Trend intimate wedding ini bukan lagi sekadar pilihan alternatif, tetapi telah menjadi satu fenomena yang disukai ramai, terutamanya generasi muda yang lebih menghargai pengalaman berbanding kemewahan semata-mata.
Namun begitu, walaupun nampak mudah, intimate wedding juga perlukan perancangan yang rapi untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku semasa hari bahagia anda. Sudah pasti anda ingin menikmati hari anda bergelar raja sehari dengan tenang.

Jadi, jangan gelisah dan khuatir. Kami dah senaraikan senarai apa yang patut anda buat (Do’s) dan apa yang patut dielakkan (Don’ts) supaya majlis kecil anda berjalan lancar dan penuh makna. Haa, jom sama sama kita tengok satu persatu.
Do’s untuk Intimate Wedding
1. Tetapkan Bajet yang Realistik
Jangan ingat majlis kecil tak perlukan bajet! Tetapkan bajet awal-awal supaya anda tahu berapa yang boleh dibelanjakan untuk setiap aspek seperti makanan, dekorasi, dan fotografi.
Anda boleh gunakan Spreadsheet untuk senaraikan segala keperluan beserta bajet anda. Bajet yang anda buat ini akan pastikan anda on track dengan spending korang supaya nanti tak over spend!
2.Kenalpasti Lokasi yang Sesuai
Lokasi memainkan peranan penting. Kenalpasti dan berbincang bersama ahli keluarga tentang lokasi untuk mengadakan majlis pernikahan, majlis belah pengantin perempuan dan majlis belah pengantin lelaki. Pilih lokasi majlis mengikut bajet dan keselesaan contohnya di rumah, masjid, dewan serbaguna, taman tertutup atau hotel.
Paling penting, buat survey dulu tentang setiap lokasi yang dipilih. Tengok rating dan juga feedback dari pelanggan sebelumnya supaya intimate wedding anda tidak bertukar menjadi nightmare!
3.Pilih Warna dan Tema Wedding
Ini step paling crucial untuk plan wedding anda. Pilih tema dan warna yang bersesuaian dengannya supaya momen intimate wedding anda lebih indah. Bila dah pilih warna dan tema, lagi mudah untuk rancang pakaian pengantin, pakaian ahli keluarga, pakaian bridesmaid, pakaian tetamu serta dekorasi majlis.
Selalunya, pengantin mesti nak tetapkan warna pakaian para tetamu agar sedondon dengan tema. Untuk pastikan semua tetamu mematuhi, letakkan nota di kad jemputan tentang warna tema untuk majlis anda. Untuk bridesmaid pula, pengantin boleh sediakan pakaian supaya tiada yang overshadow semasa majlis!
4. Sediakan Senarai Tetamu Eksklusif
Memandangkan intimate wedding hanya melibatkan tetamu terdekat, buat senarai jemputan dengan berhati-hati. Fokus kepada keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja untuk mengekalkan keintiman majlis.
Hantarkan RSVP kepada jemputan anda melalui Whatsapp untuk kenalpasti berapa ramai yang akan hadir. Ini akan memudahkan anda untuk tempah makanan di katering.
5. Persiapan Diri yang Rapi dan Teratur
Jangan lupa buat step ini kalau nak intimate wedding impian anda menjadi kenyataan. Pastikan persiapan pengantin kemas dan teratur sebelum dan semasa majlis. Upah makeup artis yang betul betul certified dan sediakan mood board untuk dapatkan makeup look idaman anda.
Kalau ada bajet lebih, upah bride assistant untuk assist anda sepanjang majlis. Jadi, anda dapat jalani intimate wedding anda dengan selesa dan tenang.
6. Dokumentasikan Kenangan
Walaupun majlis anda berlangsung secara kecil-kecilan, setiap momen yang berlaku adalah sangat berharga. Lebihkan sedikit bajet anda untuk hire profesional photographer dan videographer untuk merakam momen indah intimate wedding anda.
Sediakan mood board untuk photographer supaya gambar dan video yang dirakam menepati citarasa anda. Jadi, takdelah anda bad mood setiap kali tengok gambar kahwin. Boleh disimpan kenangan hingga anak cucu!
Don’ts untuk Intimate Wedding
1. Elakkan Overinvite
Benda paling asas tapi selalu sangat terjadi. Jika bajet anda dan pasangan cukup untuk menjemput 100 orang sahaja, anda perlu strict dengan jemputan anda. Kalau terlebih jemputan, risau akan melebihi bajet anda. Paling penting, elakkan jemputan melalui mulut, risau nanti berganda ganda terlebih jemputannya.
2. Elakkan Last Minute Planning
Majlis kecil bukan bermaksud boleh plan last minute. Buat perancangan sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum tarikh majlis kalau taknak majlis anda jadi carca merba!
3. Elakkan Persiapan DIY
Buat sendiri (DIY) memang boleh jimat, tapi kalau tak biasa buat, boleh makan diri. Contohnya, anda nak menggubah sendiri jambangan bunga untuk hari perkahwinan anda last-last, stress sendiri sebab hasil tak jadi macam yang dibayangkan.
4. Jangan Abaikan Mood dan Keselesaan Tetamu
Walaupun majlis kecil, jangan ambil ringan bab keselesaan. Pastikan tempat selesa, makanan cukup, dan susun atur tak sempit. Jika dibuat ditempat tertutup, pastikan aircond dan kipas berfungsi dengan baik.
5. Jangan Buat Semua Sendiri
Ramai pasangan rasa sebab majlis kecil, mereka boleh uruskan semua sendiri. Dari perhiasan majlis sehinggalah persiapan sendiri semuanya nak buat sendiri. Nampak seperti mudah tapi realitinya, wedding day tetap memenatkan dan banyak benda nak jaga.
6. Tiada Backup Plan
Kalau plan majlis dekat taman, tepi pantai atau kawasan terbuka, tolong jangan bergantung pada harapan sahaja. Sediakan pelan B.
Akhir kata, intimate wedding adalah pilihan yang sangat personal dan unik. Ia memberi ruang untuk anda fokus pada apa yang benar-benar penting. Jangan takut untuk buat keputusan yang sesuai dengan hati anda, walaupun mungkin tak ikut trend atau expectation orang lain. So, plan smart, stay chill, dan enjoy setiap detik dalam perjalanan menuju hari bahagia anda! 💖
Cari persiapan hari bahagia anda seperti busana pengantin, kasut dan hantaran kahwin di ZALORA sekarang !