Good Boy Kdrama: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton!

Poster rasmi Goodboy Kdrama
@primevideomy

Kalau anda penggemar Kdrama, Good Boy adalah drama baharu yang wajib masuk dalam senarai tontonan anda tahun ini! Gabungan wajah popular seperti Park Bo Gum dan Kim So Hyun bukan sahaja membuatkan hati berdebar, tapi juga menjanjikan satu perjalanan cerita yang pasti melekat di ingatan. Jadi, kalau anda sedang tercari-cari drama Korea baharu yang boleh buat anda ‘hooked’ dari episod pertama, ini dia – Good Boy! Jom kita bongkar 5 sebab kenapa anda tak patut lepaskan peluang untuk menonton drama ini!


1. Gandingan Hebat Park Bo Gum dan Kim So Hyun

Pelakon Utama Kdrama Goodboy: Park Bo gum dan Kim So Hyun
@insidekdrama

Kdrama Good Boy mencuri tumpuan dengan barisan pelakon utamanya seperti Park Bo Gum dan Kim So Hyun yang disukai ramai. Park Bo Gum sebelum ini membintangi Kdrama hangat iaitu When Life Gives You Tangerine, kembali dengan watak yang lebih matang dan penuh emosi. Female Lead, Kim So Hyun, aktres jelita yang semakin menyerlah dalam dunia lakonan, membawa watak yang kuat dan berkarakter. Chemistry antara mereka berdua bukan sahaja menyegarkan tetapi juga mencetuskan rasa ingin tahu penonton. Turut membintangi Kdrama ini adalah Lee Sang Yi dan Oh Jung Se.

2. Genre Action-Comedy yang Menghiburkan

Good Boy mengisahkan bekas atlet elit yang terpaksa menamatkan kerjaya sukan mereka akibat kecederaan atau halangan hidup lain, sebelum direkrut ke dalam unit khas polis. Park Bo-gum membawa watak Yoon Dong-ju, seorang juara tinju Olimpik yang hidupnya berubah selepas satu insiden mengejutkan dan memulakan hidup baru sebagai anggota polis. Ji Han-na lakonan Kim So-hyun, seorang penembak Olimpik terkenal yang menarik diri daripada dunia sukan selepas mengalami kejutan besar. Bersama bekas atlet lain, mereka menggunakan kepakaran fizikal dan semangat bersaing mereka untuk membanteras jenayah ganas dan rasuah—membentuk pasukan “Olympic Avengers” yang unik, yang mampu menegakkan keadilan dengan cara yang luar biasa berbanding polis biasa.


3. Visual Sinematografi yang Memukau

Satu lagi kekuatan Good Boy terletak pada kualiti visualnya. Pengarahnya, Sim Na Yeon berjaya menghasilkan suasana yang sangat sinematik – dari pencahayaan, ton warna hingga ke sudut kamera yang artistik. Setiap babak dirakam dengan begitu teliti sehingga terasa seperti menonton filem di layar perak. Ia bukan sahaja seronok ditonton, malah berjaya mengangkat emosi watak dan intensiti cerita dengan cara yang halus dan mendalam.


4. Soundtrack yang Menyentuh Jiwa

Apa itu Kdrama tanpa OST yang menusuk kalbu? Good Boy tampil dengan barisan lagu latar yang bukan sahaja sesuai dengan mood cerita, tetapi juga memberikan kesan mendalam kepada emosi penonton. Lagu-lagu balada dan juga pop yang dimainkan dalam babak-babak penting menjadikan momen tersebut lebih terasa – seolah-olah anda sendiri berada dalam cerita. Antara lagu OST drama ini, Get in The Ring dinyanyikan oleh Max. Walaupun senarai OST drama ini belum dikeluarkan sepenuhnya, namun pastinya lagu lagu drama ini pasti tidak mengecewakan.


5. Isu Sosial dan Psikologi yang Relevan

Selain hiburan, Good Boy juga mengetengahkan pelbagai isu sosial dan psikologi yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini – dari tekanan hidup, trauma silam, hingga kepada pencarian identiti diri. Drama ini memberi ruang untuk penonton merenung semula tentang kehidupan, pilihan yang kita buat, dan bagaimana kita menangani kegelapan dalam diri sendiri. Ia bukan sekadar tontonan ringan, tapi juga mampu menyentuh jiwa dan mengajak kita berfikir lebih dalam.


Waktu dan Platform Siaran

  • Hari Siaran : Sabtu dan Ahad
  • Waktu Siaran: 10:40 pm
  • Platform Pengstriman: Amazon Prime, JTBC
  • Bilangan Episod: 16

Good Boy sememangnya antara drama Korea yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jangan tunggu lama-lama! Pastikan anda tonton Kdrama Good Boy yang sedang trending di platform penstriman kini. Siap sedia untuk ketawa, jatuh hati dan mungkin juga… menitiskan air mata.