Wow, seronoknya bila dapat bercuti ke pantai atau berjalan-jalan di luar, kan? Tapi, siapa sangka seronok bercuti di bawah matahari boleh buatkan kulit tiba-tiba jadi merah, pedih, dan mengelupas. Haa, ketahuilah bahawa kulit anda dah tekena sunburn ! Jangan panik kerana sunburn ini normal berlaku terutamanya di negara beriklim panas seperti Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara lain.

Sunburn berlaku apabila kulit terdedah terlalu lama kepada sinaran ultraviolet (UV) dari matahari. Sinar UV merosakkan lapisan luar kulit, menyebabkan keradangan, kemerahan, rasa panas, dan kadang-kadang melepuh.
Antara yang berisiko untuk mengalami sunburn ialah mereka yang berkulit cerah, kanak-kanak, individu yang suka aktiviti luar seperti hiking, serta mereka yang tidak memakai pelindung matahari (sunscreen). Malah, pekerja yang sering bekerja di luar pejabat seperti rider juga sangat terdedah kepada sunburn.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda cara-cara berkesan untuk hilangkan sunburn dengan cepat. Hanya dengan menggunakan bahan mudah didapati dan yang penting selamat untuk kulit anda.
Tips Hilangkan Sunburn Dengan Cepat

1. Air Sejuk
Letakkan tuala bersih yang direndam air sejuk di atas kawasan sunburn selama 10-15 minit, beberapa kali sehari. Air sejuk membantu mengurangkan keradangan dan rasa panas pada kulit. Jangan letak ais direct ke kulit, gunakan air sahaja !
2. Aftersun Cream atau Spray

Semburkan after sun spray secara rata pada kawasan yang terjejas dan biarkan ia meresap ke dalam kulit untuk membantu pemulihan kulit sunburn. Take note ye, after sun cream bukan pengganti sunscreen. Ia hanya untuk rawatan selepas terdedah matahari, bukan untuk mencegah sunburn.
3. Aloe Vera
Sapu gel aloe vera asli pada kawasan sunburn, biarkan meresap tanpa dibilas. Boleh dapatkan aloe vera daripada tanaman di rumah anda ataupun farmasi seperti Watsons. Aloe vera menyejukkan dan mempercepatkan pemulihan kulit.
4. Minum Air

Minum air kosong secukupnya sepanjang hari. Sunburn menyebabkan kulit kehilangan air, jadi kulit anda perlukan air yang mencukupi untuk kembali sihat.
5. Krim Hydrocortisone (Jika Perlu)
Sapu krim hydrocortisone 1% pada kawasan sunburn jika rasa gatal atau bengkak teruk (ikut arahan pada label). Krim Hydrocortisone dapat kurangkan bengkak dan rasa tidak selesa pada kulit terkena sunburn. Dapatkan krim ini di farmasi terdekat.
6. Elakkan Sinar Matahari

Kurangkan aktiviti luar, pakai pakaian berlengan panjang, topi, dan gunakan payung jika perlu keluar. Bagi kulit anda berehat supaya dapat sembuh dengan lebih cepat dan tidak melarat.
Tanda-Tanda Sunburn
Jom tengok apa tanda-tanda kulit anda dah terkena sunburn. Cepat-cepat lakukan tindakan awal kalau anda nampak tanda-tanda di bawah ini pada kulit anda:
- Kulit kemerahan dan panas bila disentuh
- Rasa pedih atau sakit
- Kulit mengelupas selepas beberapa hari
- Gatal-gatal
- Kadang-kadang melepuh (untuk sunburn yang teruk)
Jika sunburn anda semakin teruk atau tidak sembuh selepas beberapa hari, dapatkan nasihat doktor dengan segera. Kulit yang terdedah pada matahari berisiko terhadap kanser kulit. Jadi, cepat-cepat pergi ke klinik ye!
Sunburn memang menyakitkan, tapi dengan rawatan yang betul, kulit anda boleh pulih dengan cepat. Jangan ambil mudah perlindungan kulit setiap kali keluar rumah—pakai sunscreen, lindungi diri dengan pakaian sesuai, dan amalkan cara cara hilangkan sunburn selepas terdedah kepada matahari.
Dapatkan alat penjagaan kulit seperti sunscreen yang berkualiti di ZALORA demi kulit yang sihat !