Kumpulan nasyid Inteam kembali mencuri perhatian! Baru-baru ini, mereka mengumumkan konsert yang kini sudah pun sold out, membuktikan betapa kuatnya sokongan peminat walaupun setelah lebih 20 tahun dalam industri. Hal ini juga menunjukkan bahawa nasyid genre masih relevant di Malaysia. Konsert ini juga akan menampilkan tempat duduk berasingan untuk lelaki dan wanita, selaras dengan nilai-nilai yang dibawa oleh kumpulan nasyid. Ramai yang meluahkan keterujaan di TikTok dan X (Twitter), berkongsi kenangan zaman sekolah dengar lagu-lagu Inteam, dan ada juga yang buat ‘throwback challenge’ dengan lirik-lirik nasyid popular mereka.

Bagi peminat yang bakal hadir ke konsert ini, tentu sekali ramai yang tertanya-tanya — apa outfit yang sesuai untuk konsert nasyid seperti ini? Gaya yang sopan, selesa dan tetap bergaya pastinya jadi pilihan utama. Jom kita tengok beberapa idea outfit menarik dan sopan yang boleh korang gayakan untuk ke Konsert Inteam nanti!
Konsert Inteam Outfit Idea Sopan & Stylish
1. Abaya atau Jubah Moden
Pilih jubah potongan longgar dengan detailing embroidery atau satin flow. Sesuai untuk majlis malam yang lebih tenang dan spiritual. Tambah statement brooch atau clutch bag.
2. Blouse Flowy + Skirt Labuh
Gabungan blouse chiffon dengan skirt pleated atau satin memberi gaya feminin yang sopan. Warna pastel seperti nude, baby blue, dan olive sesuai sangat!
3. Kaftan Kasual Chic
Untuk gaya santai, kaftan printed atau solid colour dengan aksesori minimal sangat sesuai. Sandal flats atau mule shoes cukup comfy!
4. Baju Kurung Moden
Kurung kontemporari dengan corak minimalis tetap relevan. Tambah selendang satin dan tas tangan kecil untuk gaya lengkap.
5. Tudung On Point
Gunakan tudung satin atau chiffon dan gaya lilitan yang kemas. Pilih warna yang tonenya serasi dengan outfit anda.
Bagi lelaki pula, kemeja atau jubah juga sesuai untuk ke konsert nasyid! Bayangkan seperti anda ingin membuat persembahan nasyid di sekolah seperti dahulu.
Siapa Inteam?
Ditubuhkan pada tahun 1998, Inteam dikenali dengan lagu-lagu yang menyentuh hati seperti Kasih Kekasih, HambaMu, Rabiatul Adawiyah, dan Setanggi Syurga. Mereka merupakan antara kumpulan nasyid terawal yang membawa pendekatan moden dalam muzik dakwah menggabungan melodi harmoni dan lirik spiritual menjadikan karya mereka evergreen.
Kini, dengan pengaruh media sosial, generasi muda dan lama kembali reconnect dengan karya mereka. Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga ruang untuk mengenang momen remaja yang penuh nilai.