Bacaan Doa Qunut Subuh Yang Betul

Doa Qunut adalah salah satu doa yang dibaca dalam solat Subuh. Doa Qunut dibaca setelah ruku’ dalam rakaat terakhir. Ketika kita berdiri dihadapan Allah, kita memohon pertolongan-Nya, bimbingan-Nya, dan rahmat-Nya dalam kehidupan kita. Doa Qunut ini merupakan ucapan dari hati yang penuh kesungguhan kepada Allah SWT. 

Bacaan Doa Qunut Subuh Yang Betul
@pexels

Bacaan ini mengandungi doa agar Allah memberikan perlindungan, petunjuk, dan kemudahan dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Serta memohon agar Allah menjauhkan kita dari segala bencana dan musibah yang mungkin menimpa umat manusia. 

Terdapat tiga jenis Qunut dalam solat iaitu :

  • Qunut dalam solat Subuh
  • Doa Qunut dalam solat witir Ramadhan
  • Qunut Nazilah

Apakah Hukum Membaca Doa Qunut?

Hukum membaca doa qunut adalah sunat mengikut mazhab Syafi’i dan Maliki. Jika kita terlupa untuk membacanya ketika solat, hendaklah melakukan sujud sahwi. Namun jika terlupa untuk melakukan sujud sahwi, solat Subuh tetap dikira sah.


Bacaan dan Terjemahan Doa Qunut Yang Betul

1. Bacaan Doa Qunut Pendek

Berdasarkan Kitab Al-Adzkar karya Imam an-Nawawi, berikut bacaan doa Qunut versi pendek:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِيَ وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ .

Doa Qunut Pendek Rumi :

Allaahummah dinii fii man hadaits, wa ‘aafiinii fii man ‘aafaits, wa tawallanii fii man tawallaits, wa baarik lii fii maa a’thaits, wa qi nii syarra maa qadlaits, fa innaka taqdli wa laa yuqdlaa ‘alaik, wa innahuu laa yadzillu mau waalaits, tabaarakta rabbanaa wa ta’aalits

Maksudnya: “Ya Allah, berilah aku petunjuk di antara orang-orang yang Engkau beri petunjuk, berilah kesejahteraan kepadaku di antara orang-orang yang Engkau beri kesejahteraan, tolonglah aku di antara orang-orang yang kau beri pertolongan, berikanlah keberkahan kepadaku pada apa-apa yang Engkau berikan kepadaku, dan peliharalah aku dari keburukan yang Engkau putuskan, karena sesungguhnya Engkau memutuskan dan tidak diputuskan atas-Mu, dan tiada kehinaan kepada orang yang telah Engkau tolong, Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami, lagi Maha Tinggi.”

Kenapa Baca Doa Qunut Pendek?

Doa Qunut Pendek dibaca dalam solat Subuh sebagai cara memohon petunjuk, keselamatan, perlindungan serta keberkatan daripada Allah SWT. Dalam mazhab Syafi’i dan Maliki, amalan membaca qunut Subuh dianggap sunnah muakkad. Jika seseorang belum menghafal qunut yang lebih panjang, mereka dibenarkan membaca versi ringkas atau doa lain yang mengandungi permohonan kebaikan.


2. Bacaan Doa Qunut Panjang

Untuk bacaan doa Qunut Subuh versi panjang sebagai berikut:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيْمَنُ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي بِرَحْمَتِكَ شَرَّمَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمّي وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَ سَلَّم

Doa Qunut Panjang Rumi:

Allaahummahdinii fiiman hadaita, wa ‘aafinii fiman ‘aafaita, wa tawallanii fii man tawallaita, wa baarik lii fiimaa a’thaita, wa qinii bi rahmatika syarra maa qadhaita fa innaka taqdhii wa laa yuqdhaa ‘alaika, wa innahu laa yadzillu man waalaita, wa laa ya’izzu man ‘adaita, tabaarakta rabbanaa wa ta’aalaita, fa lakal hamdu ‘alaa maa qadhaita, astahgfiruka wa atuubu ilaika, wa shallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin-nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa alihi wa shahbihi wasallama

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk seperti orang-orang telah Engkau beri petunjuk. Berilah aku kesihatan, seperti orang-orang yang telah Engkau beri kesihatan. Pimpinlah aku bersama orang-orang yang telah Engkau pimpin. Limpahkanlah keberkahan kepada apa saja yang telah Engkau berikan kepadaku. Peliharalah aku dengan kasih sayang-Mu dari segala keburukan apa-apa yang telah Engkau putuskan (tetapkan), karena sesungguhnya Engkau-lah yang memberikan ketentuan dan tidak ada yang bisa memberikan ketentuan (keputusan) atas diri-Mu. Sesungguhnya tidaklah akan hina orang-orang yang telah Engkau berikan kekuasaan, dan tidaklah akan mulia orang yang telah Engkau musuhi, Maha Berkah lah Engkau dan Maha Luhur lah Engkau. Segala puji bagi-Mu atas apa yang telah Engkau tetapkan. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan keselamatan (sholawat) atas diri junjungan kami. Nabi Muhammad, dan juga atas keluarga dan para sahabatnya.”

Berikut adalah bacaan doa Qunut yang betul ketika solat Subuh . Mari kita perbaki cara membaca doa Qunut yang betul, semoga diberi ganjaran dari Tuhan.

Credit : Zalora Blog Indonesia

Revised and updated by: NurLaila Najwa

Cari perlengkapan solat dari telekung, kain pelikat, jubah , sejadah di Zalora muslim wear koleksi!