beast konsert malaysia 2025

(Highlight) Beast Konsert Malaysia 2025

Kumpulan K-pop terkenal Highlight, yang dahulu dikenali sebagai BEAST, bakal mengadakan konsert istimewa mereka di Malaysia pada tahun 2025! Semua peminat Beast kumpulan k-pop 2nd gen telah menunggu sekian lama untuk menyaksikan persembahan live kumpulan legenda ini pastinya teruja dengan berita ini. Sosial media sudah trending dengan berita Beast konsert Malaysia 2025 ini!

Tarikh & Lokasi Konsert Highlight Malaysia 2025

beast concert malaysia
@highlightmalaysia/ instagram

📍 Lokasi: Idea Live Arena 3 Damansara
📅 Tarikh: idea live arena 3 damansara
🎫 Tiket mula dijual: Dijangka bermula sekitar Julai 2025 (Tertakluk kepada pengumuman rasmi)

BEAST: Ikon K-Pop Generasi Kedua

beast (higlight)

BEAST, kini dikenali sebagai Highlight, adalah antara kumpulan K-Pop generasi kedua yang paling popular, terutamanya dalam kalangan peminat milenial. Dengan lagu-lagu hit seperti “Fiction”, “Shock”, dan “Beautiful Night”, mereka telah meninggalkan impak besar dalam industri muzik K-Pop.

Beast Konsert Malaysia ini adalah sebahagian daripada Asia Tour <RIDE OR DIE>, yang turut melibatkan beberapa negara lain di Asia seperti Manila, Bangkok dan banyak lagi. Ini menandakan kepulangan mereka selepas lebih sedekad sejak konsert terakhir mereka di Malaysia pada era BEAST!

Highlight: Dulu BEAST, Kini Lebih Matang

kumpulan higlight (beast)

Kumpulan ini terdiri daripada empat ahli iaitu Yoon Doojoon, Yang Yoseob, Lee Gikwang, dan Son Dongwoon – yang masih aktif dalam dunia muzik dan sentiasa mempersembahkan karya berkualiti tinggi. Selepas menukar nama kepada Highlight pada tahun 2017, mereka kembali dengan lagu dan imej yang lebih matang.

Konsert K-pop Kuala Lumpur

Peminat boleh menjangkakan gabungan lagu-lagu klasik dan hits terbaru mereka, serta visual dan koreografi mantap yang menjadi trademark Highlight. Persembahan solo setiap ahli juga sering menjadi kejutan yang dinantikan ramai.

Fans Beast Ini Masanya

Jangan lupa bawa lightstick rasmi Highlight dan hafal fan chant anda! Ia akan jadikan suasana lebih meriah dan memorable. Banyak fanbase Malaysia juga akan menganjurkan fan project khas, jadi pastikan anda ikuti mereka di media sosial.

Follow kami untuk update konsert k-pop di Malaysia!

Beli Baju Konsert Di Zalora Malaysia sekarang!