Anugerah Melodi Terhangat 2025: Senarai Penuh Pemenang

Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) kembali menggamatkan industri hiburan tempatan! Berlangsung penuh meriah pada 3 Ogos 2025, di Dewan Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), acara ini dikendalikan oleh dua pengacara berkaliber, Ain Edruce dan Fikry Ibrahim. Anugerah berprestij ini turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan platform penstriman Tonton.

Daiyan Trisha ungguli Anugerah Utama, BASS menang Best Couple

Anugerah Melodi Terhangat 2025: Senarai Penuh Pemenang

Dengan tema unik “Hangat Bukan Beshe-Beshe!”, edisi terbaharu AMT tampil lebih relevan dan segar dengan mengetengahkan 12 kategori utama — bukan sahaja menilai populariti dalam dunia hiburan tradisional, malah memberi pengiktirafan kepada pengaruh besar para selebriti di media sosial serta impak momen viral sepanjang tahun.

Daiyan Trisha mencuri tumpuan Anugerah Melodi Terhangat 2025 apabila membawa pulang trofi utama Anugerah Melodi Terhangat. Beliau turut dinobatkan sebagai Selebriti Stailo Terhangat. Pasangan sensasi Bella Astillah dan Syed Saddiq — atau dikenali sebagai BASS, menepati jangkaan ramai apabila diumumkan sebagai pemenang Selebriti Couple Goals Terhangat.

Barisan penyampai trofi terdiri daripada nama-nama besar dan personaliti berpengaruh termasuk Che Puan Sarimah, Faizal Hussein, Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri, Fattah Amin, Siti Hariesa, Hisham Hamid, Dolla, De Fam, Christy Ng, Ceddy Ng, serta pasangan tumpuan ramai, Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Malam anugerah turut diserikan dengan barisan persembahan memukau daripada Iman Troye, Ara Johari, Dukes, Mary Grave, Kai Deva, Feminin, Wani Kayrie, Umairah, Sarah Suhairi, De Fam, Marsha Milan, Ella, Anuar Zain, Hael Husiani serta bintang Indonesia, Fajar Noor.

Senarai penuh Pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025):

  • Anugerah Melodi Terhangat 2025 – Daiyan Trisha
  • Selebriti Couple Goals Terhangat – Bella Astillah & Syed Saddiq
  • Selebriti Ikon Terhangat – Siti Saleha
  • Selebriti Feminin Terhangat – Sophia AlBarakbah
  • Selebriti Drama Sangat Terhangat – Che Puan Sarimah
  • Pilihan Proton X50 Superstar – Keymi HOTFM
  • Selebriti Viral Terhangat – Rosyam Nor
  • Selebriti Maskulin Terhangat – Fattah Amin
  • Selebriti Trending Terhangat – Cik Epal
  • Selebriti Newcomer Terhangat – Zarif Ghazzi
  • Selebriti Stailo Terhangat – Daiyan Trisha
  • Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat – Khai Bahar
  • Tonton Original Terhangat – BRU

Semua pemenang AMT 2025 ditentukan sepenuhnya menerusi undian atas talian yang dijalankan di laman rasmi http://www.tonton.com.my. Proses pengundian dibuka kepada orang ramai bermula 5 Julai hingga 31 Julai lalu.