Tahun Hijrah baharu bakal menjelang, dan bagi umat Islam di seluruh dunia ianya hari yang sangat penting dan membawa makna yang mendalam. Tahun ini, Awal Muharam 1447H jatuh pada 27 Jun 2025, merupakan waktu terbaik untuk kita melakukan refleksi diri, memperbaharui azam, dan memohon keberkatan daripada Allah SWT. Mari kita hayati bersama erti sebenar awal Muharam dalam Islam, serta amalan dan doa yang dianjurkan.
Apa Itu Awal Muharam?

Awal Muharam atau dikenali sebagai Maal Hijrah, merupakan permulaan tahun baru dalam kalendar Islam. Ia menandakan masuknya bulan pertama dalam sistem penanggalan Hijrah. Dalam Islam, ianya juga merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini bukan sekadar perpindahan dari sebuah tempat ke tempat yang lain, tetapi simbol kepada perjuangan menegakkan agama, menuntut kebebasan beribadah dan membina peradaban Islam yang gemilang.
Amalan Ketika Awal Muharam
Antara amalan yang disarankan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, termasuk:
- Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun: Dibaca masing-masing selepas Asar pada 30 Zulhijjah dan selepas Maghrib pada 1Muharam.
- Puasa Sunat Hari Asyura : Terutamanya pada 9,10 dan 11 Muharam (Hari Tasu’a & Hari Asyura).
- Zikir dan Istighfar: Perbanyakkan zikir, istighfar dan selawat.
- Membaca Alquran: Membaca Al-Quran, terutamanya selepas solat fardhu
- Muhasabah Diri dan Perbetulkan Niat: Renung kembali perbuatan, memperbetulkan arah tujuan dan menetapkan azam kehidupan
Doa Akhir Tahun
“Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hadzihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba’da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da’autani ilat taubati min ba’di jara’ati ‘ala ma’shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirlî wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa’attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha’ raja’i minka ya karim.
Maksudnya: “Ya Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini termasuk yang Engkau larang sementara aku belum sempat bertaubat, perbuatanku yang Engkau maklumi karena kemurahanMu sementara Engkau mampu menyiksaku, dan perbuatan (dosa) yang Engkau perintahkan untuk taubat sementara aku menerjangnya yang bererti mendurhakaiMu. Kerananya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. Ya Tuhanku, aku berharap Engkau menerima perbuatanku yang Engkau redhoi di tahun ini dan perbuatanku yang terjanjikan pahalaMu. Janganlah pupuskan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Doa Awal Tahun
“Allahumma antal abadiyyul qadîmul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azhimi wa karimi judikal mu’awwal. Hadza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’i, wal isytighala bima yuqarribuni ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”
Maksudnya: “Ya Tuhanku, Engkau yang Abadi, Qadim, dan Awal. Atas karuniaMu yang besar dan kemurahanMu yang mulia, Engkau menjadi pintu harapan. Tahun baru ini sudah tiba. Aku berlindung kepadaMu dari pujukan iblis dan para walinya di tahun ini. Aku pun mengharap pertolonganMu dalam mengatasi nafsu yang kerap mendorongku berlaku jahat. KepadaMu, aku memohon bimbingan agar urusan keseharian mendekatkanku pada rahmatMu. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan.”
Bersempena awal Muharam ini, marilah kita luangkan masa untuk berdoa, bermuhasabah, dan mulakan tahun baharu dengan semangat dan azam yang baik. Semoga doa kita panjatkan menjadi asbab kebaikan berpanjangan sepanjang tahun.
Selamat Menyambut Awal Muharam 1447H dari ZALORA Blog Malaysia