persembahan hebat Jay Park secara langsung. Dapatkan tiket anda sekarang dan bersedia untuk malam yang penuh dengan muzik, tarian, dan emosi!

Jangan lupa untuk keep updated dengan info penting tentang konsert. Follow Zalora blog Malaysia, untuk perkembangan konsert di Malaysia terkini.