Konsert Irene dan Seulgi Red Velvet di KL September Ini

ReVeluv Malaysia, bersedia untuk moment yang paling dinanti! Duo ikonik Red Velvet, Irene & Seulgi, akan menggegarkan Kuala Lumpur dengan persembahan penuh tenaga di Konsert Irene dan Seulgi [BALANCE] Asia Tour, September ini. Tour ini membuka tirai di Seoul, dan turut singgah ke kota-kota popular seperti Singapura, Macau, Bangkok, Taipei dan Tokyo.


Tarikh & Lokasi Konsert

Konsert Irene dan Seulgi Red Velvet di Kuala Lumpur September Ini

Mark your calendar! Konsert ini dijadualkan berlangsung pada:

📍 Tarikh: Sabtu, 13 September 2025
📍 Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur

Tiket dijangka akan mula dijual dalam masa terdekat. Jadi pastikan anda follow akaun rasmi Red Velvet untuk tidak terlepas sebarang pengumuman penting.


Irene & Seulgi: Duo Powerhouse Red Velvet

@redvelvet.smtown

Irene & Seulgi merupakan sub-unit pertama Red Velvet yang dibentuk oleh SM Entertainment pada 2020. Mereka debut dengan mini album Monster yang meletup di carta-carta muzik Korea dan antarabangsa. Lagu-lagu seperti Monster dan Naughty telah mempamerkan chemistry luar biasa mereka di pentas – lebih daripada sekadar rakan kumpulan, mereka adalah sahabat baik sejak zaman trainee lagi!

Kini selepas lima tahun, Irene dan Seulgi kembali dengan mini album terbaru berjudul Tilt. Asia Tour [BALANCE] ini diadakan sebagai penghargaan buat peminat setia yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan duo ini.


Apa Yang Boleh Dijangka Pada Konsert Irene dan Seulgi?

Konsert kali ini dijangka penuh dengan:
Visual memukau – efek pentas dan pencahayaan ala Red Velvet yang aesthetic.
Setlist ikonik – kombinasi lagu-lagu hits Irene & Seulgi seperti Monster, Naughty dan Tilt, serta kejutan dengan lagu klasik Red Velvet.
Momen mesra peminat – sesi VCR dan ment penuh emosi yang pasti menyentuh hati ReVeluv Malaysia.

Selain itu, jangan terkejut jika mereka tampilkan solo stage khas untuk peminat KL!


Tips Buat ReVeluv Malaysia

  • Beli tiket dari saluran rasmi – Elakkan penipuan online, hanya beli melalui platform rasmi yang diumumkan oleh penganjur.
  • OOTD Ready – Gayakan outfit dengan konsep pastel atau edgy chic ala Irene & Seulgi untuk masuk vibe konsert.
  • Belajar fanchant – Latih suara supaya arena KL bergegar dengan sorakan penuh semangat

Get ready Revluv, pastikan anda jadi sebahagian daripada memori ini!

Stay tuned dan follow ZALORA Blog Malaysia untuk lebih banyak news tentang konsert dan artis Kpop kegemaran anda