pakaian-tradisional-hari-gawai

Pakaian Tradisional Hari Gawai Gaya Alisa Spencer


Hari Gawai adalah perayaan tahunan yang disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak, termasuk etnik Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu. Perayaan ini disambut setiap 1 Jun untuk meraikan tamatnya musim menuai dan permulaan musim baru. Selain adat resam dan makanan tradisional, salah satu aspek paling menyerlah dalam sambutan ini ialah pakaian tradisional Hari Gawai yang penuh warna dan simbolik.

Jika anda berasal dari Sarawak, pasti tidak asing lagi dengan nama Alisa Spencer seorang penyampai radio dan juga content creator yang viral di Instagram dan Tiktok. Sempena Hari Gawai yang bakal tiba mari kita kenali pakaian tradisional Hari Gawai bersama Alisa Spencer yang berasal dari kaum Iban, Sarawak.

1. Ngepan Iban – Busana Tradisional Kaum Iban


Salah satu busana tradisional kaum Iban yang paling ikonik ialah Ngepan Iban. Wanita akan memakai kain karap, marik empang (rantai manik yang besar dan berlapis), dan aksesori tembaga di lengan serta pinggang. Penampilan ini bukan saja menarik mata, malah menggambarkan status, keunikan kampung asal dan cerita keluarga mereka.


Ngepan Iban full detail

Baru-baru ini Alisa menggayakan full set Ngepan Iban bagi Borneo Native Festival di Central Market Kuala Lumpur. Pakaian ini terdiri daripada komponen penting seperti :

  • Sugu tinggi (aksesori kepala)
  • Baju raban (top bersulam emas)
  • Tumpa antik (rantai logam)
  • Kain kebat (kain tenunan tangan yang sarat motif)
  • Selampai dan aksesori tembaga seperti gelang kaki dan tangan

Lelaki Iban pula memakai sirat atau cawat tradisional, dengan selempang serta perhiasan kepala yang dibuat daripada bulu burung dan manik.

2. Baju Tradisional Bidayuh

Baju Tradisional Bidayuh

Menurut Alisa, wanita Bidayuh biasanya memakai blaus hitam dengan sulaman berwarna terang, dipadankan dengan skirt labuh bersulam emas atau merah. Untuk melengkapkan lagi outfit gawai ini, Alisa mengenakan aksesori seperti tali pinggang perak dan rantai manik. Baju bidayuh ini sering dipakai ketika sambutan Hari Gawai.

3. Busana Orang Ulu

Busana Orang Ulu sarawak

Kaum Orang Ulu seperti Kayan, Kelabit, Kenyah dan Lun Bawang turut menyambut perayaan Hari Gawai. Alisa juga pernah menggayakan busana orang ulu yang menampilkan elemen seperti manik halus, bulu, dan corak tribal yang dilukis tangan. Kebiasanya wanita akan memakai ta’ah (skirt manik) dan lavung (penutup kepala tradisional).

OOTD Hari Gawai Pilihan Alisa Spencer Di Zalora


Tradisi Itu Tak Pernah Outdated” – Alisa Spencer

Alisa Spencer akui bahawa meskipun kita sudah berada di fasa kemodenan tetapi pakaian tradisional itu tetapi mempunyai tempat istimewa di hatinya. Selain menjadi warisan budaya, pakaian tradisional Gawai ini juga menjadi simbol perpaduan, penghormatan terhadap nenek moyang, dan satu bentuk ekspresi identiti.

Alisa juga sering mix & match setiap corak , element Iban Sarawak dalam gaya outfitnya yang akhirnya menjadikan gayanya lebih unik dan trendy! Jika anda mencuba untuk menghidupkan tradisi dalam pakaian harian anda, outfit inspo ala Alisa Spencer boleh menjadi inspirasi terbaik. Memang 10/10! ~ Zalora approved!

Kenali Alisa Spencer

alisa spencer

Alisa Spencer (@alisaspencer) atau lebih mesra dikenali sebagai Alisa merupakan seorang penyampai radio di stesen terkemuka (Era Sarawak) dan aktif di media sosial dengan videonya yang mencecah 5M tontonan di Tiktok. Anak jati Kuching, Sarawak ini juga aktif menyanyi dan baru-baru ini kolaborasi dengan Lostboy Music untuk lagu “Gawai Hype”.

Lagu Gawai Baru

Selamat Hari Gawai!

Dari gaya ke budaya, Hari Gawai ialah masa untuk meraikan siapa diri kita. Tahun ini, beranikan diri tampil dengan pakaian tradisional Hari Gawai seperti Alisa: berani, bergaya, dan bangga dengan budaya sendiri.

Jadi, apakah outift gawai anda tahun ini? Selamat Hari Gawai dari kami Zalora Blog Malaysia!