Grammy Awards 2023: Penampilan Selebriti Paling Top

Anugerah muzik paling berprestij, Anugerah Grammy ke-65 telah pun melabuhkan tirainya dengan menampilkan pencapaian – pencapaian artis terkemuka seperti Beyonce, Adele dan sebagainya. Grammy Awards  merupakan anugerah yang paling ditunggu-tunggu bukan sahaja dalam kalangan artis namun juga dalam kalangan peminat dan  juga pencinta muzik.  Seperti biasa, bukan sahaja keputusan album terbaik sepanjang tahun yang akan menjadi tumpuan namun, busana dan tampilan selebriti yang memukau  juga menjadi tarikan ramai. Oleh itu, di ZALORA blog kali ini kami kongsikan penampilan selebriti yang paling top sepanjang anugerah Grammy 2023.

Cardi B 

Sumber @iamcardib dari Instagram

Sosok tubuh Cardi B sentiasa menjadi tumpuan warganet, dan juga tidak terlepas pada tahun ini. Cardi B sekali lagi berjaya mencuri perhatian ramai dengan mengenakan busana yang direka oleh Gaurav Gupta. Meskipun nama pereka ini tidak sering kita dengar namun hasil sentuhan beliau tidak boleh diragui lagi dengan keunikkan gaun biru yang bercorak seperti gelombang elektrik ini.

 Adele

Sumber gambar dari @AmySussman

Penampilan Adele sememangnya tidak pernah mengecewakan, penyanyi wanita 30-an ini tampil di karpet merah dengan gaun ruffle red velvet yang direka khas oleh Louis Vuitton. Penampilan Adele ini memberi efek bersahaja atau “efforletless” sekali gus memberikan  watak diva hollywood yang sebenar. Tidak lupa juga dengan makeup dan gaya rambut signaturenya pada malam anugerah tersebut yang menjadi tarikan publik.

Pharrell WilliamS

Sumber @mrhoneytngue dari Instagram

Pharrell Williams tampil santai tetapi stylish dengan mengenakan satu set outfit kulit berwarna merah yang dijahit dengan motif diagonal berhiaskan mutiara bling bling yang cukup meninggalkan kesan pada malam anugerah tersebut. Penampilan Pharrell Williams ini  dipilih sebagai salah satu pakaian yang top juga kerana jaket bulu yang dipakainya ketika itu membuatkan Pharrell tampil 10/10!

Lizzo

Sumber @lizzobeeating dari Instagram

Penyanyi yang popular dengan lagu “About Damn Time” sekali gus merangkul sebagai pemenang rekod terbaik sepanjang tahun juga tampil dengan busana yang mengesankan. Lizzo mengenakan busana bertemakan bunga-bunga berwarna oren yang direka oleh Dolce & Gabbana. Penampilan Lizzo pada malam itu juga mendapat perhatian ramai kerana keunikkan reka bentuk pakaian yang digayakannya. Mungkin kita akan melihat pakaian yang seakan sama digayakan oleh Ratu Aina Abdul pula di persembahannya nanti.

Lourdes Leon

Sumber @lourdesleon dari Instagram

Putri dari penyanyi terkenal, Madonna turut menjadi perhatian dengan penampilannya pada malam itu. Mengenakan gaun bermanik merah dengan makeup bertemakan “vampy beauty look” dan gaya rambut belah tengah membuatkan ramai orang akan berpaling untuk melihatnya kali kedua.

Harry Styles

Sumber @egon_lab dari Instagram

Penyanyi yang berjaya membawa kejutan dengan memenangi kategori Album terbaik menerusi albumnya yang berjudul “Harry’s House” juga terkenal dengan gayanya yang membuka perspektif baru dalam fesyen lelaki. Harry mengenakan jumpsuit tanpa lengan yang berwarna-warni dari Egonlab. Busananya itu juga dikatakan diperbuat dengan kristal Swarovski!

Berikut merupakan pilihan kami bagi busana selebriti paling top di Grammy Awards 2023, siapakah favourite anda?

One thought on “Grammy Awards 2023: Penampilan Selebriti Paling Top

Comments are closed.