Konsert Bernadya Malaysia 2025

Konsert Bernadya di Jakarta
@high_inso di Instagram

Penyanyi pop dan indie terkenal Indonesia, Bernadya akan datang ke Malaysia untuk Konsert Bernadya Untungnya-Untungnya 2025 pada Julai ini ! Konsert ini akan diadakan di dua lokasi iaitu Kuala Lumpur dan Sabah. Sudah pastinya peminat-peminat muzik indie serta fans Bernadya iaitu Bersenadya amat teruja untuk hadir ke konsert kali ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik biasa, tapi pengalaman emosional yang bakal buat anda merasakan “Untungnya aku datang malam ni!”


Kenali Bernadya, Si Gadis Suara Lembut

Bernadya atau nama penuhnya Bernadya Ribka Jayakusuma,
@miobyrda di Instagram

Bernadya atau nama penuhnya Bernadya Ribka Jayakusuma, ialah seorang penyanyi dan penulis lagu muda dari Surabaya, Indonesia. Bernadya bernaung di bawah syarikat Juni Records pada tahun 2022 dan mula dikenali melalui platform digital dan streaming, selepas menghasilkan lagu pertamanya iaitu “Apa Mungkin”. Pada tahun 2024, Bernadya melancarkan album pertamanya berjudul “Sialnya, Hidup Harus Tetap Berjalan” dan mendapat pengiktirafan luas, termasuk memenangi Anugerah Muzik Indonesia.

Antara lagu-lagu hit beliau yang selalu viral di TikTok dan jadi pilihan playlist “galau malam minggu” termasuklah:

  • Satu Bulan
  • Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan
  • Kata Mereka Ini Berlebihan
  • Apa Mungkin

Dengan keunikan suara yang mendayu dan gaya penulisan lirik yang menyentuh jiwa, Bernadya semakin digilai peminat di seluruh Asia Tenggara.


Info Lengkap Konsert Bernadya 2025: Lokasi, Tarikh & Tiket

Poster Konsert Bernadya 2025

Bernadya, kembali ke Malaysia untuk konsert solo istimewa pada tahun ini. Dengan suara yang memukau dan lagu-lagu yang menyentuh hati, Bernadya akan menghiburkan peminat di dua lokasi istimewa:

  • Tarikh: 13 Julai 2025
  • Lokasi 1: Zepp, Kuala Lumpur

  • ​Tarikh: 19 Julai 2025
  • KDCA Hall, Kota Kinabalu, Sabah
  • Penampilan istimewa: Adrian Khalif
  • Penganjur Konsert: Juni Concert, Sembang Kari Entertainment

Cara beli tiket:

  • Tiket telah mula dijual di myticketempire.com.
  • Harga tiket dijangka bermula dari RM189 hingga RM549, bergantung kepada kategori tempat duduk.

Selain persembahan live, konsert ini juga bakal menampilkan merchandise eksklusif, meet & greet untuk pemegang tiket VIP, dan ruang bergambar yang sesuai untuk content IG dan TikTok anda !


Inspo Outfit Konsert Bernadya

Bernadya sering menggayakan outfit berwarna hitam semasa persembahannya, jadi kami sediakan beberapa outfit inspo buat anda:

So, kalau anda seorang yang sedang patah hati, tengah healing, atau cuma nak menikmati muzik—konsert ini untuk anda.

Ikuti ZALORA Blog Malaysia untuk perkembangan tentang konsert-konsert di Malaysia dari semasa ke semasa.