Berita baik buat peminat muzik pop tempatan ! Henry Moodie bakal kembali lagi ke Malaysia untuk konsert penuh pertamanya tahun ini. Henry Moodie akan mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia pada 16 Julai 2025 ini bertempat di Zepp, Kuala Lumpur. Konsert ini merupakan sebahagian daripada Jelajah Asia Henry Moodie 2025 yang turut akan berlangsung di negara negara Asia seperti Korea Selatan, Jepun dan Thailand.
Kenali Henry Moodie
Henry Moodie, 21, mula dikenali selepas memuat naik video nyanyiannya di TikTok dan meraih lebih 6 juta pengikut. Henry Moodie mengorak langkahnya dengan lagu debutnya pada tahun 2022 iaitu You Were There For Me.
Lagu single keduanya iaitu Drunk Text telah mencipta fenomena hebat di Malaysia. Lagu ini melonjakkan namanya di carta Spotify, termasuk menduduki tangga #1 di Malaysia. Henry juga turut beberapa kali mengadakan persembahan di Malaysia iaitu di The Exchange TRX pada tahun 2024. Kini, Henry Moodie semakin bergiat aktif dalam pembikinan lagu-lagu pop yang dekat dengan hati para pendengar.
Butiran Konsert Henry Moodie 2025 Malaysia

Berikut adalah maklumat penting mengenai konsert yang dinanti-nantikan ini:
- Tarikh: 16 Julai 2025
- Masa: 8:00 malam
- Tempat: Zepp, Kuala Lumpur
- Alamat tempat: B2-01-02, Level B2, Entertainment Hub, BBCC, 2, Jalan Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
- Penganjur: Live Nation Asia
- Artis Jemputan: Bradley Simpson, penyanyi kumpulan The Vamps.
Cara Mendapatkan Tiket

Berikut merupakan details pembelian tiket ke Konsert Henry Moodie 2025:
Harga Tiket: CAT1 (Seated): RM328, CAT2 (Standing): RM268, Meet&Greet VIP: RM538, VIP BOX (8 Orang): RM2,888
Pra-Jualan MasterCard: Bermula 13 Mei (Selasa), 11 pagi sehingga 14 Mei (Rabu), 11pagi
Pra-Jualan Live Nation: Bermula 14 Mei (Rabu) 12 Tengah Hari sehingga 11:59 malam melalui livenation.my
Jualan Umum: Bermula 15 Mei (Selasa) dari 11 pagi melalui livenation.my
Tips Untuk Peminat
- Datang Awal: Ambil peluang untuk mengambil gambar ootd sebelum konsert.
- Pakai Kasut Selesa: Anda mungkin akan berdiri lama, jadi pastikan kasut anda selesa.
- Bawa Power Bank: Pastikan telefon anda tidak kehabisan bateri untuk merakam momen istimewa.
- Ikuti SOP Keselamatan: Patuhi semua garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh penganjur.
Buat peminat-peminat yang telah menunggu kehadiran semula Henry Moodie, ini adalah masanya untuk anda dengarkan lagu drunk text secara live! Jangan lepaskan peluang untuk merasai momen istimewa ini.
Ikuti perkembangan lanjut tentang konsert ini di laman web rasmi livenation.my. Jumpa anda di Zepp KL, Julai ini!