Kumpulan K-pop paling ikonik abad ini, Blackpink, kini kembali dengan konsert jelajah terbaharu mereka pada tahun 2025. Tapi sayangnya, Malaysia tak termasuk dalam senarai negara persinggahan kali ini. Namun jangan risau, peminat masih berpeluang menyaksikan mereka beraksi secara langsung – di Singapura!
Ya, konsert Blackpink kali ini akan berlangsung di National Stadium, Singapura dan dijangka penuh dengan kejutan, fesyen yang memukau dan lagu-lagu hit seperti How You Like That, Kill This Love dan banyak lagi.
Konsert Blackpink Tiket Info

Berikut adalah butiran lengkap mengenai BLACKPINK WORLD TOUR <DEADLINE> :
Maklumat Tiket & Jualan
Tiket akan dijual melalui Ticketmaster Singapore. Berikut adalah jadual jualan tiket:
- Presale Weverse (Ahli BLINK Membership): 10 Jun 2025, 11:00 pagi – 11:59 malam
- Presale Visa Infinite: 11 Jun 2025, 11:00 pagi – 2:00 petang
- Presale Visa (semua pemegang kad Visa): 11 Jun 2025, 4:00 petang – 11:59 malam
- Presale Ahli Changi Rewards: 12 Jun 2025, 11:00 pagi – 11:59 malam
- Jualan Umum: 13 Jun 2025, 11:00 pagi
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari laman web rasmi Ticketmaster Singapore.
Harga Tiket Blackpink Konsert


blackpinkofficial / Instagram
Maklumat mengenai harga tiket dan pelan tempat duduk belum diumumkan secara rasmi. Namun, berdasarkan konsert terdahulu, harga tiket dijangka bermula sekitar S$198 dan ke atas. Yuran tempahan tambahan mungkin dikenakan bergantung pada kategori tiket.
Blackpink Solo Projek

Setiap ahli Blackpink kini mempunyai projek solo masing-masing – Lisa dengan kolaborasi bersama Tyla, Jennie sering viral dengan gaya fesyen edgy, Jisoo berlakon, dan Rosé aktif dengan muzik. Namun, bila mereka bersatu kembali atas pentas, aura mereka tetap luar biasa!
Malaysia Pernah Jadi Tuan Rumah
Untuk yang masih ingat, Blackpink pernah menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2023 sempena jelajah “Born Pink World Tour”. Konsert itu mencatat kehadiran lebih 60,000 penonton dan dianggap antara konsert K-pop terbesar dalam sejarah Malaysia.
Ramai masih teringat saat Lisa menari solo, Rosé mendendangkan lagu dengan penuh emosi, dan Jennie serta Jisoo tampil mempersona di atas pentas.
Tips untuk BLINKs Malaysia
Bagi peminat dari Malaysia yang ingin menghadiri konsert ini:
- Pengangkutan: Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura mengambil masa sekitar 1 jam. Untuk lebih jimat boleh turun ke Jb dan menaiki bas.
- Penginapan: Tempah hotel berdekatan dengan National Stadium untuk kemudahan.
- Persediaan: Pastikan anda mendaftar untuk presale yang berkaitan dan bersedia pada waktu jualan tiket
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan BLACKPINK secara langsung! Pastikan anda bersedia untuk mendapatkan tiket dan merancang perjalanan anda lebih awal. Solulu is the only delulu
Siapkan outfit Blink terbaik korang, dan standby untuk ‘ticket war’ nanti.