Amalan Zulhijjah: Keutamaan & Niat Puasa Zulhijjah

Amalan Zulhijjah: Kelebihan & Niat Puasa Zulhijjah

Bulan Zulhijjah adalah salah satu bulan yang sangat mulia dalam Islam. Sepuluh hari pertama dzulhijjah memiliki keutamaan besar, di mana umat Islam dianjurkan memperbanyak amalan soleh seperti berzikir, berdoa, bersedekah, dan berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (10 hari pertama Zulhijjah).” (HR. Bukhari)

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah’

puasa sunat zulhijjah
@pexels
  1. Berpuasa Sunat
    Disunatkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah, terutama pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Puasa Zulhijjah 2025 dijangka bermula 30 Mei 2025, manakala puasa Arafah 2025 dijangka pada 7 Jun 2025.
  2. Bertakbir, Bertahmid & Bertasbih
    Perbanyakkan takbir, tahmid, tahlil dan tasbih sepanjang 10 hari ini.
  3. Solat Sunat
    Tingkatkan solat sunat seperti Dhuha, Tahajjud dan Witir.
  4. Membaca Al-Quran
    Luangkan masa membaca dan menghayati Al-Quran.
  5. Berdoa & Beristighfar
    Perbanyakkan doa dan memohon keampunan daripada Allah.
  6. Bersedekah
    Gandakan amalan sedekah kepada yang memerlukan.
  7. Berbuat Baik kepada Ibu Bapa
    Tingkatkan layanan dan doa kepada ibu bapa.
  8. Menjaga Silaturahim
    Hubungkan silaturahim dengan keluarga dan sahabat.
  9. Melakukan Ibadah Korban
    Bagi yang mampu, laksanakan ibadah korban pada 10 Zulhijjah.
  10. Menjauhi Maksiat
    Jaga diri daripada perbuatan dosa dan maksiat.

Bagi yang ingin mendapatkan ganjaran di bulan dzulhijjah ini berikut adalah niat puasa zulhijjah :

Nawaitu sauma ghadin ‘an ada’i sunnati dzil hijjah lillahi ta’ala.
(Sahaja aku berpuasa sunat Zulhijjah kerana Allah Ta’ala.)

Niat puasa arafah :

Nawaitu sauma ghadin ‘an ada’i sunnati ‘arafah lillahi ta’ala.
(Sahaja aku berpuasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala.)

Kelebihan Orang yang Melakukan Korban

Orang yang melakukan ibadah korban mendapat ganjaran besar di sisi Allah. Setiap titisan darah haiwan korban akan menjadi saksi di akhirat. Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahar (Aidiladha) yang lebih disukai Allah selain dari menumpahkan darah (korban).” (HR. Tirmizi)

Bagi yang berniat melakukan korban, disunatkan untuk tidak memotong rambut dan kuku bermula 1 dzulhijjah hingga selesai korban.

Semoga kita semua mendapat kebaikan di bulan ini.

Baca Juga: