Buy Now Pay Later – Trend atau Perlu?

Kalau anda selalu shopping online, mesti pernah nampak pilihan ‘Buy Now Pay Later’ waktu nak checkout – sama ada dari Atome, PayLater by Grab, dan terbaru TikTok Pay Later. “Swipe dulu, bayar kemudian!” – bunyi macam mudah kan? Tapi adakah Buy Now Pay Later (BNPL) satu trend untuk kita rasa FOMO(Fear of Missing Out) atau satu keperluan moden?


Kenapa Buy Now Pay Later Jadi Pilihan?

Buy Now Pay Later – Trend atau Perlu?

Buy Now Pay Later (BNPL) ialah satu perkhidmatan yang menawarkan bayaran ansuran kepada pembelian atas talian. Ianya menjadi pilihan ramai kerana BNPL adalah mesra poket. Sesetengah situasi,apabila gaji atau wang belanja habis di pertengahan bulan tapi keperluan mendesak, BNPL menjadi penyelamat.

Contohnya, pelajar universiti yang perlu beli laptop untuk kelas online. Dengan BNPL, mereka boleh miliki gajet penting itu dan bayar secara bulanan, tanpa perlu tunggu cukup simpanan. Begitu juga ibu bapa muda yang perlukan barangan bayi segera.

Tambahan pula, majoriti perkhidmatan BNPL menawarkan bayaran ansuran tanpa faedah selama 3 hingga 12 bulan tanpa memerlukan slip gaji, dan boleh diluluskan dalam masa beberapa minit. Tak hairanlah ia jadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi apabila ekonomi masih belum stabil sepenuhnya.


Antara Trend & Perangkap Kewangan

Buy Now Pay Later – Trend atau Perlu?

Walaupun BNPL nampak menarik, ia datang dengan tanggungjawab besar. Terlalu ramai yang menggunakan BNPL bukan sebab perlu, tapi sebab terpengaruh – dengan promosi, diskaun, atau sekadar ikut trend. Ramai pengguna mengaku mereka mula guna BNPL untuk rasa mampu membeli barangan yang trending akibat perasaan FOMO.

Apabila terlalu kerap berbelanja menggunakan BNPL, komitmen bayaran boleh jadi bertindih. Tanpa mereka sedar bahawa komitmen bertambah untuk melakukan beberapa pembayaran bulanan serentak yang boleh menjejaskan kewangan harian.

Lebih membimbangkan, tidak semua pengguna sedar bahawa kegagalan membayar tepat pada masa boleh memberi kesan kepada rekod kredit. Jadi, walaupun BNPL tidak memerlukan kad kredit, ia tetap datang dengan risiko kewangan jangka panjang jika tidak dikawal dengan baik.


Jadi, Adakah BNPL Trend atau Perlu?

Jawapannya: bergantung kepada cara anda menggunakannya. Kalau anda gunakan BNPL untuk pembelian penting, dengan perancangan bajet yang jelas dan disiplin untuk bayar tepat masa, ia boleh jadi satu alat kewangan yang membantu. Tapi jika digunakan secara impulsif atau sekadar untuk gaya hidup, ia boleh bertukar menjadi beban yang memeningkan kepala. Lebih parah, anda boleh diisytiharkan muflis sekiranya tidak dapat membayar semula perkhidmatan BNPL.


Tips Guna BNPL dengan Bijak:

  • Gunakan hanya untuk pembelian penting dan bernilai tinggi
  • Pastikan mampu bayar ansuran setiap bulan
  • Jangan guna lebih daripada satu platform BNPL serentak
  • Semak terma & syarat sebelum setuju

Apa yang penting, kita perlu ada financial awareness yang baik. Jangan ikut trend semata-mata dan manfaatkan kelebihan BNPL ini untuk perbelanjaan yang perlu. Jadilah pengguna yang berhemah dalam berbelanja agar kelak tidak terperangkap dalam hutang yang boleh membebankan anda.

Guna BNPL di ZALORA

Nak shopping bergaya tanpa beban sekaligus? Di ZALORA, anda boleh nikmati kemudahan Buy Now Pay Later (BNPL) menggunakan Atome dengan bayaran 3 ansuran tanpa faedah. Dengan hanya beberapa klik semasa checkout, anda boleh miliki pelbagai koleksi fesyen terkini dari ZALORA – dari pakaian harian, kasut trendy hingga aksesori eksklusif – dan bayar secara fleksibel mengikut kemampuan. Jom shopping sekarang dan nikmati diskaun dan promosi eksklusif apabila anda gunakan BNPL di ZALORA.

Bookmark artikel ini dan kongsikan kepada rakan-rakan yang memerlukan kesedaran kewangan.