Baju Kemeja Lelaki Yang Patut Anda Miliki

Baju Kemeja adalah baju wajib yang perlu ada dalam almari setiap lelaki. Dalam dunia fesyen lelaki, kemeja bukan sekadar pakaian โ€“ ia adalah simbol gaya, karakter dan keyakinan. Ianya versatile dan boleh digayakan dalam pelbagai majlis dan suasana. Sama ada ke pejabat, majlis rasmi, atau keluar hujung minggu โ€“ kemeja sentiasa relevan untuk digayakan.

Jadi, dalam artikel ini, kami kongsikan kemeja lelaki yang perlu anda miliki, dimana setiap satunya ada keistimewaannya tersendiri.

1. Kemeja Kasual

Untuk lelaki yang suka bergaya tanpa nampak terlalu formal, kemeja kasual ialah pilihan terbaik. Kemeja jenis ini biasanya hadir dengan potongan regular fit atau slim fit, bergantung kepada bentuk badan anda. Pilih kemeja yang diperbuat daripada cotton atau linen untuk keselesaan. Warna-warna neutral seperti biru laut, putih, dan olive green menjadi pilihan utama kerana senang dipadankan dengan seluar jeans atau chinos.

2. Kemeja Lengan Pendek

Bagi anda yang mementingkan keselesaan dan gaya, kemeja lengan pendek adalah antara pilihan paling praktikal. Ia ringan, tidak panas dan sesuai untuk acara santai dan semi-formal. Antara kemeja lengan pendek yang sering menjadi pilihan terutama dalam kalangan lelaki muda ialah polo shirt atau kemeja boxy cut. Dari segi fabrik, selain cotton, ramai juga memilih campuran rayon atau polyester kerana ia tidak mudah renyuk.

3. Baju Batik

Siapa kata baju batik dah ketinggalan zaman? Kini, baju batik kembali popular dengan rekaan yang lebih moden sama ada bercorak motif klasik nusantara atau modern minimalis. Ia bukan sahaja sesuai dipakai ke majlis rasmi atau ke tempat kerja, malah boleh juga digayakan ke majlis makan malam, kenduri, atau acara budaya.Kain baju batik biasanya dibuat dari cotton viscose, satin, atau silk blend, memberi rasa sejuk dan selesa walaupun dipakai seharian.

4.Kemeja Denim

Kemeja denim adalah pilihan sempurna untuk lelaki yang sukakan gaya kasual dengan sentuhan maskulin yang rugged. Potongan yang popular termasuklah slim fit untuk penampilan kemas dan moden, serta oversized cut bagi gaya lebih santai dan streetwear. Ianya sesuai digayakan sebagai outerwear ataupun pakaian utama.

Tak perlu almari penuh untuk nampak stylish โ€“ cukup dengan kemeja basic yang versatile dan berkualiti. Jadi,pastikan empat jenis kemeja ini ada dalam koleksi anda.

Cari baju kemeja lelaki yang selesa dan berjenama di ZALORA sekarang !