Hari Arafah adalah antara hari yang paling mulia dalam kalendar Islam. Ia jatuh pada 9 Zulhijjah, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Di Malaysia, Hari Arafah 2025 bakal jatuh pada Jumaat 5 Jun 2025.
Waktu ini merupakan waktu di mana jemaah haji berkumpul di Padang Arafah, menunaikan salah satu rukun haji yang utama. Tetapi bagi kita yang tidak menunaikan haji, ia juga memberi peluang besar untuk meraih pahala dan keampunan Allah SWT melalui pelbagai amalan sunnah.
Kenapa Hari Arafah Sangat Istimewa?

Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada hari yang Allah paling banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka selain Hari Arafah.” (HR Muslim)
Bahkan, doa yang dipanjatkan pada hari ini juga sangat mustajab. Ramai yang menyifatkan Hari Arafah sebagai “waktu doa diterima”, menjadikannya waktu terbaik untuk memohon segala hajat dunia dan akhirat.
Baca Juga :
Amalan-Amalan Disarankan pada Hari Arafah
1. Berpuasa
Puasa sunat Arafah sangat digalakkan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Ia dikatakan dapat menghapuskan dosa tahun sebelumnya dan tahun akan datang. (HR Muslim)
2. Berzikir & Bertakbir
Perbanyakkan bacaan:
- Subhanallah
- Alhamdulillah
- Lailahaillallah
- Allahuakbar
Takbir Arafah juga bermula dari Subuh 9 Zulhijjah hingga Asar 13 Zulhijjah – amalan ini menambahkan semangat dan mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT.
3. Berdoa Sungguh-sungguh
Gunakan waktu mustajab ini untuk berdoa. Mintalah keampunan, keberkatan, jodoh, rezeki, dan kesejahteraan untuk diri serta keluarga.
4. Membaca Al-Quran & Bersedekah
Amalan membaca al-Quran dan bersedekah juga digalakkan. Gandaan pahala yang dijanjikan Allah pada hari ini sangat besar.
Hari Terbaik, Doa Terbaik
Jangan sia-siakan hari istimewa ini – ia hanya datang sekali setahun. Dengan hati yang ikhlas dan jiwa yang tenang, mohonlah segala hajat. Mungkin inilah hari doa kita terjawab.