Minggu ni long weekend tapi tak tahu aktiviti menarik hujung minggu ini? Jangan risau, kami akan spill untuk anda!
Kita bakal menyambut hujung minggu panjang sempena beberapa cuti umum iaitu Pesta Kaamatan (30โ31 Mei) di Sabah & Labuan, Hari Gawai (1โ2 Jun) di Sarawak, serta Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (2 Jun) untuk seluruh negeri. Inilah masa terbaik untuk kita rehat, berjalan-jalan dan meluangkan masa bersama yang tersayang! Berikut senarai aktiviti menarik yang boleh anda kunjungi minggu ini!
1. Pet Expo Malaysia 2025 โ Mid Valley KL

- Tarikh: 30 Mei โ 2 Jun
- Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)
- Bayaran Masuk: RM5 sahaja
Untuk pencinta haiwan, Pet Expo kembali lagi dengan pelbagai booth menarik, pertunjukan haiwan, dan promosi produk haiwan peliharaan.
2. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) โ WTCKL

- Tarikh: 26 Mei โ 3 Jun
- Lokasi: World Trade Centre Kuala Lumpur
Jom serbu pesta buku terbesar di Malaysia! Banyak diskaun buku, sesi bersama penulis terkenal, dan aktiviti interaktif untuk pengunjung. Sangat sesuai sepanjang cuti sekolah ini!
3. Festival Kraf Pantai Timur
- Tarikh: 22 Mei โ 3 Jun
- Lokasi: East Coast Mall
Sokong produk tempatan! Dapatkan pelbagai kraftangan dari negeri Pantai Timur serta tonton demo secara langsung.
4. Asia Road Racing Championship

- Tarikh: 30 Mei โ 1 Jun
- Lokasi: Litar Antarabangsa Sepang
Aksi perlumbaan motosikal paling mendebarkan di Asia, disertai pelumba profesional serata benua. Tiket boleh didapati secara atas talian.
5. Sambutan Pesta Kaamatan & Hari Gawai
- Kaamatan: 30โ31 Mei
- Gawai: 1โ2 Jun
Dua perayaan budaya terbesar di Malaysia Timur! Di Sabah & Sarawak, nikmati perarakan pakaian tradisional, tarian sumazau dan ngajat, pertandingan Unduk Ngadau, serta makanan etnik tempatan. Kalau anda di Kl, anda boleh ke Pasar seni untuk pesta yang menarik!
6. Karnival Kompleks Kraf Langkawi
- Tarikh: 28 Mei โ 1 Jun
- Lokasi: Kompleks Kraf Langkawi
Langkawi bukan sekadar pantai โ sertai karnival kraf dengan pelbagai aktiviti kreatif dan jualan produk artisan tempatan.
Tip Cuti Panjang: Pastikan rancang perjalanan lebih awal! Jalan raya dan penginapan mungkin sesak sebab ramai ambil peluang cuti ini untuk bercuti bersama keluarga.
Nak healing ke hutan, beli buku baharu, atau tengok aksi sukan ekstrem โ semuanya ada minggu ni.
Pilih aktiviti anda dan nikmati long weekend dengan penuh gaya!
Kalau anda memilih untuk reset duduk dirumah pun tiada masalah! Anda boleh window shopping online di ZALORA! Ada banyak tawaran hebat mid year fashion sale!