Lagi sebulan sebelum Konsert Latihan Pestapora 2025 akan datang ke Malaysia, pastinya anda sudah siap sedia mendapatkan tiket dan plan OOTD anda. Buat anda yang masih keliru nak pakai outfit apa ke konsert nanti, artikel ini untuk anda. Jangan risau, kami dah sediakan outfit idea ke Konsert Latihan Pestapora yang paling ‘on’ dan trendy inspired dari genre lagu– Hip hop, Indie Pop dan Alternative Rock.
Dengan lineup yang power seperti Sheila On 7, Nadin Amizah, DOLLA dan ramai lagi, pasti anda nak enjoy vibe konsert bersama outfit terbaik masing-masing. Jom kita tengok 3 jenis outfit yang boleh jadi statement look korang masa konsert nanti!
Hip Hop

Untuk peminat genre hip hop, gaya anda mestilah bold dan confident. Pilih outfit “streetwear” yang baggy tapi penuh gaya:
- Oversized graphic tee
- Baggy Cargo pants atau washed denim
- Sneakers chunky
- Bucket hat atau cap
- Aksesori: rantai leher dan cincin silver, cermin mata hitam
Pilihan kami:
Indie Pop

Genre indie pop selalunya membawa mood yang dreamy, quirky dan soft aesthetic. Gaya ni lebih santai dan sesuai untuk anda yang sukakan minimalism.
- Kemeja linen atau oversized striped shirt
- Loose-fit chinos, wide-leg trousers atau jorts
- Loafers vintage ataupun mules
- Aksesori seperti jam, rantai bead dan paling penting tote bag !
Alternative Rock

Buat yang gemar genre alternative rock, mood pakaian anda harus nampak rebelious dan garang. Fesyen grunge 90-an adalah main inspo anda.
- T-shirt band vintage atau tank top hitam,
- Ripped jeans atau denim skirt gelap
- Boots (Dr. Martens atau combat boots)
- Aksesori: Wristband dan rantai silver, bandana
Extra Tips untuk Hari Konsert
- Pakai pakaian yang breathable – Pastikan outfit anda selesa untuk berdiri dan menari selama berjam-jam.
- Bawa beg kecil – Tote bag atau crossbody bag sudah memadai yang penting praktikal
- Jangan lupa essentials – Bawa powerbank dan bawa self-care kit.
- Minum air mencukupi – Kekal hidrasi supaya anda tak mudah letih
So, outfit idea yang mana anda pilih untuk ke Konsert Latihan Pestapora? Plan outfit pestapora korang sekarang. Jangan tunggu last minute. Jumpa anda di sana !