Ejen Ali Movie 2: Tayangan Hangat di Pawagam

Penantian kini berakhir buat semua peminat setia animasi terkenal Malaysia, Ejen Ali! Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria akan menemui penonton di pawagam bermula 22 Mei 2025 ini. Animasi arahan Muhammad Usamah Zaid ini merupakan sekuel daripada Ejen Ali Movie yang pertama ditayangkan pada tahun 2019 dan akhirnya akan ditayangkan di pawagam terpilih di Malaysia !

Sebelumnya, tayangan movie pertama Ejen Ali berjaya mengutip kutipan melebihi RM30 juta dan memenangi anugerah Arahan Terbaik bagi kategori Fiksyen menerusi pengarahnya di Asian Academy Creative Awards pada tahun 2020 dan Filem Box Office Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM31).

Tayangan Ejen Ali The Movie 2 kali ini dijangka untuk menggegarkan lagi industri dengan kutipan yang lebih tinggi di pawagam serta mengungguli anugerah anugerah perfileman seperti movie yang pertama malah mungkin melangkaui jangkaan.

Tarikh, Venue dan Info Lain

Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria akan ditayangkan pada 22 Mei 2025 di pawagam terpilih seperti GSC dan TGV
Instagram/@ejen_ali

Tarikh Tayangan : 22 Mei 2025

Venue : Pawagam terpilih di Malaysia termasuk GSC dan TGV

Genre: Animasi, Action, Sci-Fi, Komedi

Produksi: WAU Animation, Primework Studios, Komet Production

Pengarah: Muhammad Usamah Zaid, Nazmi Yatim (Co-Director)

Suara Latar: Ida Rahayu sebagai Ali, Noorhayati Maslini sebagai Alicia, Shafiq Isa sebagai Ejen Bakar

Trailer dan Sinopsis

Sinopsis movie:

Ejen Ali dilantik sebagai juruterbang Projek Satria, sebuah sut berperisai canggih yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) untuk mengoptimumkan prestasi fizikal dan mental ejen MATA dalam misi rahsia. Namun, kemunculan ancaman baharu bernama Neonimus menguji kesetiaan dan keberanian Ali. Dengan teknologi baharu di tangannya, Ali harus berdepan cabaran yang lebih besar demi keselamatan Cyberaya dan rakan-rakannya.

Semestinya, movie terbaru Ejen Ali kali ini dihasilkan daripada penggunaan teknologi yang lebih canggih dari segi penyuntingan animasinya dan akan menjanjikan visual visual yang lebih menarik dan nampak lebih real buat penonton untuk pengalaman yang lebih mengujakan.

Jadi, jangan tunggu lagi dan dapatkan tiket Ejen Ali Movie 2 anda dengan segera di pawagam berhampiran anda.

Bertindak segera !